Rajah 1 menunjukkan mikroammeter digunakan untuk mengukur arus fotoelektrik apabila kesan fotoelektrik berlaku dalam sebuah sel foto.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kesan fotoelektrik?
1 marks
b
Nyatakan **satu** ciri katod yang membolehkan kesan fotoelektrik berlaku.
1 marks
c
Mengapakah medium di dalam sel foto adalah vakum?
1 marks
d
Apakah perubahan yang berlaku kepada bacaan mikroammeter apabila bilangan foton yang menyinari katod bertambah?
1 marks
25 marks
Dalam satu siri reputan radioaktif, Polonium-210 mereput menjadi Polonium-206.
$^{210}_{84}\text{Po} \rightarrow\ ^{206}_{82}\text{Po} + {}^{4}_{2}\text{He} + \text{tenaga}$
Rajah 2
a
Apakah yang dimaksudkan dengan reputan radioaktif?
1 marks
b
Jadual 1 menunjukkan jisim bagi setiap nuklid dalam unit jisim atom (u.j.a).
| Nuklid | Jisim (u.j.a) |
|---|---|
| Polonium-210 | 209.982 |
| Polonium-206 | 205.969 |
| Helium | 4.0026 |
Jadual 1
Hitungkan tenaga yang dibebaskan dalam unit J.
3 marks
c
Jika jisim Polonium-206 dalam Jadual 1 bertambah, apakah yang berlaku kepada tenaga yang dibebaskan dalam 2(b)?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan satu litar elektronik yang disambungkan kepada sebuah osiloskop sinar katod (O.S.K.). Satu corak gelombang telah terhasil pada skrin O.S.K.
a
Apakah proses yang ditunjukkan dalam Rajah 3?
1 marks
b
Lengkapkan litar pada Rajah 3 dengan melukis diod di dalam kotak S, T dan U. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagi setiap kotak S, T dan U, arah diod (anak panah diod menghala dari simpang mana ke simpang mana: atas, bawah, kiri atau kanan).)*
2 marks
Satu kapasitor disambungkan pada litar dalam Rajah 3 supaya arus output yang ditunjukkan di skrin O.S.K. lebih rata.
c(i)
Lukiskan sambungan kapasitor dalam Rajah 3 supaya arus output yang ditunjukkan di skrin O.S.K. lebih rata. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana kapasitor disambungkan dalam litar dan sama ada bersiri atau selari dengan komponen tertentu.)*
1 marks
c(ii)
Terangkan bagaimana kapasitor boleh digunakan untuk meratakan arus output.
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan tin minuman yang dibawa ke pantai pada hari yang panas. Didapati apabila tin minuman itu dibalut dengan tuala kertas yang basah, tin minuman itu menjadi sejuk apabila tuala kertas itu kering selepas beberapa minit.
a
Nyatakan jenis haba yang terlibat dalam penyejukan tin minuman pada Rajah 4.
1 marks
b
Terangkan bagaimana tuala kertas basah boleh menyejukkan tin minuman tersebut.
3 marks
Diberi:
muatan haba tentu air = 4200 J kg^-1^ °C^-1^
haba pendam tentu pengewapan air = $2.26 \times 10^{6}$ J kg^-1^
haba yang diserap dari tin minuman = 12,700 J
c(i)
Hitung jisim air pada tuala basah yang terlibat dalam penyejukan tin minuman itu.
2 marks
c(ii)
Dua tin minuman lain yang serupa dimasukkan ke dalam sebuah bekas berisi air sejuk. Air sejuk dalam bekas tersebut dapat menghasilkan kesan penyejukan yang sama kepada setiap tin minuman apabila air sejuk tersebut berubah suhu dari 20 °C menjadi 24 °C.
Hitung jisim air sejuk yang terlibat.
3 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan pandangan atas muka gelombang air dalam sebuah tangki riak.
a
Namakan fenomenon gelombang yang berlaku dalam Rajah 5.
1 marks
b
Pada Rajah 5, lukiskan satu garis normal pada Q.
Seterusnya, lukis arah perambatan gelombang dalam kawasan B selepas melalui Q. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah garis normal yang anda lukis di Q berbanding sempadan kawasan A dan B, dan arah perambatan gelombang dalam kawasan B berbanding garis normal dan arah asal.)*
1 marks
Perhatikan kawasan A dan kawasan B dalam Rajah 5. Bandingkan:
c(i)
panjang gelombang, λ
1 marks
c(ii)
kedalaman air
1 marks
c(iii)
laju gelombang air.
1 marks
Hubungkaitkan
d(i)
kedalaman air dengan panjang gelombang
1 marks
d(ii)
panjang gelombang dengan laju gelombang air.
