Rajah 1 menunjukkan satu proses reputan yang berlaku secara rawak dan spontan.
$^{238}_{\ A}\text{U} \rightarrow {}^{\ B}_{90}\text{Th} + {}^{4}_{2}\text{He} + \text{tenaga}$
(Rajah 1)
a
Namakan jenis tindak balas yang ditunjukkan oleh persamaan di atas.
1 marks
b
Tandakan (√) pada pernyataan yang betul menerangkan tindak balas di atas.
| | Pernyataan |
|---|---|
| | Nukleus berat dipecahkan kepada dua nukleus ringan dan memancarkan neutron dan tenaga. |
| | Dua nukleus yang kecil bercantum membentuk satu nukleus yang berat dengan membebaskan tenaga yang banyak. |
*(Tulis pernyataan yang anda tandakan.)*
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 1, tentukan nilai A dan B.
A : …
B : …
2 marks
25 marks
Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan sebuah mesin rumput digerakkan dengan dua kaedah yang berbeza. Daya yang bertindak ke atas pemegang, F boleh dileraikan kepada dua komponen menegak, F~Y~ dan mengufuk, F~X~.
a
Takrifkan leraian daya.
1 marks
b
Lukis rajah segitiga untuk menunjukkan leraian daya bagi Rajah 2.1 dan Rajah 2.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagi setiap rajah, daya F dan dua komponennya F~X~ dan F~Y~, arah setiap anak panah, dan cara ketiga-tiganya membentuk segitiga.)*
2 marks
c
Kaedah yang manakah paling sesuai digunakan untuk memotong rumput dengan lebih berkesan. Beri sebab bagi jawapan anda.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan seorang budak lelaki sedang membidik ikan di dalam sungai dengan menggunakan anak panah. Ikan itu kelihatan lebih dekat pada permukaan air berbanding dengan kedudukannya yang sebenar.
a(i)
Namakan fenomena cahaya yang terlibat.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana fenomena dalam 3(a)(i) berlaku.
2 marks
a(iii)
Pada Rajah 3.2, lukiskan gambarajah sinar dari mata budak lelaki itu untuk menunjukkan bagaimana ikan kelihatan lebih dekat pada permukaan air berbanding dengan kedudukannya yang sebenar. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: laluan sinar cahaya antara ikan sebenar dan mata pemerhati (termasuk di mana ia membengkok), garis putus-putus yang anda lukis, dan kedudukan imej ikan yang anda tanda.)*
2 marks
b
Berikan satu cadangan bagaimana untuk menyasarkan ikan itu dengan tepat.
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat kesan fotoelektrik.
Keputusan eksperimen itu digunakan untuk memplot satu graf tenaga kinetik, K~maks~ bagi kesan fotoelektron terpancar melawan frekuensi, f bagi cahaya yang digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
a
Terangkan kesan fotoelektrik dengan merujuk kepada teori fotoelektrik Einstein.
2 marks
Gunakan graf dalam Rajah 4.2 untuk menentukan
b(i)
Frekuensi ambang, f~0~ bagi logam katod.
2 marks
b(ii)
Pemalar Planck, h
[ 1 eV = $1.60 \times 10^{-19}$ J ]
2 marks
c(i)
Nyatakan hubungan de Broglie untuk momentum p bagi satu zarah dalam sebutan panjang gelombang, λ yang berkaitan.
1 marks
c(ii)
Menggunakan jawapan di 4(b)(ii) dan persamaan di 4(c)(i), hitung momentum bagi satu foton dalam sinaran ultraungu dengan panjang gelombang 250 nm.
2 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan pembiasan gelombang air apabila gelombang itu merambat daripada kawasan cetek ke kawasan dalam.
a
Apakah maksud pembiasan gelombang?
1 marks
Perhatikan gelombang air di kawasan cetek dan kawasan dalam pada Rajah 5. Bandingkan.
b(i)
Kedalaman air
1 marks
b(ii)
Panjang gelombang bagi gelombang air
1 marks
b(iii)
Laju gelombang bagi gelombang air
1 marks
Berdasarkan jawapan dalam 5(b), nyatakan hubungan antara
c(i)
kedalaman air dengan panjang gelombang bagi gelombang air.
1 marks
c(ii)
panjang gelombang dengan laju gelombang.
