Rajah 1 menunjukkan graf lengkung bagi reputan radioaktif Xenon-133 dengan separuh hayat tertentu.
a
Apakah maksud separuh hayat?
1 marks
b
Apakah yang berlaku kepada aktiviti radioaktif Xenon-133?
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 1, tentukan nilai separuh hayat Xenon-133.
Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan separuh hayat itu.
Separuh hayat Xenon-133: …… hari *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garisan yang anda lukis pada graf dan nilai yang anda baca daripadanya.)*
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan Stesen Angkasa Antarabangsa, ISS sedang mengorbit Bumi dalam satu gerakan membulat disebabkan oleh wujudnya daya graviti.
a
Pada Rajah 2, labelkan arah daya graviti, F. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: dari mana anak panah F anda bermula dan ke arah mana ia menghala.)*
1 marks
b
Hitungkan daya graviti.
Diberi:
Jisim Stesen Angkasa Antarabangsa, ISS = $4.20 \times 10^{5}$ kg
Jarak dengan pusat Bumi = $6.77 \times 10^{6}$ m.
Jisim Bumi = $5.97 \times 10^{24}$ kg
Pemalar kegravitian, G = $6.67 \times 10^{-11}$ N m^2^ kg^-2^
2 marks
c
Purata tempoh yang selamat bagi seorang angkasawan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa, ISS adalah 6 bulan.
Nyatakan satu kesan terhadap tumbesaran manusia jika berada lebih lama daripada tempoh selamat. Terangkan mengapa.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan sebuah kotak ditarik di atas suatu permukaan licin dengan daya F~1~ dan F~2~ dengan nilai 30 N dan 40 N masing-masing yang berbeza arah.
a
Apakah maksud leraian daya?
1 marks
b
Pada Rajah 3.1, lerai dan labelkan daya, F~1~ 30 N kepada komponen mengufuk dan komponen menegak. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: komponen-komponen yang anda lukis, arah setiap komponen dan labelnya.)*
2 marks
c
Kira komponen mengufuk bagi daya F~1~.
1 marks
d
Hitungkan daya paduan yang bertindak ke atas kotak tersebut.
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan seorang budak mendapati air laut lebih sejuk berbanding pasir pada waktu panas terik. Keadaan ini disebabkan oleh muatan haba tentu yang berbeza antara pasir dan air laut.
a
Apakah maksud muatan haba tentu?
1 marks
b
Terangkan mengapa air laut lebih sejuk berbanding pasir.
3 marks
Pada hari yang panas, 2000 g pasir di pantai menerima tenaga haba sebanyak 30 000 J daripada Matahari.
c(i)
Hitung kenaikan suhu pasir pantai jika muatan haba tentu pasir adalah 800 J kg^-1^ °C^-1^.
3 marks
c(ii)
Hitung suhu akhir pasir pantai sekiranya suhu awal pasir ialah 27 °C.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan rajah sinar bagi dua objek yang sama menggunakan cermin melengkung yang berbeza kelengkungan. C ialah pusat kelengkungan dan F ialah titik fokus cermin itu.
a
Nyatakan jenis cermin yang digunakan.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
b(i)
kelengkungan cermin
1 marks
b(ii)
jarak fokus cermin
1 marks
b(iii)
saiz imej yang terbentuk
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 5(b),
c(i)
hubungkaitkan antara jarak fokus dan kelengkungan.
1 marks
c(ii)
hubungkaitkan antara jarak fokus dan saiz imej yang terbentuk.
1 marks
d
Pada Rajah 5.3, lengkapkan sinar untuk menunjukkan imej yang terbentuk. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap sinar yang anda lukis (dari mana ia bermula, ke mana ia menuju dan bagaimana ia dipantulkan) serta kedudukan, arah dan saiz imej yang anda lukis.)*
3 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan pergerakan pembawa cas dalam diod semikonduktor. Litar tersebut menyambungkan diod semikonduktor simpang p-n kepada sel kering.
a
Apakah fungsi diod?
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
arah pengaliran elektron dalam semikonduktor
1 marks
b(ii)
jenis sambungan diod
1 marks
b(iii)
keadaan mentol
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 6(b)(i), 6(b)(ii) dan 6(b)(iii), nyatakan hubungan antara
c(i)
sambungan diod dengan arah pengaliran elektron dalam semikonduktor
1 marks
c(ii)
sambungan diod dengan keadaan mentol
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan satu litar rektifikasi yang terdiri daripada susunan komponen elektronik yang disambungkan kepada Osiloskop Sinar Katod (O.S.K.).
d(i)
Lakarkan surihan yang terhasil pada skrin output O.S.K. berdasarkan Rajah 6.3. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk surihan, bilangan denyut/kitar yang anda lukis dan kedudukannya berbanding paksi mendatar skrin.)*
2 marks
d(ii)
Kapasitor digunakan sebagai perata arus output. Lukiskan sambungan kapasitor yang betul pada Rajah 6.3. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda meletakkan kapasitor dalam litar dan bagaimana ia disambungkan berbanding perintang.)*
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan mentol yang digunakan dalam lampu meja belajar. Mentol berlabel 9 W, 240 V dengan arus 0.04 A.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan 9 W, 240 V?
1 marks
b
Mentol tersebut digunakan 4 jam setiap hari.
Hitung jumlah tenaga yang digunakan.
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan mentol berfilamen yang digunakan dalam lampu meja belajar tersebut tetapi menghasilkan cahaya yang malap.
