Rajah 1 menunjukkan komponen X dalam litar digunakan untuk tujuan rektifikasi.
a
Namakan komponen X.
1 marks
b
Apakah fungsi komponen Y?
1 marks
c
Nyatakan jenis rektifikasi litar elektronik dalam Rajah 1.
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 1, tandakan ( ✓ ) pada jawapan yang betul dalam petak yang disediakan bagi output yang terhasil pada skrin O.S.K.
Nyatakan pilihan anda: **bentuk gelombang atas** atau **bentuk gelombang bawah**.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan 40 g air sejuk yang bersuhu 4 °C dituang ke dalam sebuah gelas yang mengandungi 100 g air bersuhu 27 °C.
a
Gariskan jawapan yang **betul** pada pernyataan di bawah.
Haba akan dipindahkan dengan kadar yang lebih tinggi dari kawasan bersuhu (lebih rendah , lebih tinggi) ke kawasan bersuhu yang (lebih rendah , lebih tinggi).
Tulis dua pilihan anda mengikut urutan.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 2, hitungkan suhu akhir air itu selepas beberapa minit sehingga tiada perubahan suhu.
2 marks
c
Apakah konsep fizik yang terlibat dengan situasi di atas?
1 marks
d
Nyatakan **satu** sebab bagi jawapan anda di 2(c).
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu daya memusat, F yang bertindak pada sebuah kereta berjisim 120 kg. Kereta itu bergerak dengan halaju 70 m s$^{-1}$ mengelilingi bulatan pada jarak 25.0 m dari pusat.
a
Apakah maksud daya memusat?
1 marks
b
Hitung daya memusat, F.
2 marks
c
Apakah yang berlaku kepada daya memusat jika kelajuan objek digandakan tetapi jejarinya tetap sama?
1 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan dua objek berjisim 20 kg dan 80 kg masing-masing yang dipisahkan pada jarak, d.
Jika daya graviti antara dua objek itu ialah $2.0 \times 10^{-7}$ N, berapakah nilai d?
2 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan interferens gelombang.
a(i)
Nyatakan prinsip superposisi.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan jenis interferens yang terhasil.
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana fenomena di dalam jawapan 4(a)(ii) berlaku.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan eksperimen dwi-celah Young yang menghasilkan beberapa ulangan corak interferens pada skrin.
b(i)
Kira jarak di antara dua pinggir cerah berturutan, x.
2 marks
b(ii)
Jika jarak di antara dwicelah, a = 0.4 mm, kira panjang gelombang bagi cahaya, λ yang digunakan di dalam unit S.I.
3 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan dua spring dengan panjang asal yang sama.
Rajah 5.2 menunjukkan dua spring yang sama itu digantung dengan beban 10 N.
a
Nyatakan maksud kekenyalan.
1 marks
b
Apakah jenis tenaga yang tersimpan dalam spring pada Rajah 5.2?
1 marks
Perhatikan Rajah 5.1 dan Rajah 5.2, bandingkan
c(i)
diameter spring A dan spring B.
1 marks
c(ii)
pemanjangan spring A dan spring B bila digantung dengan beban berjisim 100 g.
1 marks
c(iii)
nilai pemalar spring bagi spring A dan spring B.
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(c),
d(i)
Nyatakan hubungan antara pemanjangan spring dengan nilai pemalar spring bagi spring tersebut.
1 marks
d(ii)
Nyatakan hukum fizik yang terlibat.
1 marks
e
Panjang asal spring B ialah 8 cm. Hitung pemalar spring bagi spring B jika panjangnya dalam Rajah 5.2 ialah 12 cm.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sebiji bola polistirena yang disalut dengan konduktor berayun dalam medan elektrik di antara dua plat logam. Rajah 6.2 menunjukkan bola polistirena berayun antara dua plat logam tetapi dengan jarak yang berbeza antara plat.
a
Apakah maksud medan elektrik?
1 marks
Perhatikan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
voltan pada bekalan kuasa V.L.T
1 marks
b(ii)
jarak antara dua plat logam
1 marks
b(iii)
frekuensi ayunan bola
1 marks
c
Hubungkaitkan frekuensi ayunan bola dan jarak antara dua plat
1 marks
d
Hubungkaitkan frekuensi ayunan bola dan kekuatan medan elektrik
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan satu elektron berada di tengah dua plat logam. Jarak antara plat logam ialah 30 cm dan voltan merentasi plat logam ialah 1.4 kV.
e(i)
Kira kekuatan medan elektrik antara dua plat.
2 marks
e(ii)
Apakah yang berlaku pada elektron?
1 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan struktur bagi sebuah transformer.
a
Apakah maksud transformer unggul?
1 marks
Jika satu mentol berlabel 12V, 36W diletakkan pada output transformer yang ditunjukkan dalam Rajah 7 menyala pada kecerahan normal, hitungkan
b(i)
kuasa input
1 marks
b(ii)
kecekapan transformer, η
2 marks
Jadual 1 menunjukkan empat jenis dapur aruhan Q, R, S dan T dengan spesifikasi yang berbeza.
| Dapur aruhan | Bahan permukaan atas dapur | Jenis bekalan kuasa |
|---|---|---|
| Q | Seramik | Arus terus |
| R | Keluli | Arus ulang alik |
| S | Keluli | Arus terus |
| T | Seramik | Arus ulang alik |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan ciri-ciri dapur aruhan yang sesuai digunakan supaya dapat berfungsi dengan berkesan.
c(i)
Bahan permukaan atas dapur — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Jenis bekalan kuasa — ciri dan sebab
2 marks
d
Berdasarkan jawapan dalam 7(c)(i) dan 7(c)(ii), tentukan dapur aruhan yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan objek Y dengan ketinggian 2 m diletakkan di hadapan kanta cembung X. Panjang fokus bagi kanta cembung X adalah 5 cm.
a
Dalam Rajah 8, lengkapkan rajah sinar untuk menunjukkan bagaimana imej, I terbentuk dan labelkan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar-sinar yang anda lukis (dari mana bermula, melalui titik mana pada kanta dan arahnya selepas kanta) serta kedudukan, orientasi dan label imej I)*
2 marks
b
Nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk.
