Rajah 1 menunjukkan orbit sebuah planet mengelilingi Matahari dalam sistem suria.
a
Namakan satu hukum fizik yang berkaitan bentuk elips orbit planet tersebut.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 1 dan hukum yang anda nyatakan dalam 1(a), nyatakan kedudukan Matahari dalam sistem suria.
1 marks
c(i)
Bagaimanakah bentuk orbit sebuah planet jika paksi major hampir sama panjang dengan paksi minor?
1 marks
c(ii)
Beri **satu** alasan kepada jawapan anda dalam 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan graf perubahan tenaga kinetik maksimum K~maks~ fotoelektron dengan frekuensi cahaya, *f* dalam satu eksperimen kesan fotoelektrik pada logam cesium.
Nilai pintasan paksi-x merupakan nilai frekuensi ambang dan nilai pintasan paksi-y merupakan fungsi kerja, W bagi logam yang digunakan.
Jadual 1 menunjukkan nilai frekuensi ambang bagi logam cesium dan zink.
| Jenis logam | Frekuensi ambang (Hz) |
|---|---|
| Cesium | $5.16 \times 10^{14}$ |
| Zink | $10.20 \times 10^{14}$ |
Jadual 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi ambang?
1 marks
Berdasarkan Rajah 2 dan Jadual 1,
b(i)
Tentukan fungsi kerja logam cesium, W.
2 marks
b(ii)
Sekiranya logam zink digunakan dalam eksperimen ini, lakarkan graf bagi logam zink dalam Rajah 2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana garis graf zink anda memotong paksi-f, dan kecerunan serta kedudukannya berbanding garis graf cesium)*
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah roket air dengan membawa payung terjun sedang dilancar ke udara dan mencapai ketinggian maksimum 80 m. Selepas beberapa saat, ia mula jatuh ke bumi dalam keadaan payung terjun tidak terbuka.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?
1 marks
Hitung
b(i)
masa yang diambil oleh roket air untuk sampai ke tanah.
2 marks
b(ii)
halaju sebelum roket mencecah tanah.
1 marks
Jika payung terjun pada roket air hanya terbuka selepas 2 saat mengalami jatuh bebas,
c(i)
ramalkan masa yang diambil untuk roket itu jatuh mencecah lantai.
1 marks
c(ii)
beri **satu** sebab untuk jawapan anda dalam 3(c)(i).
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan litar elektrik yang lengkap, mentol menyala.
Apabila disongsangkan sambungan terminal bateri, mentol tidak menyala.
a
Namakan komponen X.
1 marks
b
Terangkan mengapa mentol tidak menyala apabila terminal bateri dalam Rajah 4.1 disongsangkan.
2 marks
Rajah 4.2(a) dan Rajah 4.2(b) menunjukkan rajah skematik bagi rektifikasi gelombang untuk pengecas telefon mudah alih.
c(i)
Lukiskan di Rajah 4.2(a) dan 4.2(b):
Susunan komponen dalam litar. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: komponen yang anda lukis dalam setiap bulatan kosong pada Rajah 4.2(a) dan Rajah 4.2(b), dan arah setiap komponen itu)*
2 marks
c(ii)
Surihan arus output yang dihasilkan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surihan output yang anda lukis pada skrin 'Output' bagi Rajah 4.2(a) dan bagi Rajah 4.2(b))*
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di Rajah 4.2 (a) dan 4.2 (b), terangkan mengapa rektifikasi gelombang penuh sesuai untuk diaplikasikan dalam pengecas telefon mudah alih.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1(a) dan 5.2(a) menunjukkan dua buah dapur solar dengan cermin melengkung yang serupa dengan panjang fokus 25 cm. Dapur solar digunakan untuk mendidihkan air di dalam periuk.
Rajah 5.1(b) dan 5.2(b) menunjukkan air di dalam periuk mendidih dengan masa yang berbeza.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan panjang fokus cermin melengkung?
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1(b) dan Rajah 5.2(b). Bandingkan
b(i)
panjang fokus, *f*
1 marks
b(ii)
kedudukan periuk berbanding panjang fokus, *f*
Rajah 5.1(b):
Rajah 5.2(b):
2 marks
b(iii)
Masa diambil untuk air mendidih.
1 marks
c(i)
Berdasarkan jawapan anda pada 5(b)(ii) dan 5(b)(iii), nyatakan hubungan di antara kedudukan periuk dengan masa diambil untuk air mendidih.
1 marks
c(ii)
Jelaskan jawapan anda dalam 5(c)(i).
1 marks
d
Sebuah cermin melengkung mempunyai panjang fokus, *f* = 25 cm.