Jadual 1 menunjukkan tiga jenis mentol berbeza J, K dan L yang boleh digunakan untuk menggantikan mentol lampu meja di atas.
| Mentol | Bahan filamen | Ketebalan dawai filamen |
|---|---|---|
| **J** | Tungsten | Nipis |
| **K** | Konstantan | Nipis |
| **L** | Tungsten | Tebal |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri yang sesuai untuk mentol yang paling terang.
c(i)
**Bahan filamen** — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
**Ketebalan dawai filamen** — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Berdasarkan jawapan di 7(c), pilih mentol yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah ketuhar gelombang elektromagnet yang digunakan untuk memanaskan makanan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan gelombang elektromagnet?
1 marks
b
Bagaimana gelombang tersebut dapat memanaskan makanan?
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan mesin x-ray yang digunakan di hospital.
Anda dikehendaki untuk mengubahsuai mesin tersebut supaya menghasilkan imej x-ray yang lebih jelas berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
**Jenis gelombang** — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
**Frekuensi gelombang** — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
**Tempoh pendedahan kepada gelombang** — nyatakan ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sistem penghantaran kuasa elektrik dari stesen janakuasa ke sekolah menggunakan kabel penghantaran voltan tinggi dan beberapa buah transformer.
a
Nyatakan jenis arus yang dihantar melalui kabel penghantaran voltan tinggi itu.
1 marks
b
Terangkan prinsip kerja transformer.
4 marks
Kuasa output dan voltan output pada kabel penghantaran voltan tinggi masing-masing ialah 20 MW dan 33 kV. Jumlah rintangan kabel penghantaran voltan tinggi ialah 0.5 Ω.
Hitung,
c(i)
Arus yang mengalir melalui kabel penghantaran voltan tinggi.
2 marks
c(ii)
Kehilangan kuasa dalam kabel penghantaran voltan tinggi.
3 marks
d
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri empat model transformer, **P**, **Q**, **R** dan **S** yang boleh digunakan untuk menurunkan voltan dari 240 V ke 12 V.
Kaji setiap ciri model transformer **P**, **Q**, **R** dan **S** dalam Jadual 9 dan terangkan kesesuaian setiap ciri. Tentukan model transformer yang paling sesuai. Berikan sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan apabila sebuah lori bergerak. Udara di ruang sempit antara lori dan penghadang akan bergerak lebih laju. Keadaan ini boleh menyebabkan lori tertarik ke arah penghadang.
a
Nyatakan Prinsip Bernoulli.
1 marks
b
Terangkan mengapa lori cenderung tertarik ke arah penghadang.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah penyembur racun serangga yang berfungsi berdasarkan Prinsip Bernoulli. Apabila omboh ditolak, udara bergerak dengan laju melalui muncung penyembur.
c(i)
Merujuk kepada bantuan anak panah pada Rajah 10.2, terangkan bagaimana racun serangga dapat disembur keluar daripada bekas.
3 marks
c(ii)
Nyatakan hubungan antara halaju udara dengan tekanan udara, dan halaju udara dengan luas permukaan muncung.
2 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan sebuah penunu bunsen yang digunakan di dalam makmal sekolah.
Jadual 10 menunjukkan empat reka bentuk penunu bunsen **T**, **U**, **V** dan **W** dengan spesifikasi yang berbeza.
| Penunu bunsen | Lubang udara | Saiz muncung | Saiz tapak | Penutup lubang udara |
|---|---|---|---|---|
| **T** | Kecil | Sempit | Kecil | Boleh laras |
| **U** | Besar | Sempit | Lebar | Boleh laras |
| **V** | Besar | Luas | Lebar | Tidak boleh laras |
| **W** | Kecil | Luas | Lebar | Tidak boleh laras |
Jadual 10
Berdasarkan spesifikasi dalam Jadual 10, anda dikehendaki untuk menentukan penunu bunsen yang paling sesuai digunakan untuk pembakaran lengkap berlaku. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan dua perahu serupa **Y** dan **Z** yang mempunyai jisim yang sama. Perahu **Y** dikayuh oleh seorang lelaki manakala perahu **Z** dikayuh oleh dua orang lelaki. Dalam masa 30 minit, jarak yang dilalui oleh perahu **Y** ialah 1.5 km dan jarak yang dilalui oleh perahu **Z** ialah 3.0 km.
a
Nyatakan Hukum Gerakan Newton Kedua.
1 marks
b
Perhatikan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan jarak yang dilalui dalam masa 30 minit, daya yang dikenakan dan pecutan perahu.
Hubungkaitkan jarak yang dilalui dengan daya dikenakan. Seterusnya deduksikan hubungan antara daya dikenakan dengan pecutan perahu.
5 marks
c
Berdasarkan definisi Hukum Gerakan Newton Kedua, terbitkan rumus F = ma.
Seterusnya nyatakan hubungan di antara jisim dan pecutan dan lakarkan graf tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: kuantiti pada setiap paksi dan bentuk graf yang anda lakar.)*
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah perahu yang digunakan untuk menyertai Pertandingan Perahu Naga Terpantas.
Anda dikehendaki merekacipta sebuah perahu yang bergerak lebih cepat dan mampu membawa pendayung dengan selamat.
Nyatakan dan terangkan cadangan anda berdasarkan aspek perahu, pendayung, dayung dan ciri keselamatan lain.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open