Rajah 1 menunjukkan gelombang bunyi yang dihasilkan oleh suatu tala bunyi.
a
Lengkapkan ayat di bawah dengan tanda (√) pada kotak jawapan yang betul.
Gelombang yang dihasilkan oleh tala bunyi ialah
- gelombang melintang
- gelombang membujur
1 marks
b
Dalam Rajah 1, tandakan jarak yang mewakili amplitud. Labelkan menggunakan simbol "A". *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana pada rajah anda menandakan jarak A — dari titik mana ke titik mana)*
1 marks
c(i)
Berapakah panjang gelombang, λ bagi gelombang tersebut?
1 marks
c(ii)
Apakah perubahan kepada panjang gelombang jika frekuensi berkurang?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan persamaan reputan bagi satu nukleus Uranium-238 dan Thorium-234 dengan membebaskan sezarah sinar radioaktif.
$^{238}_{92}\text{U} \longrightarrow {}^{234}_{90}\text{Th} + \text{Zarah X}$
Rajah 2
a
Apakah yang dimaksudkan dengan reputan radioaktif?
1 marks
b
Mengapa nukleus Uranium-238 mengalami proses reputan.
1 marks
c
Kenal pasti **Zarah X**.
1 marks
d
Nukleus Thorium-234 yang terhasil mempunyai separuh hayat, T~1/2~ = 24 hari.
Jika sampel awal Thorium-234 yang tulen mempunyai jisim 80 g, hitung jisim Thorium-234 yang tinggal selepas 72 hari.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan periuk tekanan yang digunakan untuk memasak daging.
a(i)
Nyatakan hukum gas yang menghubungkan tekanan dan suhu.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana daging dimasak di dalam periuk tekanan lebih cepat masak berbanding periuk biasa.
2 marks
b
Tekanan stim di dalam periuk tekanan adalah $1 \times 10^{5}$ Pa pada suhu 27 °C. Hitung tekanan stim di dalam periuk tekanan apabila suhu adalah 120 °C.
3 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah kerusi buaian yang disambungkan dengan satu spring keluli. Spring membolehkan kerusi itu berayun apabila seseorang duduk di dalamnya.
a
Nyatakan maksud kekenyalan.
1 marks
Suzi yang mempunyai jisim 70 kg duduk di atas kerusi buaian itu dan pemanjangan spring adalah 15 cm. Hitung
b(i)
pemalar spring bagi spring pada kerusi buaian.
3 marks
b(ii)
Tenaga keupayaan kenyal bagi spring itu.
2 marks
Spring keluli tersebut diganti dengan spring kuprum yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang serupa.
c(i)
Apa yang akan berlaku pada pemanjangan spring jika orang yang sama duduk di atasnya?
1 marks
c(ii)
Beri satu sebab bagi jawapan anda di 4(c)(i).
1 marks
d
Namakan hukum fizik yang menghubungkan daya dengan pemanjangan spring.
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sebuah satelit berjisim **m** mengorbit Bumi pada jarak, r~1~ = $7.0 \times 10^{6}$ m dari pusat Bumi. Daya kegravitian yang bertindak ialah F~1~ = 4000 N.
Rajah 5.2 menunjukkan sebuah satelit seiras berjisim **m** mengorbit Bumi pada jarak yang lebih jauh, r~2~ = $1.4 \times 10^{7}$ m dari pusat Bumi. Daya kegravitian yang bertindak ialah F~2~ = 1000 N.
a
Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan 5.2, bandingkan:
b(i)
jisim Bumi
1 marks
b(ii)
jarak satelit dari pusat Bumi
1 marks
b(iii)
daya kegravitian antara Bumi dengan satelit
1 marks
Berdasarkan jawapan anda di 5(b), deduksikan hubungan antara
c(i)
jarak satelit dari pusat Bumi dengan daya kegravitian
1 marks
c(ii)
daya kegravitian dengan pecutan kegravitian satelit
1 marks
d
Sebuah satelit cuaca berjisim 500 kg mengorbit Bumi pada ketinggian $3.6 \times 10^{6}$ m dari permukaan Bumi. Hitung daya kegravitian yang bertindak ke atas satelit itu.
2 marks
e
Apakah yang akan berlaku kepada daya kegravitian jika jisim satelit itu digandakan menjadi 2 m manakala jarak dari pusat Bumi kekal malar?
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sebiji bola polisterina yang disalut dengan konduktor berayun dalam medan elektrik di antara 2 plat logam. Rajah 6.2 menunjukkan bola polisterina berayun antara dua plat logam tetapi dengan jarak yang berbeza antara plat.
a
Apakah maksud medan elektrik?
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan 6.2, bandingkan
b(i)
Voltan pada bekalan kuasa V.L.T
1 marks
b(ii)
Frekuensi ayunan bola
1 marks
b(iii)
Jarak antara dua plat logam
1 marks
c
Hubungkait frekuensi ayunan bola dan kekuatan medan elektrik.
1 marks
d
Hubungkait frekuensi ayunan bola dan jarak antara dua plat.
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan satu elektron berada di tengah-tengah dua plat logam. Jarak antara plat logam ialah 30 cm dan voltan merentasi plat logam adalah 1.4 kV.
e(i)
Kira kekuatan medan elektrik antara dua plat.
2 marks
e(ii)
Apakah akan berlaku pada elektron apabila merentasi dua plat logam tersebut?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan transformer disambungkan kepada sebuah komponen elektrik dalam kotak X untuk menyalakan sebuah mentol arus terus (a.t).
a
Namakan komponen elektrik dalam kotak X.