1 marks
Cadangkan ciri-ciri yang sesuai bagi pembinaan sebuah teleskop astronomi pada pelarasan normal berdasarkan aspek-aspek yang berikut:
c(i)
Jenis kanta mata — ciri dan sebab
2 marks
c(ii)
Diameter kanta objektif — ciri dan sebab
2 marks
c(iii)
Jarak di antara kanta objektif dan kanta mata, d — ciri dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah kereta belon berjisim 15 g yang sedang bergerak di atas permukaan yang licin.
a
Nyatakan konsep fizik yang menyebabkan kereta belon ini bergerak.
1 marks
b
Dengan menggunakan konsep fizik di 9(a), terangkan bagaimana kereta belon ini dapat digerakkan.
4 marks
c
Kereta belon itu bertukar kelajuannya daripada keadaan rehat ke 0.4 m s$^{-1}$ dalam masa 20 s.
Hitung:
(i) pecutan kereta belon itu
(ii) daya tujah kereta belon itu.
5 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah hoverkraf yang dapat bergerak di darat atau di atas permukaan air kerana disokong oleh suatu lapisan udara yang terperangkap di bawahnya.
Jadual 2 menunjukkan **empat** jenis hoverkraf S, T, U dan V.
| Hoverkraf | Jisim purata (kg) | Kapasiti enjin (kW) | Bahan badan bot | Tekanan lapisan udara terperangkap (kPa) |
|---|---|---|---|---|
| S | 280 | 30 | Aloi aluminium | 6.0 |
| T | 320 | 25 | Fiber karbon | 3.0 |
| U | 360 | 35 | Aloi aluminium | 3.5 |
| V | 400 | 20 | Fiber karbon | 6.5 |
Jadual 2
Anda dikehendaki menentukan jenis hoverkraf yang dapat bergerak dengan lebih pantas. Kaji spesifikasi keempat-empat jenis hoverkraf berdasarkan aspek yang diberi. Terangkan kesesuaian setiap spesifikasi dan seterusnya tentukan jenis hoverkraf yang paling sesuai.
Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah kapal selam. Kapal selam akan mengalami tekanan tertentu apabila berada pada kedalaman tertentu.
a
Apakah maksud daya apungan?
1 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan tangki balast yang terdapat di dalam kapal selam.
Terangkan bagaimana tangki balast ini digunakan untuk menenggelamkan kapal selam ke dalam laut.
4 marks
c
Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri komponen bagi **empat** kapal selam P, Q, R dan S.
| Kapal selam | Sumber tenaga | Bentuk kapal selam | Peralatan tambahan untuk melihat permukaan | Bilangan bilah kipas |
|---|---|---|---|---|
| P | Petroleum | Hidrodinamik | Periskop cermin | 6 |
| Q | Nuklear | Bulat | Periskop prisma | 3 |
| R | Petroleum | Silinder | Periskop cermin | 3 |
| S | Nuklear | Hidrodinamik | Periskop prisma | 6 |
Jadual 3
Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri kapal selam yang sesuai digunakan untuk pertahanan. Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan kapal selam yang paling sesuai.
Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Rajah 10.3 menunjukkan sebuah kapal kargo. Isipadu kapal ini di bawah garisan Plimsol air laut ialah 5 000 m$^3$ dan jisimnya ialah $2.50 \times 10^{6}$ kg apabila diisi dengan muatan. Ketumpatan air laut ialah 1023 kg m$^{-3}$.
d(i)
Hitung,
berat air yang disesarkan
2 marks
d(ii)
jisim muatan
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan graf tenaga kinetik maksima bagi fotoelektron melawan frekuensi cahaya apabila dua logam disinari dengan cahaya-cahaya dengan frekuensi yang berbeza.
a(i)
Apakah maksud foton?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan kepada Rajah 11.1, bandingkan frekuensi ambang logam A dan B, fungsi kerja logam A dan logam B dan tenaga kinetik maksima fotoelektron pada logam A dan B apabila disinari dengan sinaran ultraungu.
Hubungkaitkan antara frekuensi ambang dan fungsi kerja. Kemudian, buat satu deduksi tentang tenaga kinetik maksima fotoelektron dan fungsi kerja logam.
5 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.2, huraikan bagaimana satu sinar cahaya yang ditujukan ke atas satu fotosel dapat menghasilkan arus elektrik.
4 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan satu jalan utama yang menghubungkan negeri Kelantan dan Pahang yang sering berlaku kemalangan pada kawasan jalan raya yang gelap disebabkan ketiadaan lampu jalan kerana ketiadaan capaian tenaga dari tiang elektrik.
Dengan menggunakan kefahaman anda, cadangkan kaedah bagi menerangi jalan tersebut dengan sistem pencahayaan yang sesuai. Cadangan anda hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut seperti sumber tenaga elektrik, ciri serta bahan tiang lampu, jenis lampu, serta komponen tambahan yang dapat membantu menstabilkan pengaliran arus secara berterusan serta berfungsi secara automatik pada waktu malam.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open