1 marks
d
Pada Rajah 5, lukiskan satu garis normal pada X. Seterusnya, lukis arah perambatan gelombang dalam kawasan dalam selepas melalui X. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis normal yang anda lukis pada X dan arah anak panah perambatan gelombang di kawasan dalam berbanding garis normal itu.)*
1 marks
e
Diberi laju gelombang bagi gelombang air di kawasan cetek dan kawasan dalam masing-masing adalah 10 cm s$^{-1}$ dan 14 cm s$^{-1}$. Panjang gelombang air di kawasan cetek adalah 5.0 cm.
Hitung panjang gelombang bagi gelombang air tersebut di kawasan dalam.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan satu magnet bar dijatuhkan ke dalam dua gegelung yang berbeza dari ketinggian yang sama.
a
Namakan kuantiti fizik yang diukur oleh galvanometer.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
kekuatan medan magnet bagi magnet bar.
1 marks
b(ii)
bilangan lilitan gegelung.
1 marks
b(iii)
Saiz pesongan penunjuk galvanometer.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 6(b), nyatakan
c(i)
hubungan antara bilangan lilitan gegelung dengan saiz pesongan penunjuk galvanometer.
1 marks
c(ii)
hubungan antara bilangan lilitan gegelung dengan kadar perubahan fluks magnet.
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan sebuah transformer ringkas yang disambung kepada motor elektrik 12 V, 24 W arus ulang-alik.
d(i)
Hitung arus yang mengalir dalam gegelung sekunder itu.
2 marks
d(ii)
Apakah yang akan berlaku kepada arus dalam gegelung sekunder sekiranya voltan sekunder dikurangkan kepada 6 V?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan empat litar elektrik dengan komponen-komponen yang serupa.
a
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan jenis transistor yang digunakan dalam litar.
1 marks
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan kedudukan susunan yang sesuai bagi komponen-komponen elektrik di dalam litar untuk berfungsi sebagai suis automatik.
b(i)
Perintang, R~2~ — ciri dan sebab.
2 marks
b(ii)
Perintang, R~1~ dan perintang peka cahaya, PPC — ciri dan sebab.
2 marks
b(iii)
Terminal pengumpul transistor kepada sel kering — ciri dan sebab.
2 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 7(b), litar yang manakah sesuai dalam Rajah 7.1 digunakan sebagai suis automatik?
1 marks
d
Berikan satu aplikasi litar yang anda nyatakan dalam 7(c).
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan ubat gigi mengalir keluar apabila tiub ubat gigi dipicit.
a
Namakan prinsip fizik yang terlibat dalam Rajah 8.1.
1 marks
b
Terangkan bagaimana ubat gigi tersebut mengalir keluar dari tiub ubat gigi.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan satu sistem jek hidraulik ringkas yang menggunakan prinsip yang sama dalam 8(a). Ia digunakan bagi membantu mengangkat beban yang berat dengan menggunakan daya yang kecil.
Cadangkan bagaimana sistem jek hidraulik ringkas itu dapat mengangkat beban yang lebih besar berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
Jenis bendalir hidraulik — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Luas permukaan A2 — ciri dan sebab.
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 8.2, hitung faktor pengganda bagi sistem jek hidraulik tersebut.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah pengering rambut berlabel “240 V, 1 100 W” disambungkan kepada satu palam tiga pin.
a
Apakah maksud label 5 A pada fius itu?
1 marks
b
Nyatakan dan terangkan dua sifat bahan bagi unsur pemanas dalam pengering rambut itu.
4 marks
Pengering rambut dalam Rajah 9.1 dihidupkan selama 12 minit.
c(i)
Hitung tenaga elektrik yang digunakan.
2 marks
c(ii)
Hitung arus yang mengalir melalui pengering rambut itu.
2 marks
c(iii)
Nyatakan dan terangkan sama ada fius 5A sesuai digunakan dalam palam itu.