1 marks
b
Apabila mentol 12 V itu bernyala pada kecerahan normal, arus sekunder ialah 0.85 A. Berapakah arus primer?
3 marks
Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri bagi tiga reka bentuk transformer yang digunakan untuk menurunkan voltan.
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi sebuah transformer yang berkecekapan tinggi.
c(i)
Reka bentuk teras — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Lapisan teras — ciri dan sebab
2 marks
c(iii)
Berdasarkan jawapan dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), pilih transformer yang berkecekapan tinggi.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan seorang pemain bola sepak FIFA melakukan sepakan bola di hadapan penjaga gol ke arah gol.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya impuls?
1 marks
b
Pemain bola sepak itu menendang bola yang berjisim 425 g dengan daya 1500 N. Masa sentuhan kasutnya dengan bola ialah 8 ms. Berapakah impuls yang dikenakan pada bola?
2 marks
Berdasarkan aspek berikut, cadangkan spesifikasi yang sesuai untuk digunakan oleh pasukan bola sepak pada permainan tahap tinggi.
c(i)
Teknik sepakan — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Sarung tangan penjaga gol — ciri dan sebab
2 marks
c(iii)
Tekanan udara dalam bola — ciri dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan keratan rentas sayap kapal terbang.
Menggunakan Rajah 9.1:
a(i)
Namakan bentuk sayap kapal terbang itu.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana kapal terbang boleh terangkat dari landasan apabila ia bergerak pada kelajuan yang tinggi semasa berlepas.
4 marks
Sebuah kapal terbang yang berjisim $3.6 \times 10^{5}$ kg dan mempunyai jumlah luas permukaan 460 m^2^ berada pada aras ketinggian yang tetap. Daya paduan yang bertindak ke atas kapal terbang pada ketika itu adalah sifar.
b(i)
Hitung berat kapal terbang itu.
2 marks
b(ii)
Tentukan daya angkat yang bertindak ke atas kapal terbang itu.
1 marks
b(iii)
Berdasarkan jawapan di 9(b)(ii), hitung perbezaan tekanan di antara permukaan atas dengan bawah sayap kapal terbang itu.
2 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan empat reka bentuk penyembur minyak wangi, P, Q, R dan S dengan spesifikasi yang berbeza.
Anda dikehendaki untuk menentukan penyembur minyak wangi yang paling sesuai untuk menghasilkan semburan yang halus.
Kaji spesifikasi keempat-empat penyembur minyak wangi berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i) Saiz bola pemicit.
(ii) Kekenyalan bola pemicit.
(iii) Diameter tiub tengah.
(iv) Saiz muncung.
Terangkan kesesuaian setiap aspek dan seterusnya tentukan reka bentuk penyembur minyak wangi yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah litar yang digunakan untuk menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Arus yang dihasilkan telah ditunjukkan oleh sebuah osiloskop seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
a(i)
Namakan jenis rektifikasi bagi litar di atas.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana litar di atas dapat menghasilkan gelombang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.
4 marks
Rajah 10.2 di bawah menunjukkan sebuah litar transistor. Voltan pengaktifan bagi transistor dalam litar itu ialah 1 V.
b(i)
Berapakah beza keupayaan merentasi XZ?
1 marks
b(ii)
Berapakah voltan maksimum bagi XY yang membolehkan mentol menyala?
2 marks
b(iii)
Berapakah nilai R maksimum bagi membolehkan mentol menyala?
2 marks
c
Jadual 10 di bawah menunjukkan beberapa litar yang mengandungi komponen seperti transformer dan diod.
Anda diminta untuk mencipta sebuah pengecas kipas mudah alih 5V. Berdasarkan Jadual 10, tentukan litar manakah yang sesuai untuk dijadikan sebagai litar pengecas kipas mudah alih tersebut berdasarkan jenis transformer, jenis rektifikasi, nisbah gegelung primer terhadap gegelung sekunder dan komponen tambahan.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan seorang budak lelaki sedang melihat imejnya pada dua jenis cermin yang berbeza di dalam sebuah makmal. Kedudukan budak lelaki tersebut dari kedua-dua cermin adalah sama.
a
Apakah maksud panjang fokus cermin?
1 marks
b
Perhatikan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2.
Bandingkan saiz imej yang terhasil, jenis cermin yang digunakan dan jarak objek. Seterusnya, nyatakan hubungan antara jenis cermin dengan saiz imej, dan deduksikan hubungan antara saiz imej dengan luas medan penglihatan.
5 marks
c
Cermin dalam Rajah 11.1 sering diaplikasikan di selekoh tajam dan kawasan titik buta di jalan raya. Terangkan bagaimana cermin tersebut berfungsi dan membantu pemandu dari segi keselamatan.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya dalam keadaan gelap. Jarak pendedahan pandangan bagi pancaran alur cahaya (lampu dekat) adalah pendek, yang menyebabkan pemandu mempunyai jarak penglihatan yang terhad untuk melihat dengan jelas di hadapan.
Anda ditugaskan oleh sebuah syarikat automotif untuk mereka bentuk sistem lampu utama kereta yang dapat menghasilkan alur cahaya jarak jauh yang sangat terang dan fokus bagi kegunaan pemanduan di jalan raya yang gelap.
Nyatakan dan terangkan cadangan reka bentuk anda berdasarkan aspek-aspek berikut:
- Jenis cermin pemantul yang digunakan
- Kedudukan mentol di dalam cermin
- Sifat permukaan cermin pemantul
- Saiz (diameter) cermin pemantul
- Kuasa mentol yang digunakan
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open