Nyatakan hukum fizik yang menerangkan bahawa Bumi mencakupi luas yang sama dalam selang masa yang sama semasa bergerak mengelilingi Matahari.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1, selang masa t~1~, t~2~ dan t~3~ adalah sama.
c(i)
Lengkapkan pernyataan berikut.
Bumi bergerak dengan laju linear yang lebih tinggi dari titik …… ke titik ……
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** sebab bagi jawapan dalam 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu tiub sinar katod ringkas. Katod memancarkan elektron apabila suis P ditutup.
a
Nyatakan maksud sinar katod.
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan lintasan sinar katod yang tidak lengkap.
b(i)
Dalam Rajah 2.2, lengkapkan lintasan sinar katod tersebut dalam medan elektrik. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk lintasan sinar katod di antara dua plat dan ke arah plat mana ia bergerak.)*
1 marks
b(ii)
Berikan satu sebab bagi jawapan dalam 2(b)(i).
1 marks
c
Hitung halaju elektron selepas ia dipecutkan dari katod dalam keadaan pegun ke anod.
Diberi jisim elektron, m = $9.11 \times 10^{-31}$ kg dan cas elektron, e = $1.6 \times 10^{-19}$ C.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan ketulan ais berjisim 80 g dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk sup kacang merah yang panas. Haba pendam pelakuran diserap oleh ais semasa proses peleburan.
a
Nyatakan maksud haba pendam pelakuran.
1 marks
b
Beri **satu** sebab mengapa suhu ais kekal malar semasa proses peleburan.
1 marks
c
Hitungkan jumlah tenaga haba yang diserap oleh ketulan ais 80 g untuk melebur sepenuhnya.
[Haba pendam tentu pelakuran, $l_{ais} = 3.34 \times 10^{5}$ J kg^-1^]
2 marks
d
Nyatakan perubahan terhadap masa penyejukan jika ketulan ais digantikan dengan ais hancur. Terangkan jawapan anda.
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu fotosel yang digunakan untuk mengkaji pancaran elektron daripada permukaan logam.
a
Nyatakan fenomena fizik yang berlaku dalam eksperimen tersebut.
1 marks
b
Apakah fungsi vakum di dalam tiub kaca itu?
1 marks
c
Frekuensi cahaya ditingkatkan tetapi keamatan cahaya tidak berubah.
Nyatakan perubahan pada bacaan mikroammeter.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan pintu automatik yang menggunakan fotosel.
d(i)
Hitung tenaga satu foton sinar inframerah dengan panjang gelombang 9.0 μm yang dipancarkan ke arah pengesan sinar.
Diberi laju cahaya, c = $3.0 \times 10^{8}$ m s^-1^ dan pemalar Planck, h = $6.63 \times 10^{-34}$ J s.
3 marks
d(ii)
Bilangan foton, n yang dipancarkan sesaat jika kuasa sinar inframerah, P ialah 2.5 W.
2 marks
e
Nyatakan satu lagi aplikasi kesan fotoelektrik dalam teknologi hijau.
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan kedudukan berbeza satu objek dan imejnya di hadapan sebuah cermin sfera M.
a
Nyatakan jenis cermin sfera M.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
jarak objek, u
1 marks
b(ii)
jarak imej, v
1 marks
b(iii)
pembesaran linear bagi imej yang terbentuk.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
jarak objek, u dengan jarak imej, v.
1 marks
c(ii)
jarak imej, v dengan pembesaran linear bagi imej yang terbentuk.
1 marks
d
Panjang fokus cermin sfera M ialah 15 cm. Jika jarak objek, u ialah 25 cm, hitung jarak imej, v.
2 marks
e
Cermin sfera M biasanya digunakan oleh doktor gigi. Nyatakan kedudukan objek yang sesuai supaya doktor gigi dapat melihat imej gigi yang tegak dan dibesarkan.
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan dua buah reaktor nuklear. Bilangan neutron, n awal untuk tindak balas pembelahan adalah sama.
a
Nyatakan fungsi rod kawalan di dalam reaktor nuklear.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
kedudukan rod kawalan dalam teras.
1 marks
b(ii)
bilangan neutron yang diserap oleh rod kawalan.
1 marks
b(iii)
tenaga nuklear yang dihasilkan.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(b), hubungkaitkan
c(i)
kedudukan rod kawalan terendam dengan bilangan neutron yang diserap.
1 marks
c(ii)
bilangan neutron yang diserap dengan tenaga nuklear yang dihasilkan.
1 marks
d
Hitung tenaga nuklear yang dibebaskan apabila cacat jisim dalam tindak balas tersebut ialah 0.0578 u.j.a.
[Diberi: 1 u.j.a = $1.66 \times 10^{-27}$ kg, laju cahaya, c = $3.00 \times 10^{8}$ m s^-1^]
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan aktiviti terjun lelabah. Panjang asal tali untuk terjun lelabah itu adalah 20 m. Penerjun akan mengalami jatuh bebas pada awal terjunan. Halaju penerjun akan berkurang sebaik sahaja tali mula meregang.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?
1 marks
b(i)
Hitung halaju maksimum penerjun itu sejurus sebelum tali terjun lelabah itu mula meregang.
2 marks
b(ii)
Nyatakan perubahan tenaga yang dialami oleh penerjun itu sejurus sebelum tali terjun lelabah itu mula meregang.