1 marks
d
Sebuah penggoreng kering seperti Rajah 9.2 direka bentuk untuk menggoreng makanan tanpa minyak.
| Penggoreng kering | P | Q | R | S |
|---|---|---|---|---|
| Kuasa / W | 1 300 | 1 200 | 1 400 | 1 500 |
| Bahan pemanas | Besi | Nikrom | Besi | Nikrom |
| Takat lebur pemanas / °C | 1 500 | 1 400 | 1 400 | 1 400 |
| Komponen elektrik tambahan | Termostat | Termistor | Termistor | Termostat |
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan spesifikasi empat jenis penggoreng kering **P, Q, R** dan **S**. Kaji spesifikasi dan justifikasi setiap aspek. Pilih penggoreng kering yang paling sesuai digunakan untuk menggoreng makanan secara berkesan. Berikan sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu termometer infra-merah digunakan oleh seorang doktor bagi memeriksa suhu badan seorang pesakit semasa membuat rawatan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan suhu?
1 marks
b
Merujuk kepada prinsip keseimbangan terma dan prinsip kerja termometer, terangkan bagaimana seorang doktor dapat memeriksa suhu badan pesakit semasa membuat rawatan kesihatan.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah termometer yang belum ditentukurkan mempunyai panjang turus L~0~ ialah 5.0 cm apabila suhu adalah 0 °C dan L~100~ ialah 25.0 cm apabila suhu adalah 100 °C. Panjang turus merkuri, L~θ~ ialah 12 cm apabila diletakkan ke dalam cecair X.
c(i)
Hitung suhu cecair X itu. Nyatakan jawapan anda dalam unit Kelvin.
3 marks
c(ii)
Berapakah panjang turus merkuri itu dari bebuli pada suhu 30 °C?
2 marks
d
Jadual 2 menunjukkan empat keratan rentas dan ciri-ciri bahan bagi empat tabung nasi J, K, L dan M yang digunakan untuk mengekalkan suhu nasi yang panas.
| Tabung nasi | Bahan di antara dinding dalam dan dinding luar (keratan rentas) | Takat lebur | Muatan haba tentu | Ketumpatan |
|---|---|---|---|---|
| J | Kepingan polisterena | 68 °C | 800 J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$ | 800 kg m$^{-3}$ |
| K | Kepingan kuprum | 240 °C | 1900 J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$ | 670 kg m$^{-3}$ |
| L | Kepingan polisterena | 240 °C | 1900 J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$ | 670 kg m$^{-3}$ |
| M | Kepingan kuprum | 68 °C | 900 J kg$^{-1}$ °C$^{-1}$ | 800 kg m$^{-3}$ |
Jadual 2
Anda dikehendaki menentukan tabung nasi yang paling sesuai untuk mengekalkan suhu nasi panas dalam masa yang panjang dan boleh dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Kaji ciri-ciri bagi keempat-empat tabung nasi itu dari aspek seperti takat lebur, muatan haba tentu, ketumpatan dan bahan di antara dinding dalam dengan dinding luar. Jelaskan kesesuaian aspek-aspek itu. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan sebuah planet mengelilingi matahari. Masa yang diambil untuk planet bergerak dari A ke B adalah sama dari C ke D.
a
Nyatakan bentuk orbit.
1 marks
Berdasarkan Rajah 11,
b(i)
bandingkan panjang lengkok orbit bagi AB dan CD.
1 marks
b(ii)
bandingkan luas yang dicakupi oleh planet di kawasan FAB dan FCD.
1 marks
b(iii)
bandingkan laju linear A ke B dan C ke D.
1 marks
b(iv)
nyatakan hubungan antara masa yang diambil dengan luas yang dicakupi bagi kedua-dua kawasan.
1 marks
b(v)
nyatakan hukum yang terlibat untuk menerangkan 11(b)(iv).
1 marks
d(i)
Terangkan bagaimanakah kedua-dua planet boleh mengekalkan pergerakan dalam orbit yang membulat.
2 marks
d(ii)
Jika tiada daya graviti yang bertindak pada kedua-dua planet, apakah yang akan berlaku kepada gerakan planet-planet tersebut?
2 marks
e
Anda sebagai seorang pensyarah Fizik bidang Aeroangkasa dikehendaki menerangkan pengangkutan di angkasa lepas dari bumi ke bulan kepada para pelajar dalam bidang berkenaan. Dalam penerangan anda mestilah mengandungi tentang hukum Kepler, laju orbit dan daya tarikan graviti. Anda boleh menghuraikan tentang kaedah untuk kembali ke bumi dengan selamat, cara menjimatkan bahan api, altitud orbit mengelilingi bulan, halaju pelancaran dari bumi dan jisim kapal angkasa. — aspek dan penerangan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open