Rajah 1 menunjukkan muka gelombang satah yang terhasil apabila gelombang air bergerak dari kawasan P ke kawasan Q yang mempunyai kedalaman yang berbeza.
a
Apakah yang dimaksudkan muka gelombang?
1 marks
b
Tandakan (√) pada jawapan yang betul.
Fenomena gelombang yang ditunjukkan dalam Rajah 1 adalah
- pantulan gelombang
- pembiasan gelombang
1 marks
c(i)
Kawasan manakah yang lebih dalam?
1 marks
c(ii)
Berikan satu sebab bagi jawapan di 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan graf beza keupayaan, V melawan arus, I.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik?
1 marks
Berdasarkan graf di dalam Rajah 2, tentukan
b(i)
daya gerak elektrik bagi sel kering. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan daya gerak elektrik bagi sel kering itu. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf — dari mana ke mana ia dilanjutkan dan di titik mana ia bertemu paksi — serta nilai d.g.e.)*
2 marks
b(ii)
rintangan dalam bagi sel kering.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan satu cahaya biru dengan frekuensi $6.67 \times 10^{14}$ Hz ditujukan ke atas permukaan logam cesium untuk menghasilkan kesan fotoelektrik.
> Fungsi kerja cesium, $W = 3.43 \times 10^{-19}$ J
>
> Frekuensi ambang, $f_0 = 5.16 \times 10^{14}$ Hz
a
Apakah maksud kesan fotoelektrik?
1 marks
Hitung
b(i)
tenaga foton cahaya itu.
2 marks
b(ii)
tenaga kinetik maksimum fotoelekton yang dipancarkan dari permukaan cesium.
2 marks
c
Berdasarkan jawapan anda dalam 3b, adakah elektron dapat dipancarkan dari permukaan cesium itu?
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keratan rentas tiub palang maltase yang digunakan untuk mengkaji sifat sinar katod. Satu bayang dan kawasan cahaya hijau dapat dilihat di atas skrin.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan sinar katod?
1 marks
b
Mengapakah bayang terbentuk di atas skrin?
1 marks
c
Mengapakah kawasan cahaya hijau terbentuk di atas skrin?
1 marks
Beza keupayaan antara anod dan katod adalah 3000 V.
Hitung
d(i)
tenaga kinetik elektron tersebut.
[Cas satu elektron, $e = 1.6 \times 10^{-19}$ C]
2 marks
d(ii)
halaju elektron tersebut
[Jisim satu elektron, $m = 9.0 \times 10^{-31}$ kg]
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan dua batang magnet dengan kutub berlawanan diletakkan di sisi tiub tersebut menyebabkan bayang itu terpesong.
e(i)
Rajah 4.3 menunjukkan pandangan hadapan skrin yang dilihat oleh pemerhati.
Pada Rajah 4.3, lukiskan anak panah untuk menunjukkan arah pesongan bayang tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah anak panah yang anda lukis pada Rajah 4.3 (ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan).)*
1 marks
e(ii)
Nyatakan petua fizik yang digunakan untuk menentukan arah bayang tersebut.
1 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan graf reputan bagi dua sumber radioaktif yang berlainan.
a
Apakah maksud separuh hayat?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5, bandingkan
b(i)
keaktifan asal
1 marks
b(ii)
separuh hayat X dan Y
1 marks
b(iii)
kadar pereputan X dan Y.
1 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 5(b), nyatakan hubungan antara separuh hayat dan kadar pereputan.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5,
d(i)
tentukan separuh hayat bagi bahan radioaktif Y. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan separuh hayat tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf — dari nilai keaktifan berapa, ke titik mana pada lengkung Y, dan turun ke masa berapa — serta nilai separuh hayat.)*
2 marks
d(ii)
Tentukan keaktifan bagi radioaktif Y selepas empat kali separuh hayat.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan dua buah pesawat yang serupa dengan jisim 45 000 kg sedang bergerak pada ketinggian tetap.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya paduan?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
tujahan enjin pesawat
1 marks
b(ii)
seretan yang bertindak ke atas pesawat
1 marks
b(iii)
daya paduan yang dikenakan ke atas pesawat
1 marks
b(iv)
Nyatakan hubungan antara pecutan dan daya paduan.
1 marks
c
Apakah hukum fizik yang terlibat?
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 6.1, hitung pecutan pesawat tersebut.
2 marks
e
Apakah yang perlu dilakukan supaya pesawat bergerak dengan halaju malar?
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan struktur asas kerusi hidraulik di sebuah klinik pergigian.
a
Apakah prinsip fizik yang terlibat dalam prinsip kerja kerusi hidraulik?
1 marks
Luas keratan rentas omboh input yang bersambung dengan pedal ialah 88 cm^2^ dan luas keratan rentas omboh output yang bersambung dengan kerusi ialah 1232 cm^2^.
b(i)
Apakah faktor penggandaan bagi sistem hidraulik itu?
1 marks
b(ii)
Kerusi dan pesakit mengenakan daya sebesar 2269 N ke atas omboh besar. Hitung daya yang perlu dikenakan ke atas omboh kecil untuk mengangkat kerusi dan pesakit tersebut.
