Rajah 1.1 menunjukkan litar elektronik yang digunakan untuk menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.
a
Apakah nama komponen elektronik dalam kotak **X**?
1 marks
b
Proses penukaran arus ulang-alik kepada arus terus dikenali sebagai …
1 marks
Satu kapasitor, **C** diletakkan selari dengan perintang, **R** seperti dalam Rajah 1.2.
c(i)
Apakah perubahan yang berlaku kepada bentuk gelombang output yang terhasil?
1 marks
c(ii)
Beri **satu** sebab untuk jawapan dalam 1(c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sebiji durian yang tergantung pada sepasang tali yang berada dalam keseimbangan daya.
a
Nyatakan maksud keseimbangan daya.
1 marks
b
Berdasarkan pengetahuan anda tentang konsep daya, lakarkan segitiga daya bagi menunjukkan mengapa durian tersebut masih tergantung dan tidak jatuh. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketiga-tiga daya (T₁, T₂ dan W), arah anak panah setiap daya, cara daya-daya itu bersambung membentuk segitiga, dan sudut yang anda tandakan.)*
2 marks
Jika tali berlabel T₁ terputus,
c(i)
apakah yang berlaku kepada tegangan tali yang berlabel T₂ yang masih mengikat buah durian?
1 marks
c(ii)
nyatakan **satu** persamaan yang mengaitkan tegangan tali, T₂ dengan berat, W.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada rajah sinar bagi satu kanta cekung yang mempunyai panjang fokus 10 cm.
a
Nyatakan fenomena cahaya yang terlibat dalam Rajah 3.
1 marks
b
Lengkapkan Rajah 3 dengan melukis **satu** sinar cahaya lain untuk menunjukkan persilangan sinar bagi pembentukan imej. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: dari mana sinar baharu anda bermula, melalui titik mana pada kanta, dan arahnya selepas kanta.)*
1 marks
c
Jika objek berada pada jarak 15 cm dihadapan kanta cekung, hitung jarak imej yang terbentuk.
2 marks
Kanta cekung dalam Rajah 3 digantikan dengan kanta cekung yang lebih tebal.
d(i)
Nyatakan perubahan panjang fokus kanta.
1 marks
d(ii)
Nyatakan perubahan kepada jarak imej yang terbentuk jika objek masih berada pada kedudukan yang sama.
1 marks
49 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.
a
Namakan alat yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
1 marks
b
Nyatakan **satu** sebab mengapa merkuri digunakan dalam alat tersebut.
1 marks
Jika alat tersebut berada di puncak gunung,
c(i)
nyatakan perubahan yang berlaku pada ketinggian turus merkuri, h.
1 marks
c(ii)
beri sebab bagi jawapan di 4(c)(i).
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera dalam keadaan condong.
d(i)
Diberi tekanan atmosfera adalah 76 cm Hg.
(Ketumpatan merkuri = $1.36 \times 10^{4}$ kg m^-3^)
Pada Rajah 4.2, labelkan dengan simbol **R**, kawasan yang mempunyai tekanan sifar. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di bahagian mana pada Rajah 4.2 anda meletakkan label R.)*
1 marks
d(ii)
hitung tekanan di **A** dalam unit Pa.
2 marks
d(iii)
hitung tekanan di **B** dalam unit Pa.
2 marks
59 marks
Rajah 5.1 menunjukkan pandangan sisi sebuah tangki riak yang digunakan di dalam makmal untuk mengkaji hubungan di antara kedalaman dengan laju gelombang air. Sebuah perspek dengan ketebalan yang berbeza di letakkan ke dalam tangki riak tersebut.
a
Nyatakan fenomena gelombang yang terlibat.
1 marks
Berdasarkan Rajah 5.1, bandingkan kawasan **P** dan kawasan **Q** dari segi
b(i)
kedalaman air
1 marks
b(ii)
panjang gelombang
1 marks
b(iii)
laju gelombang air
1 marks
Berdasarkan jawapan di 5(b), deduksikan hubungan antara
c(i)
kedalaman air dengan panjang gelombang
1 marks
c(ii)
panjang gelombang dengan laju gelombang air.