1 marks
Jadual 1 menunjukkan panjang tali terjun lelabah dan posisi badan penerjun semasa terjunan.
| Pilihan | Panjang tali terjun lelabah | Posisi badan semasa jatuh |
|---|---|---|
| X | 25 m | Buka tangan dan kaki |
| Y | 25 m | Rapatkan tangan dan kaki |
| Z | 20 m | Rapatkan tangan dan kaki |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri yang sesuai untuk mencapai kelajuan yang paling tinggi semasa terjunan melalui udara.
c(i)
Panjang tali terjun lelabah — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Posisi badan semasa terjunan — ciri dan sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), pilih pilihan yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu mentol 36 W, 18 V disambungkan ke terminal output sebuah transformer unggul. Mentol tersebut menyala dengan kecerahan normal.
a
Nyatakan maksud transformer unggul.
1 marks
b
Hitungkan arus yang mengalir dalam gegelung sekunder.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebuah pengecas telefon yang mengandungi sebuah transformer untuk menurunkan voltan input 240 V kepada voltan output 6 V.
c(i)
Pengecas telefon tersebut cepat menjadi panas dan tidak dapat mengecas telefon sepenuhnya dalam tempoh masa yang singkat.
Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan pada pengecas itu supaya ia dapat mengecas telefon pintar dengan lebih cepat dan tidak mudah panas. Berikan sebab untuk setiap cadangan anda.
Ketebalan dawai gegelung — cadangan dan sebab
2 marks
c(ii)
Jenis teras — cadangan dan sebab
2 marks
c(iii)
Susunan gegelung primer dan gegelung sekunder — cadangan dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan seorang penyelam ternampak seekor burung terbang di langit apabila naik ke permukaan air.
a
Nyatakan fenomena cahaya yang berlaku.
1 marks
b
Kedudukan burung dalam Rajah 9 kelihatan lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya dari sudut pandangan penyelam. Terangkan bagaimana perkara ini berlaku.
4 marks
Satu alur cahaya merambat masuk dari air ke kaca pada sudut tuju 25°. Diberi indeks biasan kaca dan air masing-masing ialah 1.65 dan 1.33.
Hitung
c(i)
sudut biasan di dalam kaca.
3 marks
c(ii)
laju cahaya di dalam kaca tersebut.
2 marks
d
Anda dikehendaki untuk menyiasat ciri-ciri kamera yang digunakan untuk mengambil gambar hidupan liar di laut dalam. Jadual 2 menunjukkan spesifikasi bagi empat jenis kamera J, K, L, dan M.
| Kamera | Indeks biasan kanta | Bahan kanta | Saiz kanta | Peralatan tambahan |
|---|---|---|---|---|
| J | 1.65 | Kaca | Kecil | Penapis warna |
| K | 1.49 | Plastik | Besar | Lampu LED |
| L | 1.65 | Kaca | Besar | Lampu LED |
| M | 1.49 | Plastik | Kecil | Penapis warna |
Jadual 2
Kaji spesifikasi tersebut dan tentukan kamera yang paling sesuai digunakan untuk merakam imej yang jelas di laut dalam. Berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah kapal terbang yang sedang berlepas dari landasan.
a
Nyatakan prinsip fizik yang terlibat dalam situasi di atas.
1 marks
b
Terangkan bagaimana kapal terbang terangkat naik ke udara dari landasan.
4 marks
Kapal terbang dalam Rajah 10.1 berjisim $2.4 \times 10^{4}$ kg. Jumlah luas permukaan sayapnya ialah 330 m^2^.
c(i)
Kapal terbang itu memecut secara seragam dari pegun dengan 3.0 m s^-2^ selama 25 s di landasan sebelum berlepas.
Hitung sesaran kapal terbang itu sebelum berlepas.
2 marks
c(ii)
Kapal terbang tersebut terbang pada ketinggian tetap dengan halaju seragam.
Hitung perbezaan tekanan antara permukaan atas dan bawah sayap kapal terbang.
3 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan empat buah kereta lumba P, Q, R dan S dengan spesifikasi yang berbeza.
Anda dikehendaki menentukan ciri-ciri yang sesuai untuk kereta lumba yang paling pantas dan paling selamat untuk memenangi acara perlumbaan kereta. Terangkan kesesuaian untuk setiap spesifikasi dan tentukan kereta lumba yang paling sesuai. Beri sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan sebuah litar elektrik yang digunakan untuk menyiasat hubungan antara rintangan, R dan nilai s.w.g. bagi suatu dawai konstantan.
a
Nyatakan maksud rintangan.
1 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan nilai s.w.g., bacaan voltmeter dan rintangan dawai konstantan.
3 marks
b(ii)
Nyatakan hubungan antara nilai s.w.g. dan bacaan voltmeter. Seterusnya deduksikan hubungan antara bacaan voltmeter dan rintangan dawai.
2 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebiji mentol berfilamen.
Terangkan mengapa filamen berbentuk gegelung seperti dalam Rajah 11.3 akan menghasilkan lebih banyak cahaya.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah penggoreng udara.
Sebagai seorang jurutera, anda dikehendaki untuk mengubah suai sebuah penggoreng udara di dalam Rajah 11.4 supaya ia dapat memasak lebih banyak makanan dengan lebih cepat dan lebih selamat.
Dengan menggunakan konsep fizik yang sesuai, nyatakan dan terangkan cadangan anda berdasarkan aspek berikut:
- Ciri-ciri elemen pemanas
- Bahan pemegang
- Saiz bakul
- Ciri-ciri bilah kipas
- Sebarang komponen keselamatan tambahan
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open