Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas aiskrim berperisa coklat. Terdapat label yang menunjukkan beberapa kuantiti fizik pada bekas tersebut.
Kuantiti fizik boleh diklasifikasikan sebagai kuantiti asas dan kuantiti terbitan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kuantiti asas?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 1, klasifikasikan semua kuantiti fizik ke dalam Jadual 1.
| Kuantiti asas | Kuantiti terbitan |
|---|---|
| | |
Jadual 1
*(Tuliskan kuantiti asas dan kuantiti terbitan anda dalam dua senarai.)*
3 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah kereta berjisim 1200 kg sedang bergerak mengelilingi jalan bulatan yang berjejari 20 m. Satu daya telah bertindak ke atas kereta itu semasa pergerakan berlaku iaitu daya memusat.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan daya memusat?
1 marks
b
Sekiranya laju linear kereta tersebut adalah 20 m s^-1^, berapakah daya memusat yang bertindak ke atas kereta itu?
2 marks
c
Apakah yang akan berlaku pada daya memusat yang bertindak ke atas kereta itu sekiranya ia melalui jalan bulatan yang berdiameter lebih besar? Berikan alasan untuk jawapan anda.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan baju-T berjisim 0.8 kg digantung pada tali ampaian.
a
Apakah maksud suatu objek dikatakan berada dalam keseimbangan daya?
1 marks
b
Hitung berat baju-T.
1 marks
Tandakan dan labelkan dalam Rajah 3.
c(i)
arah dua daya tegangan tali, T, bertindak pada tali pakaian apabila baju-T digantung. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana setiap anak panah T anda bermula, ke arah mana ia menghala, dan labelnya.)*
2 marks
c(ii)
berat baju-T itu, W. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anak panah W anda bermula dan ke arah mana ia menghala.)*
1 marks
d
Apakah yang berlaku kepada tegangan tali sekiranya sudut X berkurang?
1 marks
49 marks
Rajah 4 menunjukkan dua buah picagari berlainan saiz yang digunakan untuk mengangkat satu beban.
a
Nyatakan Prinsip Pascal.
1 marks
b(i)
Apakah unit S.I. bagi tekanan?
1 marks
b(ii)
Nyatakan unit setara bagi jawapan di (b)(i).
1 marks
c
Bandingkan tekanan yang dikenakan pada picagari kecil dan picagari besar.
1 marks
Pada Rajah 4, diberi luas keratan rentas omboh kecil Y dan omboh besar Z masing-masing adalah 0.004 m^2^ dan 0.2 m^2^.
Hitung;
d(i)
tekanan yang terhasil pada omboh Y.
2 marks
d(ii)
jarak pergerakan omboh besar Z apabila omboh kecil Y ditolak ke bawah 0.3 m.
2 marks
e
Nyatakan satu aplikasi kehidupan seharian lain yang menggunakan konsep Prinsip Pascal.
1 marks
59 marks
Rajah 5.1 dan 5.2 menunjukkan periuk tanah liat dan periuk kuprum digunakan untuk menggoreng sebiji telur. Periuk tersebut dipanaskan di atas plat pemanas elektrik dengan kuasa yang sama selama 2 minit. Suhu akhir ditunjukkan pada paparan plat pemanas elektrik tersebut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan muatan haba tentu?
1 marks
b
Mengapakah suhu kedua-dua periuk bertambah apabila dipanaskan?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1 dan 5.2, bandingkan
c(i)
muatan haba tentu, c
1 marks
c(ii)
tenaga haba yang dibekalkan
1 marks
c(iii)
kenaikan suhu
1 marks
d
Berdasarkan jawapan di 5(c), nyatakan hubungan antara muatan haba tentu, c dengan kenaikan suhu.
1 marks
e
Suhu awal periuk pada Rajah 5.1 ialah 28 °C. Jika kuasa plat pemanas elektrik ialah 0.7 kW, hitung muatan haba tentu, c bagi periuk tanah liat.
[Jisim periuk tanah liat = 2.0 kg]
3 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan sebuah menara jam yang sedang membunyikan dentingan pada waktu tengah malam. Bunyi dentingan jam itu dapat didengar dengan kuat dan jelas oleh sekumpulan pelajar yang berada di kawasan yang jauh.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiasan gelombang?