1 marks
d
Nyatakan kuantiti fizik yang dimalarkan apabila gelombang air merambat di kawasan **P** atau kawasan **Q**.
1 marks
e
Di kawasan air cetek, panjang gelombang dan laju gelombang masing-masing adalah 1.5 cm dan 6 cm s^-1^. Apabila gelombang memasuki kawasan air dalam, lajunya meningkat kepada 9 cm s^-1^. Hitung panjang gelombang tersebut di kawasan air dalam.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan graf lengkung separuh hayat radioaktif Xenon-133 dan radioaktif Iodin-131 masing-masing.
a
Nyatakan maksud separuh hayat.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, bandingkan
b(i)
keaktifan nukleus asal
1 marks
b(ii)
separuh hayat
1 marks
b(iii)
kadar reputan
1 marks
c
Berdasarkan jawapan anda di 6(b), deduksikan hubungan antara separuh hayat dengan kadar reputan.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.2,
d(i)
tentukan separuh hayat bagi radioaktif Iodin-131. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan separuh hayat tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis pada graf — dari nilai keaktifan berapa, ke titik mana pada lengkung, dan turun ke masa berapa — serta nilai separuh hayat.)*
2 marks
d(ii)
Tentukan keaktifan bagi radioaktif Iodin-131 selepas tiga kali separuh hayat.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu susunan radas untuk menentukan muatan haba tentu bagi bongkah aluminium.
a
Nyatakan maksud muatan haba tentu.
1 marks
Bongkah aluminium berjisim 1 kg dipanaskan dengan menggunakan pemanas elektrik berkuasa 50 W selama 5 minit. Peningkatan suhu untuk bongkah aluminium dalam Rajah 7.1 ialah 16 °C.
b(i)
Hitung muatan haba tentu bagi bongkah aluminium dalam Rajah 7.1.
2 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** andaian untuk pengiraan dalam 7(b)(i).
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan satu perkhidmatan penghantaran makanan. Makanan panas yang ditempah oleh pelanggan akan disimpan dalam suatu beg makanan dan dihantar dalam masa yang singkat.
c(i)
| Jenis beg | Muatan haba tentu beg makanan (J kg^-1^ °C^-1^) | Keadaan lapisan dalam beg makanan |
|---|---|---|
| **T** | 1770 | Permukaan berkilat |
| **U** | 925 | Permukaan berkilat |
| **V** | 1140 | Permukaan gelap |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan ciri-ciri bagi beg makanan itu agar ia dapat digunakan untuk mengekalkan kepanasan makanan dalam masa yang lama. Berikan sebab untuk kesesuaian setiap ciri itu.
Muatan haba tentu beg makanan — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
Keadaan lapisan dalam beg makanan — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
Berdasarkan jawapan di 7(c), tentukan beg makanan yang paling sesuai.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah pemanggang elektrik dan spesifikasi yang digunakan di sebuah gerai makanan.
> Fius: 13 A
>
> Kadar kuasa: 240 V, 3000 W
a
Nyatakan maksud kuasa, P = 3000 W.
1 marks
b
Hitung arus yang mengalir dalam pemanggang elektrik.
2 marks
Cadangkan ciri-ciri elemen pemanas yang dapat digunakan untuk memanggang daging dalam masa yang singkat dan selamat berdasarkan aspek-aspek berikut:
c(i)
jenis bahan elemen pemanas — ciri dan sebab.
2 marks
c(ii)
kerintangan elemen pemanas — ciri dan sebab.
2 marks
c(iii)
takat lebur elemen pemanas — ciri dan sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan Bulan dan sebuah satelit yang mengorbit Bumi.
a
Namakan hukum fizik yang mengaitkan tempoh suatu orbit, T dengan jejari orbit, r.
1 marks
b
Terbitkan **satu** ungkapan yang menerangkan hukum fizik dalam 9(a) dengan menggunakan persamaan-persamaan di bawah;
$F = \dfrac{GMm}{r^2}$, $\quad F = \dfrac{mv^2}{r}$ $\quad$ dan $\quad v = \dfrac{2\pi r}{T}$
4 marks
Jejari orbit Bulan adalah 57 kali ganda daripada jejari orbit satelit.
