arrow_back

Perak Trial 2025 Ekonomi Kertas 1

1
Rajah 1 di bawah berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP). Pernyataan yang manakah betul menerangkan rajah tersebut?
2
Pernyataan yang manakah betul tentang penyelesaian masalah teknik pengeluaran bagi sistem ekonomi kapitalis?
3
Pernyataan yang manakah menerangkan keluk permintaan?
4
Rajah 2 di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Rajah 2 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan rajah tersebut?
5
Pasangan yang manakah betul?
6
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang konsep penawaran?
7
Rajah 3 di bawah menunjukkan penawaran suatu barang. Rajah 3 Pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut?
8
Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran. > PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam hingga Disember ini. > Sumber: Diubah suai daripada Bernama, 9 Oktober 2022 Rajah yang manakah betul berkaitan dengan maklumat tersebut?
9
Rajah 4 di bawah berkaitan dengan keseimbangan pasaran. Rajah 4 Pernyataan yang manakah betul?
10
Pernyataan yang manakah betul tentang keanjalan harga permintaan tak anjal?
11
Pilih pernyataan yang betul tentang penentu keanjalan harga permintaan anjal. - I Cita rasa - II Pendapatan - III Ketahanan barang - IV Bilangan barang pengganti
12
Pengeluar perlu meningkatkan harga barang untuk memaksimumkan jumlah hasil jika barang tersebut
13
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan keanjalan harga penawaran tak anjal? - I Keluk penawaran adalah curam - II Pekali keanjalan kurang daripada satu - III Penjual responsif terhadap perubahan harga - IV Peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada perubahan harga
14
Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan. > Cik Intan membuka akaun semasa di sebuah bank. Dia membeli polisi insurans nyawa dengan bayaran sebanyak RM250 sebulan. Dia mengarahkan pihak bank membuat bayaran tersebut bagi pihak dirinya pada setiap 3 hari bulan. Apakah perkhidmatan bank tersebut?
15
Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?
16
Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pendapatan Encik Remy. - Seorang pesara tentera - Isteri bekerja sebagai jururawat - Mengusahakan ladang harum manis - Menerima pulangan daripada orang yang menggunakan tanah miliknya. Apakah jenis pendapatan produktif yang diterima oleh Encik Remy? - I Upah - II Sewa - III Untung - IV Pencen
17
Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib Puan Shasha bagi tempoh satu bulan. | Butiran | RM | |---|---| | Zakat | 150 | | KWSP | 200 | | Insurans | 60 | | Sewa rumah | 400 | | Cukai pendapatan | 55 | Berapakah jumlah potongan wajib Puan Shasha?
18
Pilih pasangan pernyataan yang tepat.
19
Jadual 1 di bawah berkaitan dengan perbelanjaan bagi seorang individu. | Bulan | Jumlah Perbelanjaan (RM) | |---|---| | Mac | 3 000.00 | | April | 4 000.00 | Jadual 1 Perubahan corak perbelanjaan adalah disebabkan oleh
20
Gambar 1 di bawah merupakan sejenis input yang digunakan dalam proses pengeluaran suatu barang. Gambar 1 Pernyataan yang manakah betul berkaitan gambar di atas?
21
Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap?
22
Pilih pernyataan yang benar mengenai hukum pulangan berkurangan dalam pengeluaran firma.
23
Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos Syarikat Mutiara Sdn. Bhd. | Jumlah Keluaran | 2000 unit | | Harga seunit | RM15 | | Sewa Kilang | RM3 000 | | Bahan Mentah | RM12 000 | | Buruh | RM5 000 | | Bahan api | RM2 000 | Berapakah untung yang diperoleh syarikat tersebut?
24
Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan kakitangan seramai 1.6 juta orang. Bagaimanakah peranan kerajaan tersebut dapat membantu ekonomi negara?
25
Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos?
26
Apakah kesan ke atas ekonomi jika bank pusat terus menaikkan kadar faedah ketika berlaku masalah inflasi? - I Firma mampu mengeluarkan lebih banyak barang - II Perbelanjaan agregat pengguna terus menurun - III Pertumbuhan ekonomi semakin lancar - IV Kadar pengangguran meningkat
27
Maklumat di bawah berkaitan sejenis pengangguran. > Isu pengangguran terutama melibatkan graduan bukan kerana kekurangan pekerjaan tetapi berpunca daripada sikap terlalu memilih pekerjaan. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengangguran di atas?
28
Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan terhadap
29
Maklumat di bawah berkaitan dengan matlamat dasar kewangan. > Menambah bekalan wang dalam ekonomi Cara pelaksanaan manakah yang berkaitan dengan dasar kewangan di atas? - I Mengurangkan kadar cukai - II Membeli surat jaminan kerajaan - III Menurunkan nisbah rizab berkanun - IV Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
30
Apakah kesan penurunan kadar faedah terhadap pengguna?
31
Maklumat yang manakah betul tentang pelaksanaan dasar fiskal dalam mencapai objektif makroekonomi?
32
Antara berikut, yang manakah betul berkaitan dengan kepentingan perdagangan antarabangsa? - I Menggalakkan mobiliti tenaga buruh - II Meningkatkan harga produk tempatan - III Menggalakkan persaingan antara firma - IV Meningkatkan kecekapan pengeluaran
33
Apakah kesan positif pelaksanaan tarif dalam kegiatan perdagangan antarabangsa?
34
Situasi manakah yang menerangkan tentang import tak nampak Malaysia?
35
Maklumat berikut berkaitan dengan satu rekod dalam imbangan dagangan sebuah negara X. | Eksport | RM750 juta | | Import | RM858 juta | Pernyataan yang manakah betul tentang urus niaga tersebut kepada negara X? - I Berlaku imbangan dagangan kurangan - II Menyebabkan nilai ringgit cenderung jatuh - III Berlaku disebabkan oleh harga eksport lebih murah berbanding harga import - IV Menunjukkan jumlah pembayaran wang kurang daripada jumlah penerimaan wang
36
Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya penawaran mata wang asing?
37
I Sektor primer melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap. II Contoh aktiviti sektor primer ialah pembinaan.
38
I Eksternaliti ialah kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan. II Contoh faedah sosial ialah program latihan kemahiran kepada pekerja.
39
I Globalisasi ialah interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan sebuah negara. II Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan wujudnya globalisasi dalam pasaran baharu.
40
I Imbangan dagangan terdiri daripada imbangan dagangan lebihan, imbangan dagangan seimbang dan Imbangan dagangan defisit. II Imbangan dagangan merekod perbezaan nilai eksport tak nampak dan nilai import tak nampak.
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.