Hitung jejari kelengkungan cermin melengkung, r.
2 marks
69 marks
Jadual 2 menunjukkan dua buah seterika E dan F dengan spesifikasi berbeza digunakan dalam masa 2 jam.
| | Model E | Model F |
|---|---|---|
| Kuasa | 800 W | 1100 W |
| Voltan | 240 V | 240 V |
| Arus | 3.33 A | 4.58 A |
Jadual 2
a
Apakah yang dimaksudkan dengan 240 V, 1100 W?
1 marks
b
Hitung tenaga yang dibebaskan oleh seterika Model E.
2 marks
Perhatikan Model E dan Model F dalam Jadual 2. Bandingkan
c(i)
kuasa
1 marks
c(ii)
arus
1 marks
c(iii)
tenaga yang dibebaskan oleh seterika.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 6(c), nyatakan hubungan antara
d(i)
kuasa dan arus
1 marks
d(ii)
kuasa dan tenaga yang digunakan
1 marks
e
Cadangkan **satu** ciri elemen pemanas yang akan menghasilkan haba yang lebih tinggi pada seterika.
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan seorang lelaki penghantar makanan dengan jisim 70 kg mengayuh sebuah basikal dengan pecutan sebanyak 0.3 m s$^{-2}$.
a
Apakah maksud pecutan?
1 marks
b
Jika jisim basikal ialah 12 kg dan jisim barang yang dibawa ialah 5 kg, berapakah daya yang diperlukan untuk menggerakan basikal tersebut dengan pecutan 0.3 m s$^{-2}$.
3 marks
Jadual 3 menunjukkan set jenis bahan kerangka basikal dan ketumpatan kotak simpanan barang yang boleh digunakan oleh lelaki penghantar makanan.
| Set | Bahan kerangka basikal | Ketumpatan kotak simpanan barang |
|---|---|---|
| G | Besi | 1200 |
| H | Titanium | 200 |
| J | Titanium | 800 |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, anda diminta memilih set terbaik supaya penghantar makanan boleh membuat penghantaran dengan lebih cepat.
c(i)
Bahan kerangka basikal — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Ketumpatan kotak simpanan barang — ciri dan sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan anda dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), pilih set yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah jek hidraulik yang digunakan di bengkel membaiki kereta.
a
Nyatakan prinsip fizik yang digunakan untuk jek hidraulik dalam Rajah 8.
1 marks
b
Terangkan bagaimana jek hidraulik digunakan untuk menaikkan kereta.
2 marks
Nyatakan pengubahsuaian yang perlu dilakukan terhadap jek hidraulik kereta tersebut supaya boleh mengangkat beban yang lebih besar berdasarkan aspek berikut:
c(i)
Nisbah omboh kecil kepada omboh besar — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
c(ii)
Bendalir hidraulik — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
c(iii)
Jenis bahan paip hidraulik — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan pengukus telur tradisional yang mengaplikasikan konsep haba pendam tentu.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam tentu pengewapan?
1 marks
b
Terangkan bagaimana telur rebus keras boleh dimasak dengan lebih cepat dengan kaedah dikukus berbanding direbus.
4 marks
c
Pengukus telur elektrik ialah alat dapur yang direka khusus untuk memasak telur dengan menggunakan stim. Peranti ini membolehkan pengguna memasak telur dengan lebih cepat dan mudah.
Jadual 4 menunjukkan 4 jenis pengukus telur dengan spesifikasi yang berbeza.
Anda ditugaskan untuk mengkaji ciri-ciri pengukus telur yang paling berkesan untuk memasak telur dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang lebih singkat.
| Model | Kapasiti | Isi padu air mendidih | Penutup | Bahan |
|---|---|---|---|---|
| K | 3 – 6 biji telur | Tinggi | Tidak kedap udara | Plastik |
| L | 6 – 8 biji telur | Rendah | Kedap udara | Plastik |
| M | 8 – 10 biji telur | Tinggi | Tidak kedap udara | Aluminium |
| N | 6 – 12 biji telur | Rendah | Kedap udara | Keluli tahan karat |
Jadual 4
Terangkan kesesuaian setiap ciri dalam Jadual 4. Seterusnya tentukan model yang paling sesuai.
Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Sebuah pengukus telur dengan kuasa 360 W digunakan untuk mengukus 5 biji telur. Pengukus itu telah memanaskan 0.06 kg air pada suhu 28 °C sehingga semua air tersebut bertukar menjadi stim pada suhu 100 °C.
