Rajah 1 menunjukkan enam bandul dengan panjang yang berbeza diikat pada seutas benang. Bandul X diayun pada frekuensi 2 Hz. Bandul-bandul lain mula berayun disebabkan ayunan bandul X.
a
Namakan fenomena yang berlaku berdasarkan situasi pada Rajah 1.
1 marks
b(i)
Bandul yang manakah akan berayun dengan amplitud maksimum?
1 marks
b(ii)
Terangkan jawapan anda di 1(b)(i).
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengesahkan Hukum Gay-Lussac.
a
Nyatakan Hukum Gay-Lussac.
1 marks
Sebelum dipanaskan, suhu awal udara di dalam kelalang dasar bulat ialah 25 °C dengan bacaan tolok tekanan adalah 101 396 Pa. Setelah pemanasan selama 5 minit, suhu udara meningkat ke 50 °C.
b(i)
Hitungkan suhu awal dalam unit Kelvin.
1 marks
b(ii)
Hitung bacaan tolok tekanan pada suhu 50 °C.
2 marks
c
Jika sambungan tiub getah tidak ketat, apakah kesan kepada bacaan tolok tekanan pada suhu 50 °C?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan 20 kg papan kenyataan yang tergantung pada dua kabel serupa dengan keadaan semua daya berada dalam keseimbangan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan daya?
1 marks
b
Lukis segi tiga daya bagi berat papan kenyataan dan tegangan tali yang bertindak ke atas kabel itu. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketiga-tiga daya (berat W dan tegangan T₁, T₂), arah anak panah setiap daya, cara daya-daya itu bersambung membentuk segi tiga, label setiap sisi dan sudut-sudut yang anda tandakan.)*
2 marks
Hitung
c(i)
berat papan kenyataan.
1 marks
c(ii)
nilai tegangan dalam kabel, T.
2 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah cerek elektrik dengan spesifikasi 240 V, 800 W.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa elektrik?
1 marks
b
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam cerek elektrik.
1 marks
c
Beri **dua** langkah penjimatan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
2 marks
Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat tentang penggunaan elektrik di sebuah isi rumah.
| Peralatan | Tempoh penggunaan sehari (jam) |
|---|---|
| Sebuah kipas 80 W | 8 jam |
| Sebuah pendingin hawa 1500 W | 4 jam |
Jadual 1
Hitung:
d(i)
arus yang mengalir di dalam kipas apabila disambung kepada bekalan kuasa 240 V.
2 marks
d(ii)
kos penggunaan tenaga bagi kedua-dua peralatan elektrik itu untuk bulan Jun. Diberi kos penggunaan tenaga ialah RM 0.218 seunit.
3 marks
59 marks
Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh pelajar untuk mengkaji kesan rintangan udara terhadap gerakan objek yang dijatuhkan.
a
Nyatakan **satu** jenis daya yang bertindak ke atas kedua-dua objek semasa ia jatuh.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5, bandingkan
b(i)
luas permukaan kertas dan syiling.
1 marks
b(ii)
kesan rintangan udara ke atas kertas dan syiling.
1 marks
b(iii)
masa yang diambil oleh kedua-dua objek untuk sampai ke tanah.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda dalam (b), nyatakan hubungan antara:
c(i)
luas permukaan dan rintangan udara.
1 marks
c(ii)
rintangan udara dan masa pergerakan objek ke tanah.
1 marks
d
Sekiranya eksperimen ini dilakukan dalam ruang vakum, apakah perubahan yang akan berlaku kepada masa pergerakan kertas dan syiling untuk jatuh ke tanah?
1 marks
e
Kira halaju akhir syiling jika ia dijatuhkan dari ketinggian 2.5 m.
[Gunakan $g = 9.81\ \text{m s}^{-2}$]
2 marks
69 marks
Dalam Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, sel foto yang serupa dipancarkan dengan cahaya yang mempunyai panjang gelombang berbeza.
a
Apabila permukaan katod disinari dengan cahaya pada frekuensi tertentu, elektron-elektron terlepas daripada permukaan logam tersebut.
Namakan fenomena fizik yang berlaku ini.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
panjang gelombang cahaya merah berbanding cahaya kuning.
1 marks
b(ii)
arus fotoelektrik yang direkodkan oleh miliameter dalam kedua-dua kes.
1 marks
c(i)
Kira frekuensi cahaya kuning jika panjang gelombangnya ialah 580 nm.
2 marks
c(ii)
Bandingkan nilai frekuensi bagi cahaya merah dan cahaya kuning.
1 marks
Berdasarkan jawapan anda dalam soalan 6(b) dan 6(c), nyatakan hubungan antara:
d(i)
panjang gelombang dan frekuensi cahaya.
1 marks
d(ii)
frekuensi cahaya dan arus fotoelektrik yang terhasil.
1 marks
e
Apakah kesan terhadap tenaga kinetik elektron jika keamatan cahaya yang dipancarkan ke permukaan logam ditingkatkan?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan litar yang mengandungi diod dan mentol. Didapati mentol tidak menyala apabila suis dihidupkan.
a(i)
Apakah fungsi diod dalam sesuatu litar elektronik?
1 marks
a(ii)
Apakah yang perlu dilakukan untuk menyalakan mentol dalam Rajah 7.1?
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan litar yang mengandungi empat komponen elektronik yang serupa.
b(i)
Lukis simbol komponen elektronik dalam empat bulatan A, B, C dan D. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: simbol yang anda lukis dalam setiap bulatan A, B, C dan D, dan ke arah simpang mana (kiri, atas, kanan, bawah) setiap simbol itu menghala.)*
2 marks
b(ii)
Apakah fungsi komponen X dalam Rajah 7.2?