[Jejari Bumi, R = $6.37 \times 10^{6}$ m,
Jisim Bumi, M = $5.97 \times 10^{24}$ kg,
Jisim Bulan, m = $7.35 \times 10^{22}$ kg,
Jejari orbit Bulan, r~m~ = $3.83 \times 10^{8}$ m,
Tempoh Bulan mengelilingi Bumi, T = 655.2 jam]
Hitung,
c(i)
ketinggian satelit dari permukaan Bumi.
3 marks
c(ii)
tempoh yang diambil oleh satelit untuk mengorbit Bumi.
2 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah roket yang sedang dilancarkan untuk membawa satelit komunikasi ke orbitnya.
Jadual 9 menunjukkan ciri-ciri bagi roket **K**, **L**, **M** dan **N** yang boleh digunakan dalam misi penghantaran satelit.
| Jenis roket | Jisim roket | Ketinggian maksimum yang boleh dicapai (km) | Kuantiti bahan api | Jenis enjin |
|---|---|---|---|---|
| **K** | Rendah | 500 | Banyak | Tahap tunggal |
| **L** | Tinggi | 800 | Sedikit | Berperingkat |
| **M** | Tinggi | 300 | Sedikit | Tahap tunggal |
| **N** | Rendah | 1500 | Banyak | Berperingkat |
Jadual 9
Anda dikehendaki menyiasat ciri roket yang sesuai untuk misi penghantaran satelit komunikasi tersebut ke orbitnya.
Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan roket yang paling sesuai. Berikan sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan sebuah mentol berlabel 24 V, 48 W disambung kepada output sebuah transformer. Kecekapan transformer itu ialah 80 %.
Berdasarkan Rajah 10,
a(i)
nyatakan jenis transformer yang digunakan.
1 marks
a(ii)
terangkan bagaimana transformer boleh berfungsi dan menyebabkan mentol menyala dengan kecerahan normal.
4 marks
Jika bilangan lilitan gegelung sekunder, N~s~ ialah 50 lilitan dan bilangan lilitan gegelung primer, N~p~ ialah 500 lilitan digunakan pada transformer dalam Rajah 10, hitung,
b(i)
nisbah bilangan lilitan gegelung primer kepada bilangan lilitan gegelung sekunder.
1 marks
b(ii)
kuasa input dalam gegelung primer.
2 marks
b(iii)
arus yang mengalir dalam gegelung primer.
2 marks
c
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri bagi empat buah transformer, **P**, **Q**, **R** dan **S**.
Anda dikehendaki untuk mengkaji ciri-ciri transformer dalam Jadual 10 yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan kecekapan transformer adalah 100%.
Terangkan kesesuaian setiap ciri dan tentukan transformer yang paling sesuai. Berikan sebab-sebab bagi pilihan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan kereta A dan kereta B dalam masa 5 saat.
a
Nyatakan maksud halaju.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Rajah 11.2, bandingkan kecerunan graf, pecutan dan halaju akhir kereta.
3 marks
c
Berdasarkan jawapan di 11(b) hubungkaitkan antara kecerunan graf dengan halaju akhir dan seterusnya deduksikan hubungan antara kecerunan graf dengan pecutan kereta.
2 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah kereta lumba berjisim 800 kg.
Berdasarkan Rajah 11.3, terangkan bagaimana kereta lumba boleh bergerak dengan halaju yang tinggi dan selamat.
4 marks
e
Rajah 11.4 menunjukkan sebuah keretapi lama yang bergerak dengan perlahan dan membawa muatan yang sedikit dalam satu-satu masa.
Anda dikehendaki memberi cadangan untuk membolehkan keretapi dapat bergerak dengan laju dan dapat membawa banyak muatan atau penumpang dalam satu masa dengan selamat.
Cadangan anda hendaklah merangkumi aspek reka bentuk keretapi, jenis atau ciri-ciri bahan untuk badan keretapi, jenis tenaga, bilangan gerabak dan kuasa enjin yang digunakan.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open