[Muatan haba tentu air = $4.2 \times 10^{3}$ J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$]
[Haba pendam tentu pengewapan air = $2.26 \times 10^{6}$ J kg$^{-1}$]
d(i)
Hitung jumlah haba yang diperlukan untuk memanaskan air tersebut dari 28 °C hingga 100 °C.
1 marks
d(ii)
Hitung jumlah haba yang diperlukan untuk menukarkan semua air tersebut menjadi stim.
1 marks
d(iii)
Hitung masa yang diambil untuk mengukus telur dalam minit.
3 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan pandangan atas sebuah tangki riak disambung kepada motor dan penggetar berfrekuensi 10 Hz. Gelombang air yang terhasil ialah gelombang satah. Gelombang itu merambat melepasi satu celah dan mengalami pembelauan.
Rajah 10.2 menunjukkan lakaran muka gelombang sebelum melalui celah.
a
Apakah maksud frekuensi 10 Hz?
1 marks
b
Gelombang dalam Rajah 10.1 merambat dengan laju 15 cm s$^{-1}$,
(i) hitung panjang gelombang sebelum gelombang mengalami pembelauan.
(ii) tentukan panjang gelombang selepas gelombang mengalami pembelauan.
(iii) salin Rajah 10.2 dan lakarkan corak gelombang selepas mengalami pembelauan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk muka gelombang selepas celah dan jarak di antara muka gelombang itu berbanding sebelum celah)*
5 marks
c
Frekuensi motor dan penggetar dalam Rajah 10.1 dikurangkan kepada 5 Hz.
Terangkan apakah yang berlaku kepada corak gelombang yang mengalami pembelauan.
4 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan sebuah pemancar isyarat gelombang yang digunakan untuk menghantar isyarat televisyen. Penduduk di sebuah perkampungan yang terletak di sebalik sebuah bukit yang tinggi menghadapi masalah untuk menerima isyarat televisyen dengan jelas. Isyarat yang diterima sering terganggu dan mengalami gangguan visual, tidak stabil dan terputus-putus.
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri bagi empat sistem pemancar isyarat.
| Sistem | Frekuensi gelombang | Tinggi antena (meter) | Jenis gelombang | Amplitud gelombang |
|---|---|---|---|---|
| P | Tinggi | 2 | Gelombang radio | Rendah |
| Q | Rendah | 5 | Gelombang radio | Tinggi |
| R | Rendah | 2 | Gelombang mikro | Rendah |
| S | Tinggi | 5 | Gelombang mikro | Tinggi |
Jadual 10
Sebagai seorang jurutera komunikasi, anda ditugaskan untuk mengkaji dan menerangkan kesesuaian setiap ciri sistem pemancar isyarat. Pilih sistem penghantaran isyarat yang paling sesuai untuk meningkatkan kualiti penerimaan isyarat di kawasan yang terjejas. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan sebuah motor elektrik ringkas yang disambung kepada bekalan kuasa arus terus 6 V.
Rajah 11.2 menunjukkan motor elektrik ringkas itu disongsangkan arah bekalan arus.
a
Namakan petua yang digunakan bagi menentukan arah putaran suatu motor elektrik.
1 marks
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2,
b(i)
menggunakan simbol A, B, C dan D, bandingkan arah pengaliran arus dalam gegelung, kelajuan putaran gegelung dan arah putaran gegelung pada motor elektrik tersebut.
3 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di 11(b)(i), nyatakan hubungan antara arah pengaliran arus dalam gegelung dan arah putaran gegelung dalam kedua-dua motor elektrik ringkas tersebut.
2 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan suatu gegelung konduktor pembawa arus dalam satu medan magnet kekal.
Salin semula Rajah 11.3 dan lukiskan medan lastik bagi menunjukkan bagaimana gegelung konduktor pembawa arus dalam sebuah motor elektrik ringkas berputar. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: corak garis medan magnet di sekitar kedua-dua konduktor, arah garis medan, arah daya pada setiap konduktor, dan arah putaran gegelung)*
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah kipas meja.
Anda dipilih untuk menyertai pertandingan Inovasi Teknologi Hijau. Anda diminta oleh guru anda untuk mengubahsuai kipas meja tersebut menjadi sebuah kipas penyejuk mini yang dapat menyejukkan udara dengan cepat, senyap, dan menepati tema pertandingan.
Nyatakan dan terangkan cadangan anda melibatkan aspek jenis motor elektrik, sumber dan cara penyimpanan tenaga, jenis bahan motor elektrik, bilangan bilah kipas dan ciri-ciri inovasi terbaharu yang boleh menurunkan suhu udara dengan cepat.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open