1 marks
b
Nyatakan **satu** sebab mengapa fenomena pembiasan gelombang berlaku.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6, bandingkan kawasan P dan kawasan Q dari segi
c(i)
suhu udara
1 marks
c(ii)
panjang gelombang bagi gelombang bunyi
1 marks
c(iii)
laju gelombang bunyi
1 marks
Berdasarkan jawapan di 6(c), nyatakan hubungan antara
d(i)
suhu udara dengan panjang gelombang bagi gelombang bunyi
1 marks
d(ii)
suhu udara dengan laju gelombang bunyi
1 marks
e
Frekuensi gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh jam tersebut ialah 800 Hz. Apabila gelombang bunyi itu merentasi kawasan P, laju gelombang bunyi adalah 340 m s^-1^. Hitungkan panjang gelombang bagi gelombang bunyi di kawasan P.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan seorang ahli gemologi menggunakan sejenis alat optik yang menggunakan kanta cembung sebagai kanta pembesar ringkas untuk mengenal pasti dan menilai batu permata.
a
Namakan fenomena cahaya yang terlibat di dalam peralatan optik di Rajah 7.1.
1 marks
b
Jika ahli gemologi itu perlu melihat kecacatan pada berlian dalam keadaan tegak dan diperbesar, di manakah berlian itu mesti diletakkan berbanding dengan panjang fokus, f kanta?
1 marks
c
Alat optik itu menggunakan kanta yang mempunyai panjang fokus, f sebanyak 10.0 cm. Jika jarak objek, u ialah 5.0 cm dan jarak imej, v yang terbentuk ialah 10.0 cm iaitu imej maya, hitung pembesaran linear, m bagi imej itu.
2 marks
Ahli gemologi itu bercadang untuk mendapatkan sebuah kanta pembesar seperti Rajah 7.2 yang dapat menghasilkan imej yang lebih jelas. Ini bertujuan untuk memastikan ketepatan beliau dalam menilai ketulenan berlian dan kecacatan pada berlian tersebut.
d(i)
Jadual 7.3 menunjukkan ciri-ciri 4 jenis kanta pembesar yang ingin dipilih olehnya.
| Kanta Pembesar | Tebal kanta cembung | Bingkai |
|---|---|---|
| P | Tebal | Lutsinar |
| Q | Nipis | Legap |
| R | Tebal | Legap |
| S | Nipis | Lutsinar |
Jadual 7.3
Berdasarkan Jadual 7.3, nyatakan ciri-ciri kanta pembesar yang sesuai untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.
Tebal kanta cembung — ciri dan sebab
2 marks
d(ii)
Bingkai — ciri dan sebab
2 marks
e
Berdasarkan jawapan di 7(d)(i) dan 7(d)(ii), pilih kanta pembesar yang paling sesuai dalam Jadual 7.3.
1 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan graf beza keupayaan, V melawan arus, I bagi mengkaji hubungan antara daya gerak elektrik, ℇ dan rintangan dalam, r bagi satu sel kering.
Berdasarkan graf dalam Rajah 8.1,
a(i)
Tentukan nilai daya gerak elektrik, ℇ.
1 marks
a(ii)
Hitung nilai rintangan dalam, r.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebuah motor arus terus 3 V yang digunakan dalam satu projek inovasi.
b(i)
Anda dikehendaki melakukan pengubahsuaian pada pek bateri sel kering bagi motor tersebut supaya acinya dapat berputar dengan lebih laju, cekap, dan mengekalkan voltan yang stabil.
Nyatakan pengubahsuaian yang perlu dilakukan berdasarkan aspek-aspek berikut:
Susunan sel kering — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
b(ii)
Rintangan dalam sel kering — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
b(iii)
Jenis bahan bagi wayar penyambung dari motor arus terus ke sel kering — pengubahsuaian dan sebab
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebiji bola plastisin dijatuhkan ke atas sebuah bongkah logam. Bola plastisin berubah bentuk selepas hentaman.
a
Namakan daya yang terlibat semasa hentaman.
1 marks
b
Terangkan kenapa bola plastisin berubah bentuk selepas hentaman.
3 marks
c
Beri satu cadangan bagaimana untuk mengelak bola plastisin daripada berubah bentuk apabila dijatuhkan pada ketinggian yang sama.
1 marks
Rajah 9.2 menunjukkan sebiji bola lisut berjisim 0.20 kg bergerak secara mengufuk dengan halaju 25 m s^-1^ sebelum dipukul oleh sebatang pemukul kayu. Selepas dipukul, bola tersebut bergerak ke arah bertentangan dengan halaju 40 m s^-1^. Masa sentuhan antara bola dengan pemukul ialah 0.01 saat.
d(i)
Hitungkan daya impuls yang dikenakan ke atas bola lisut tersebut.