1 marks
Anda diminta mengkaji ciri-ciri tiga pengecas telefon bimbit P, Q dan R seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Pengecas Telefon | Jenis Rektifikasi | Kuasa output (W) |
|---|---|---|
| P | Gelombang penuh | 100 |
| Q | Gelombang separuh | 200 |
| R | Gelombang penuh | 10 |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan ciri-ciri bagi sebuah pengecas telefon bimbit yang dapat mengecas dengan cepat dan stabil. Beri sebab untuk kesesuaian ciri-ciri berikut:
c(i)
Jenis rektifikasi — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Kuasa output — ciri dan sebab.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah cermin keselamatan jalan yang ditempatkan pada satu simpang jalan.
a(i)
Apakah jenis cermin yang digunakan?
1 marks
a(ii)
Cadangkan **satu** cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan fungsi cermin keselamatan jalan tersebut. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebuah sistem pemanas ringkas yang digunakan dalam satu aktiviti perkhemahan. Sistem tersebut menggunakan tenaga haba daripada pancaran cahaya matahari untuk memanaskan air. Nyatakan pengubahsuaian yang boleh digunakan untuk meningkatkan kecekapan sistem tersebut dan berikan satu sebab bagi setiap pengubahsuaian itu.
b(i)
Jenis cermin — pengubahsuaian dan sebab.
2 marks
b(ii)
Permukaan cermin — pengubahsuaian dan sebab.
2 marks
b(iii)
Bekas air — pengubahsuaian dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan salah satu sukan ekstrem yang dinamakan sebagai sukan luncur layar. *Paraglider* terdiri daripada kipas dan payung terjun.
a
Nyatakan prinsip fizik yang diaplikasikan oleh *paraglider* untuk bergerak ke hadapan.
1 marks
b
Dengan menggunakan konsep fizik yang sesuai, terangkan bagaimana *paraglider* berfungsi untuk bergerak ke hadapan.
4 marks
Diberi jumlah jisim bagi *paraglider* dan juruterbang adalah 150 kg. Ia memecut dari $10\ \text{m s}^{-1}$ kepada $23.5\ \text{m s}^{-1}$ dalam satu garis lurus selama 10 saat.
c(i)
Berapakah sesaran juruterbang dalam masa 10 saat?
2 marks
c(ii)
Tentukan pecutan yang dialami oleh juruterbang.
2 marks
c(iii)
Tentukan daya yang bertindak semasa meluncur layar.
1 marks
d
Jadual 3 menunjukkan empat jenis *paraglider* P, Q, R dan S.
| Paraglider | Jisim kipas | Saiz kipas | Bilangan bilah kipas | Saiz payung terjun |
|---|---|---|---|---|
| P | 40 kg | Kecil | 5 | Besar |
| Q | 20 kg | Kecil | 3 | Kecil |
| R | 40 kg | Besar | 3 | Kecil |
| S | 20 kg | Besar | 5 | Besar |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, anda diberi tugas untuk mengkaji sebuah *paraglider* yang boleh bergerak dengan pantas semasa pertandingan sukan luncur layar. Terangkan kesesuaian setiap ciri *paraglider* dan tentukan *paraglider* yang paling sesuai. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah transformer unggul.
a
Apakah fungsi transformer?
1 marks
b
Namakan struktur X. Terangkan prinsip kerja sebuah transformer.
4 marks
Transformer unggul dalam Rajah 10.1 digunakan untuk menghidupkan mentol 30 V, 50 W pada litar sekunder dengan kecerahan normal. Bilangan lilitan gegelung sekunder ialah 80 lilitan.
Hitung,
c(i)
bilangan lilitan X.
2 marks
c(ii)
arus dalam litar primer.
3 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dari stesen jana kuasa.
| Sistem Rangkaian | K | L | M | N |
|---|---|---|---|---|
| Jenis transformer A | Injak naik | Injak turun | Injak naik | Injak turun |
| Jenis transformer B | Injak naik | Injak naik | Injak turun | Injak turun |
| Bahan kabel | Kuprum | Nikrom | Kuprum | Nikrom |
| Kadar regangan kabel | Rendah | Tinggi | Rendah | Tinggi |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4 dan pengetahuan anda mengenai Sistem Rangkaian Nasional, kenal pasti dan jelaskan kesesuaian setiap komponen untuk menentukan Sistem Rangkaian mana yang paling sesuai supaya bekalan elektrik mencukupi dan selamat. Beri sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan jek hidraulik yang digunakan untuk mengangkat sebuah kereta. Prinsip kerja jek hidraulik ini adalah berdasarkan pemindahan tekanan melalui satu cecair yang tidak boleh dimampatkan.
a
Apakah maksud daya?
1 marks
Berdasarkan Rajah 11.1,
b(i)
bandingkan luas permukaan omboh, daya yang bertindak ke atas omboh dan tekanan bendalir dalam jek hidraulik.
3 marks
b(ii)
hubungkaitkan luas permukaan omboh dan daya yang bertindak terhadap omboh.
1 marks
b(iii)
namakan prinsip fizik yang terlibat.
1 marks
c
Terangkan bagaimana jek hidraulik boleh digunakan untuk mengangkat kereta tersebut.
4 marks
d
Rajah 11.2 menunjukkan sebuah jentera jengkaut yang digunakan untuk menggali sungai bagi mengelakkan banjir.
Anda dikehendaki untuk memberi cadangan dan menerangkan bagaimana untuk menambah baik sebuah jengkaut dalam Rajah 11.2 supaya boleh digunakan untuk menggali sungai secara berkesan dan cekap berdasarkan aspek ciri-ciri tayar, penyodok, bendalir dalam sistem hidraulik dan nisbah luas permukaan omboh output kepada omboh input dalam sistem hidraulik.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open