Rajah 1 menunjukkan alat untuk mengukur tekanan gas.
a
Namakan alat dalam Rajah 1.
1 marks
b
Pada Rajah 1, tandakan arah tekanan gas yang bertindak ke atas air berwarna menggunakan anak panah. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di permukaan air berwarna yang mana (lengan kiri atau kanan) anda melukis anak panah, arah anak panah itu dan labelnya.)*
1 marks
c
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada h jika air berwarna ditukarkan kepada merkuri.
Berikan sebab bagi jawapan anda.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satelit MEASAT-3 dan RazakSAT mengorbit bumi.
a
Nyatakan jenis satelit untuk RazakSAT.
1 marks
b
Berikan **dua** perbezaan RazakSAT dan MEASAT-3.
2 marks
c
RazakSAT telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan kelajuannya bertambah.
Ramalkan apa yang berlaku terhadap satelit itu.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah transformer dengan kecekapan 80%.
a(i)
Namakan jenis transformer dalam Rajah 3.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** sebab mengapa kecekapan transformer kurang daripada 100%.
1 marks
Berdasarkan Rajah 3, hitungkan,
b(i)
kuasa input
2 marks
b(ii)
arus output
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan struktur sebuah reaktor nuklear di mana pembelahan nukleus berlaku.
a
Apakah maksud pembelahan nukleus?
1 marks
b(i)
Tindak balas pembelahan nukleus berlaku secara berterusan dalam reaktor nuklear.
Namakan tindak balas tersebut.
1 marks
b(ii)
Apakah komponen dalam reaktor nuklear untuk mengawal kadar tindak balas di 4(b)(i)?
Jelaskan jawapan anda.
2 marks
Jadual 1 menunjukkan jumlah jisim sebelum dan selepas tindak balas nuklear.
| Sebelum tindak balas | Selepas tindak balas |
|---|---|
| 236.0329 u.j.a | 235.8665 u.j.a |
Jadual 1
Hitung,
c(i)
cacat jisim dalam kg.
3 marks
c(ii)
jumlah tenaga yang dibebaskan.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan dua ekor lembu yang serupa sedang menarik beban dan menghasilkan daya paduan yang berbeza.
a
Apakah maksud daya paduan?
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2. Bandingkan,
b(i)
daya geseran, F~R~
1 marks
b(ii)
pecutan.
1 marks
b(iii)
daya paduan.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 5(b), hubungkaitkan
c(i)
daya geseran dengan daya paduan.
1 marks
c(ii)
daya paduan dengan pecutan.
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan sebuah kereta diparkir di atas jalan raya yang condong.
d(i)
Apakah daya paduan yang bertindak pada kereta tersebut?
1 marks
d(ii)
Lakarkan segi tiga daya bagi berat, W, daya tindak balas normal, R, dan daya geseran, F~R~. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketiga-tiga daya W, R dan F~R~, arah anak panah setiap daya, cara daya-daya itu bersambung membentuk segi tiga, dan sudut antara sisi-sisi yang anda tandakan.)*
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan pengimbas cap jari biometrik optik yang menggunakan kanta cembung. Cahaya dibiaskan apabila memasuki kanta.
a
Nyatakan kuantiti fizik yang berubah ketika cahaya dibiaskan.
1 marks
Rajah 6.2 dan Rajah 6.3 menunjukkan dua pengimbas cap jari biometrik optik untuk pengesahan identiti seseorang. Kedua-dua alat tersebut mempunyai kanta cembung berbeza.
b(i)
Berdasarkan Rajah 6.2 dan Rajah 6.3 bandingkan
jejari kelengkungan kanta.
1 marks
b(ii)
ketebalan kanta.
1 marks
b(iii)
panjang fokus kanta.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda pada 6(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
jejari kelengkungan kanta dan ketebalan kanta.
1 marks
c(ii)
ketebalan kanta dan panjang fokus kanta.
1 marks
Rajah 6.4 menunjukkan kanta yang mempunyai indeks biasan, n = 1.50.
d(i)
Hitung sudut biasan, r, jika sudut tuju, i ialah 30°.
2 marks
d(ii)
Pada Rajah 6.4, lukis sinar selepas melalui titik Y. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah sinar selepas keluar dari titik Y dan sama ada ia dibengkokkan ke arah atau menjauhi garis normal di Y.)*
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah antena yang digunakan untuk menghantar dan menerima data internet daripada sebuah satelit dengan menggunakan gelombang radio.
a(i)
Namakan jenis gelombang bagi gelombang radio.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** aplikasi lain gelombang radio di dalam kehidupan seharian.
1 marks
Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri tiga antena internet satelit.
| Antena | Sumber tenaga | Tinggi dari tanah | Luas keratan rentas antena |
|---|---|---|---|
| A | Bateri dan solar | Rendah | Kecil |
| B | Bateri dan solar | Tinggi | Besar |
| C | Bateri tanpa solar | Tinggi | Besar |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, cadangkan ciri-ciri antena yang boleh menghantar dan menerima data internet daripada satelit dengan cekap dan tidak terjejas dengan gangguan tenaga elektrik.
b(i)
Sumber tenaga — ciri dan sebab.