1 marks
e
Panjang gelombang dan laju gelombang dalam kawasan A masing-masing adalah 2 cm dan 12 cm s^-1^.
Hitung laju gelombang di kawasan B apabila panjang gelombang di kawasan tersebut adalah 0.5 cm.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan satelit GOES-19 dan satelit CloudSat sedang mengorbit Bumi.
Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri satelit GOES-19 dan satelit CloudSat.
| Satelit | Tempoh orbit | Laju linear satelit |
|---|---|---|
| GOES-19 | 23.93 jam | 3073 m s^-1^ |
| CloudSat | 98.88 minit | 7547 m s^-1^ |
Jadual 2
a
Nyatakan daya yang menyebabkan satelit-satelit itu mengorbit bumi.
1 marks
Perhatikan Rajah 6 dan Jadual 2.
Bandingkan,
b(i)
jejari orbit satelit
1 marks
b(ii)
tempoh orbit satelit
1 marks
b(iii)
laju linear satelit.
1 marks
Berdasarkan jawapan dalam 6(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
jejari orbit dengan laju linear satelit
1 marks
c(ii)
jejari orbit dengan tempoh orbit satelit.
1 marks
d
Apakah perubahan yang berlaku kepada laju linear satelit CloudSat jika ianya digunakan untuk mengorbit planet Z yang mempunyai jisim yang lebih besar berbanding bumi pada jejari orbit yang sama?
1 marks
e
Sebuah satelit lain mengorbit Bumi dengan jejari orbit 8378 km.
Berdasarkan Rajah 6 dan Jadual 2, hitung tempoh orbit satelit itu.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah motor arus terus.
Gegelung dalam Rajah 7.1 berputar disebabkan daya yang dihasilkan oleh medan lastik yang terbentuk di gegelung.
a
Nyatakan petua yang digunakan untuk menentukan arah daya yang dihasilkan pada gegelung tersebut.
1 marks
Pada Rajah 7.2,
b(i)
lukiskan corak medan lastik yang terbentuk di gegelung *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk garis-garis medan magnet di antara magnet dan di sekeliling setiap konduktor (⊗ dan ⊙), termasuk di sebelah mana garis-garis medan menjadi rapat, serta arah anak panah pada garis medan.)*
2 marks
b(ii)
labelkan arah daya, F yang terbentuk di gegelung. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: arah daya F yang anda labelkan pada setiap konduktor (⊗ dan ⊙).)*
1 marks
Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri motor arus terus R, S dan T yang digunakan dalam pemutar skru tanpa wayar.
| Motor | R | S | T |
|---|---|---|---|
| Bilangan lilitan gegelung | 500 | 200 | 400 |
| Voltan bateri | 5 V | 8 V | 12 V |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan ciri-ciri motor arus terus yang boleh berputar paling laju.
Beri **satu** sebab untuk kesesuaian setiap ciri-ciri.
c(i)
Bilangan lilitan gegelung
Sebab:
2 marks
c(ii)
Voltan bateri
Sebab:
2 marks
d
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan motor arus terus yang boleh berputar paling laju dalam pemutar skru tanpa wayar.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan seorang lelaki sedang memeriksa komponen jam dengan menggunakan *loupe* iaitu sejenis kanta pembesar bagi membaiki jam.
a
Namakan fenomena gelombang yang terlibat dalam Rajah 8.1.
1 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan gambarajah sinar bagi cahaya yang merambat dari komponen jam sebagai objek, O melalui kanta *loupe* yang mempunyai titik fokus, F.
Lengkapkan gambarajah sinar dalam Rajah 8.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar-sinar yang anda lukis dari hujung objek dan arah setiap sinar selepas kanta, garisan yang anda lanjutkan (jika ada), serta kedudukan, orientasi dan saiz imej yang terbentuk.)*
2 marks
Anda dikehendaki mencadangkan ciri-ciri yang sesuai bagi kanta yang digunakan sebagai kanta *loupe* supaya imej yang paling jelas dapat dilihat menerusi kanta *loupe* dan ianya mudah dibawa.
c(i)
Panjang fokus
Sebab:
2 marks
c(ii)
Ketulenan
Sebab:
2 marks
c(iii)
Ketumpatan kanta
Sebab:
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang pekerja menggunakan bicu palet untuk mengangkat sebuah beban yang berat di sebuah kilang perabot.
Rajah 9.2 menunjukkan sistem jek hidraulik yang digunakan pada bicu palet tersebut.
Jek hidraulik berfungsi berdasarkan Prinsip Pascal.
a
Nyatakan Prinsip Pascal.
1 marks
b
Terangkan bagaimana jek hidraulik boleh digunakan untuk mengangkat beban yang berat.