2 marks
d(ii)
Nyatakan hubungan antara masa hentaman dan daya impuls yang bertindak ke atas suatu objek yang telah mengalami perlanggaran.
1 marks
d(iii)
Cadangkan satu cara untuk meningkatkan halaju akhir bola selepas dipukul menggunakan pemukul yang sama. Berikan alasan anda.
2 marks
e
Rajah 9.3 menunjukkan seorang pemain bola lisut profesional yang ingin meningkatkan jarak rejam atau pukulan bolanya supaya bergerak lebih jauh.
| Batang pemukul | Jisim (kg) | Bahan | Bahan tambahan pada pemegang | Panjang batang pemukul (cm) |
|---|---|---|---|---|
| P | 0.6 | Kayu | Ada grip | 80 |
| Q | 0.8 | Kayu | Tiada grip | 75 |
| R | 1.0 | Logam | Ada grip | 85 |
| S | 1.2 | Logam | Tiada grip | 70 |
Jadual 1
Anda dikehendaki menentukan jenis batang pemukul yang dapat menghasilkan pukulan bola yang paling jauh. Kaji spesifikasi keempat-empat jenis batang pemukul berdasarkan aspek yang diberi. Terangkan kesesuaian setiap spesifikasi dan seterusnya tentukan jenis batang pemukul yang paling sesuai. Beri sebab untuk pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah transformer digunakan di sebuah stesen janakuasa untuk penghantaran tenaga elektrik.
a
Apakah maksud aruhan elektromagnet?
1 marks
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah transformer. Gegelung primer mempunyai 500 lilitan dan voltan input 12 V. Transformer itu menghasilkan voltan output 48 V.
b(i)
Hitungkan;
Bilangan lilitan gegelung sekunder, N~s~ transformer itu.
2 marks
b(ii)
Voltan output yang baharu, jika voltan input dikurangkan kepada 6 V.
3 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan tenaga elektrik dihantar dari stesen jana kuasa ke pengguna menggunakan kabel penghantaran voltan tinggi.
Terangkan mengapa tenaga elektrik dihantar pada voltan tinggi.
4 marks
d
Berdasarkan Rajah 10.3, sebuah transformer digunakan di stesen janakuasa untuk penghantaran tenaga elektrik pada voltan tinggi. Jadual 10 menunjukkan spesifikasi empat transformer P, Q, R dan S.
| Transformer | Bilangan lilitan gegelung sekunder | Jenis teras | Binaan teras | Saiz wayar untuk gegelung |
|---|---|---|---|---|
| P | Tinggi | Teras besi lembut | Berlamina | Tebal |
| Q | Rendah | Teras besi | Tidak berlamina | Tebal |
| R | Tinggi | Teras besi lembut | Tidak berlamina | Tebal |
| S | Rendah | Teras besi | Berlamina | Nipis |
Jadual 10
Anda dikehendaki menentukan transformer yang paling sesuai digunakan di stesen janakuasa. Terangkan kesesuaian setiap spesifikasi dan tentukan transformer yang paling sesuai.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan bacaan mikroammeter dan miliammeter dalam litar transistor.
Rajah 11.2 menunjukkan bacaan mikroammeter dan miliammeter dalam litar transistor apabila reostat dilaraskan.
a(i)
Apakah fungsi reostat?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.1, tukarkan bacaan mikroammeter dan miliammeter dalam unit Ampere (A).
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan bacaan mikroammeter, bacaan miliammeter, dan peningkatan dalam bacaan mikroammeter dan miliammeter.
Berdasarkan perbandingan tersebut nyatakan hubungan berkaitan dengan arus tapak, I~b~ dan arus pengumpul, I~c~.
5 marks
b
Rajah 11.3 menunjukkan litar transistor yang bertindak sebagai suis automatik.
Terangkan bagaimana litar berfungsi sebagai suis automatik.
4 marks
c
Rajah 11.4 menunjukkan litar transistor yang tidak lengkap untuk mengeluarkan amaran apabila berlaku kebakaran.
Beri cadangan dan sebab bagi komponen elektrik yang sesuai di dalam kotak J, K, L, M dan N untuk melengkapkan litar di Rajah 11.4.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open