2 marks
b(ii)
Tinggi dari tanah — ciri dan sebab.
2 marks
b(iii)
Luas keratan rentas antena — ciri dan sebab.
2 marks
c
Berdasarkan kepada jawapan di 7(b), tentukan antena internet satelit yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu litar penguat.
a
Apakah jenis transistor X?
1 marks
Apabila suis ditutup, bandingkan
b(i)
kecerahan mentol L~1~ dan L~2~.
1 marks
b(ii)
arus tapak dan arus pengumpul.
1 marks
Seorang pelajar ingin mengubahsuai litar dalam Rajah 8.1 supaya berfungsi sebagai suis automatik bagi sistem penggera kebakaran.
Cadangkan pengubahsuaian bagi litar itu dan berikan sebab bagi pengubahsuaian anda.
c(i)
Namakan komponen pengganti L~1~ — komponen dan sebab.
2 marks
c(ii)
Namakan komponen pengganti R~1~ — komponen dan sebab.
2 marks
c(iii)
Nyatakan komponen yang tidak diperlukan dalam litar — komponen dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan lampu menyala apabila disambungkan dengan bekalan arus ulang alik dengan beza keupayaan 240 V.
a
Apakah maksud beza keupayaan?
1 marks
b(i)
Berdasarkan Hukum Ohm, nyatakan hubungan di antara beza keupayaan dengan arus elektrik.
1 marks
b(ii)
Nyatakan jenis sambungan litar lampu dalam Rajah 9.1.
Berikan **dua** kelebihan sambungan tersebut.
3 marks
Rajah 9.2 menunjukkan satu litar elektrik.
c(i)
Hitung arus elektrik dalam litar
apabila suis dibuka.
2 marks
c(ii)
apabila suis ditutup.
3 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah komuter yang beroperasi menggunakan tenaga elektrik.
Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri bagi empat jenis kereta api elektrik K, L, M dan N.
| Kereta api elektrik | Diameter kabel saluran atas | Motor elektrik | Bentuk hadapan kereta api elektrik | Sumber kuasa kabel saluran atas |
|---|---|---|---|---|
| K | Kecil | Motor berberus | Aerofoil | Arus ulang alik |
| L | Besar | Motor tanpa berus | Larus | Arus terus |
| M | Besar | Motor tanpa berus | Larus | Arus ulang alik |
| N | Kecil | Motor berberus | Aerofoil | Arus terus |
Jadual 3
Sebagai seorang jurutera kanan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), anda ditugaskan untuk mengkaji dan memilih kereta api elektrik yang sesuai untuk perjalanan yang jauh.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan seekor ayam dibakar di dalam sebuah ketuhar. Selepas beberapa minit, didapati suhu ayam dan ketuhar adalah sama.
a
Namakan konsep fizik yang menerangkan situasi dalam Rajah 10.1.
1 marks
b
Menggunakan konsep yang dinamakan dalam 10(a), terangkan bagaimana ayam di dalam ketuhar panas masak.
4 marks
Seekor ayam yang berjisim 1.5 kg dibakar di dalam sebuah oven elektrik dengan label kadar kuasa 240 V, 1500 W. Suhu awal ayam ialah 30 °C dan dibakar dalam oven pada suhu 220 °C selama 45 minit.
Hitung,
c(i)
jumlah tenaga yang dibebaskan oleh ketuhar elektrik.
2 marks
c(ii)
muatan haba tentu ayam sekiranya ia menyerap 35% dari jumlah haba yang dibebaskan oleh ketuhar.
3 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah bekas makanan.
Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri empat bekas makanan kedap haba W, X, Y dan Z.
| Bekas makanan kedap haba | Jenis bahan bekas | Ruang antara dinding bekas | Lapisan dalam bekas | Cincin pengedap haba |
|---|---|---|---|---|
| W | Polipropilena | Vakum | Berkilat | Silikon |
| X | Polistirena | Udara | Legap | Silikon |
| Y | Polistirena | Vakum | Berkilat | Plastik |
| Z | Polipropilena | Udara | Legap | Plastik |
Jadual 4
Anda dikehendaki untuk mencadangkan ciri-ciri yang sesuai untuk bekas makanan dalam Jadual 4 dan memilih bekas yang tidak mudah pecah dan boleh mengekalkan suhu makanan dalam masa yang lama.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan kereta A dan kereta B yang berjisim sama, bergerak dengan momentum awal yang sama.
a
Apakah maksud momentum?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan momentum akhir, perubahan momentum dan daya yang dikenakan oleh kereta. Nyatakan hubungan antara momentum akhir dengan perubahan momentum dan hubungkan perubahan momentum dengan daya yang dikenakan oleh enjin.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan satu pelekat pada kenderaan berat.
Apakah maksud pelekat itu dan terangkan mengapa ia perlu dipamerkan?
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah jentera penggelek yang digunakan untuk memampatkan atau menekan tanah, batu kerikil atau tar.
Menggunakan prinsip fizik yang sesuai cadangkan dan terangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada jentera penggelek tersebut berdasarkan ciri-ciri seperti dram pemampat, kuasa enjin, tayar belakang dan ciri keselamatan supaya ia dapat meratakan jalan dengan cepat dan cekap.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open