4 marks
Luas keratan rentas omboh X dan omboh Y masing-masing adalah 0.004 m^2^ dan 0.2 m^2^.
c(i)
Hitung jisim beban yang boleh diangkat apabila daya yang dikenakan ke atas omboh X adalah 10 N.
3 marks
c(ii)
Hitung ketinggian bicu digerakkan ke atas apabila omboh X ditolak ke bawah sebanyak 0.3 m.
2 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah trak angkat susun automatik. Trak angkat susun automatik ini menggunakan motor elektrik dan sistem hidraulik untuk mengangkat, membawa dan menyusun barang-barang yang berat.
Jadual 9 menunjukkan empat jenis trak angkat susun yang hendak digunakan di kilang perabot.
| Jenis trak angkat susun | Nisbah luas keratan rentas omboh input kepada omboh output | Jenis bendalir hidraulik | Kuasa motor elektrik | Jenis bahan silinder hidraulik |
|---|---|---|---|---|
| **P** | 5 : 1 | Boleh dimampatkan | 10 kW | Keluli |
| **Q** | 5 : 1 | Tidak boleh dimampatkan | 10 kW | Besi |
| **R** | 1 : 5 | Boleh dimampatkan | 11 kW | Besi |
| **S** | 1 : 5 | Tidak boleh dimampatkan | 11 kW | Keluli |
Jadual 9.1
Anda dikehendaki untuk menentukan trak angkat susun yang paling sesuai digunakan untuk mengangkut beban di kilang tersebut.
Berikan sebab-sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan wayar penyambung dan elemen pemanas pada sebuah pembuat bebola kaya elektrik yang diperbuat daripada bahan yang berbeza kerintangan.
a
Nyatakan maksud kerintangan.
1 marks
b
Terangkan mengapa wayar penyambung dan elemen pemanas menggunakan dawai yang berbeza kerintangan.
4 marks
Arus yang mengalir dalam pembuat bebola kaya elektrik dalam Rajah 10 adalah 14.55 A apabila disambungkan dengan bekalan kuasa 240 V.
c(i)
Berapakah cas yang mengalir melalui elemen pemanas dalam 5 minit.
3 marks
c(ii)
Hitung kuasa yang hilang dalam pembuat bebola kaya elektrik itu.
2 marks
d
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri bagi empat jenis pembuat bebola kaya elektrik J, K, L dan M dengan kadar kuasa 240 V 3400 W.
| Pembuat bebola kaya elektrik | J | K | L | M |
|---|---|---|---|---|
| Bilangan lilitan elemen pemanas | 7 | 7 | 3 | 3 |
| Jenis bahan yang digunakan untuk elemen pemanas | Kuprum | Nikrom | Nikrom | Kuprum |
| Jenis bahan untuk wayar penyambung | Nikrom | Kuprum | Nikrom | Kuprum |
| Nilai fius | 13.0 A | 15.0 A | 13.0 A | 15.0 A |
Jadual 10
Tentukan pembuat bebola kaya elektrik yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan bebola kaya yang banyak dengan cepat dan selamat.
Justifikasikan jawapan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan Alex menggunakan daya sebanyak 500 N untuk bergerak dengan pecutan 10 m s^-2^ menggunakan kasut beroda.
Rajah 11.2 menunjukkan Alex bergerak menggunakan sebanyak 450 N sambil membawa beg galas berjisim 15 kg. Jisim Alex ialah 70 kg.
a
Apakah maksud pecutan?
1 marks
b
Perhatikan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2.
Bandingkan jisim ketika Alex bergerak, daya yang Alex gunakan untuk bergerak dan pecutan Alex.
Hubungkaitkan jisim dan pecutan.
Seterusnya deduksikan hubungan antara daya dan pecutan.
5 marks
c
Didapati lutut Alex cedera apabila terjatuh semasa cuba bergerak menggunakan kasut beroda di atas jalan yang penuh dengan lekukan batu.
Walaubagaimanapun lutut Alex tidak cedera apabila terjatuh di atas permukaan rumput apabila bergerak menggunakan kasut beroda dengan kelajuan yang sama.
Jelaskan.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan Alex sedang berlatih bermain papan selaju untuk Kejohanan Jarak Jauh Papan Selaju.
Anda dikehendaki mencadangkan beberapa pengubahsuaian yang boleh dilakukan supaya Alex boleh memenangai kejohanan papan selaju dengan mudah dan selamat.
Nyatakan cadangan anda berdasarkan alat keselamatan yang diperlukan, jenis bahan papan selaju, ciri-ciri bagi papan selaju dan pakaian, dan juga alat tambahan yang boleh digunakan supaya Alex dapat bergerak dengan cepat dan selamat dalam tempoh yang lama menggunakan papan selaju yang telah diubahsuai.
Beri sebab bagi jawapan anda.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open