2 marks
Ciri-ciri bagi empat jenis kerusi hidraulik ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Kerusi hidraulik | Jenis cecair hidraulik | Nilai faktor penggandaan |
|---|---|---|
| W | Minyak | $\frac{2}{45}$ |
| X | Minyak | $\frac{25}{1}$ |
| Y | Air | $\frac{45}{2}$ |
| Z | Air | $\frac{2}{45}$ |
Jadual 1
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1, nyatakan ciri-ciri kerusi pergigian yang sesuai untuk menampung pesakit yang mempunyai jisim yang lebih besar dan tahan lama.
c(i)
Jenis cecair hidraulik — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Nilai faktor penggandaan — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di 7(c), pilih kerusi yang paling sesuai digunakan.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebatang pensel berada di hadapan sebuah cermin cekung dengan panjang fokus 2 cm.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan panjang fokus?
1 marks
b
Pada Rajah 8.1, lukiskan gambar rajah sinar yang lengkap bagi menentukan kedudukan imej pensel tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap sinar yang anda lukis dari hujung pensel — arahnya sebelum dan selepas pantulan dan titik yang dilaluinya — serta kedudukan, orientasi dan saiz imej.)*
2 marks
c(i)
Rajah 8.2 menunjukkan satu cermin pergigian yang digunakan oleh doktor gigi ketika merawat pesakit.
Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan supaya cermin itu dapat digunakan dengan lebih cekap untuk melihat gigi pesakit berdasarkan aspek-aspek berikut:
Jenis cermin — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Panjang fokus — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Pemegang cermin — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan segelas air minuman mengandungi ais. Air minuman menjadi sejuk apabila ais tersebut melebur.
a
Nyatakan jenis haba yang terlibat semasa peleburan ais pada suhu 0°C.
1 marks
b
Berdasarkan teori kinetik jirim, jelaskan bagaimana ais yang melebur itu dapat menyejukkan air minuman.
4 marks
Suatu bahan pepejal berjisim 500 g dipanaskan menggunakan pemanas rendam 240 V, 100 W. Rajah 9.2 menunjukkan lengkung pemanasan bagi pepejal tersebut.
c(i)
Berdasarkan Rajah 9.2, hitung
haba pendam tentu pelakuran bahan itu.
3 marks
c(ii)
muatan haba tentu bahan itu dalam keadaan cecair.
2 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan sebahagian daripada komponen sistem penyejukan sebuah peti sejuk.
Jadual 2 menunjukkan spesifikasi bagi sistem penyejukan empat peti sejuk W, X, Y dan Z yang digunakan untuk menyejukkan makanan.
| Peti sejuk | Haba pendam tentu pengewapan agen penyejuk | Takat didih agen penyejuk | Muatan haba tentu gegelung penyejat | Bilangan gegelung kondenser |
|---|---|---|---|---|
| W | Tinggi | 40 °C | 903 | 50 |
| X | Rendah | −15 °C | 500 | 20 |
| Y | Rendah | 50 °C | 435 | 20 |
| Z | Tinggi | 10 °C | 350 | 50 |
Jadual 2
Kaji spesifikasi keempat-empat peti sejuk berdasarkan aspek haba pendam tentu pengewapan agen penyejuk, takat didih agen penyejuk, muatan haba tentu gegelung penyejat dan bilangan gegelung kondenser.
Terangkan kesesuaian setiap aspek dan seterusnya tentukan peti sejuk yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan jarum galvanometer terpesong ke satu arah apabila magnet bar ditolak ke dalam sebuah solenoid. Hal ini menunjukkan arus aruhan terhasil dalam gegelung.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan arus aruhan?
1 marks
b
Terangkan bagaimana arus aruhan dihasilkan.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah transformer dengan sebuah mentol di terminal outputnya. Mentol itu menyala dengan kecerahan normal.
c(i)
Hitungkan
bilangan lilitan gegelung primer, N~p~.
2 marks
c(ii)
kecekapan transformer itu.
3 marks
d
Jadual 3 menunjukkan spesifikasi bagi empat reka bentuk transformer.
Anda dikehendaki menentukan reka bentuk transformer yang paling sesuai untuk menurunkan beza keupayaan dengan kecekapan yang tinggi. Kaji spesifikasi bagi keempat-empat reka bentuk transformer tersebut.
Terangkan kesesuaian setiap aspek dan tentukan reka bentuk transformer yang paling sesuai. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan sebuah planet mengelilingi Matahari. Masa yang diambil untuk planet bergerak dari A ke B adalah sama dengan C ke D.
a
Nyatakan bentuk orbit.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1, bandingkan
(i) panjang lengkok orbit bagi AB dan CD.
(ii) luas yang dicakupi oleh planet di kawasan FAB dan FCD.
(iii) laju linear A ke B dan C ke D
3 marks
c
(i) Hubungkaitkan antara masa yang diambil dengan luas yang dicakupi bagi kedua-dua kawasan.
(ii) Nyatakan hukum fizik yang menerangkan 11(c)(i).
2 marks
d
Jelaskan bagaimana sebuah satelit dapat mengorbit mengelilingi Bumi.
4 marks
e
Rajah 11.2 menunjukkan sebuah satelit pengimejan yang sedang mengorbit Bumi.
Berdasarkan pengetahuan anda tentang satelit buatan manusia, cadangkan ciri-ciri yang dapat meningkatkan kecekapan satelit supaya dapat mengambil gambar dengan lebih jelas.
Terangkan cadangan anda berdasarkan aspek-aspek
- bentuk orbit satelit
- ketinggian orbit dari permukaan Bumi
- arah putaran satelit mengelilingi Bumi
- tempoh orbit satelit
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open