1 Penerangan yang manakah betul? star A Usahawan: Input yang menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran. B Buruh: Individu yang berperanan menghasilkan output maksimum. C Modal: Alat ciptaan manusia yang mempunyai mobiliti tinggi. D Tanah: Sumber yang penawarannya tidak terhad. T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
2 Rajah 1 merupakan keluk kemungkinan pengeluaran (K K P). Penyataan yang manakah betul berkaitan dengan kombinasi pengeluaran X ? I Berlaku ketidakupayaan pengeluaran II Dapat dicapai dengan peningkatan teknologi III Ekonomi berada pada tingkat guna tenaga penuh IV Wujud pembaziran sumber dalam pasaran star A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
3 Pasangan yang manakah betul? star A Apa yang hendak dikeluarkan: Pengeluar memastikan tidak berlakunya lebihan barangan dalam pasaran. B Berapa hendak dikeluarkan: Barangan yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna. C Bagaimana hendak dikeluarkan: Firma memastikan kos pengeluaran barangan adalah minimum. D Untuk siapa barang dikeluarkan: Pembuat keputusan menggunakan mekanisme pasaran untuk menghasilkan barangan. T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
4 Pernyataan yang manakah betul tentang penyelesaian masalah berkaitan dengan penggunaan teknik pengeluaran dalam sistem ekonomi kapitalis star A Maksimum untung melalui pengurangan kos dengan bantuan subsidi B Mekanisme pasaran mempengaruhi pemilihan intensif buruh atau modal C Pengeluaran barang ekonomi dan awam berdasarkan permintaan pasaran D Pemilihan kaedah yang cekap dengan mengambilkira kesan luaran negatif T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
5 Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran minyak kelapa sawit. Antara yang berikut, situasi yang manakah betul? I Kebenaran masuk buruh yang diperketatkan II Penebusgunaan kawasan penanaman sawit kepada kawasan perumahan III Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian subsidi terhadap minyak sawit paket IV Penggunaan dron dalam industri penanaman sawit star A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
6 Pernyataan yang manakah betul tentang lebihan permintaan? star A Berlaku selepas kerajaan melaksanakan dasar harga minimum B Wujud apabila perbelanjaan melebihi pendapatan pengguna C Harga cenderung naik daripada keseimbangan asal D Keluk permintaan pasaran akan beralih ke kanan T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
7 Gambar 1 berikut berkaitan dengan satu keputusan kerajaan Rajah yang manakah menunjukkan kesan ke atas pasaran akibat daripada keputusan tersebut? star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
8 Maklumat berikut berkaitan dengan keanjalan harga permintaan barang W. Tindakan penjual menaikkan harga barang W menyebabkan jumlah hasil diterimanya menurun. Pernyataan yang manakah betul mengenai barang W? star A Merupakan barang anjal B Bentuk keluk adalah curam C Contoh barang W ialah beras D Nilai pekali keanjalan kurang daripada 1 T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
9 Maklumat di bawah berkaitan dengan nilai keanjalan harga permintaan barang X. Ed = 2.0 Maklumat yang manakah betul berkaitan dengan barang tersebut? star A Barang pengganti yang sedikit dalam pasaran B Pengusaha menaikkan harga barang untuk tingkatkan jumlah hasil C Peningkatan harga 2% menyebabkan pengurangan permintaan 1% D Beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar lebih besar daripada pengguna T4 Bab 2.2.9 Kepentingan Keanjalan Harga
10 Rajah 3 adalah keluk permintaan suatu barang. Berapakah nilai pekali keanjalan barang tersebut? star A 0.44 B 0.86 C 1.17 D 2.25 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Tindakan bank pusat yang manakah dapat mengawal inflasi? star A Meningkatkan kadar faedah simpanan B Menurunkan nisbah rizab berkanun C Menjual surat jaminan kerajaan D Melonggarkan syarat sewa beli T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
12 Maklumat berikut berkaitan dengan satu kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan Encik Azman mengarahkan pihak bank membuat bayaran ansuran pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM1 000 pada setiap 28 hari bulan. Apakah kemudahan pembayaran tersebut? star A Perintah sedia ada B Pindahan kredit C Debit langsung D Draf bank T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
13 Aktiviti yang manakah tergolong dalam sektor utama? star A Perlombongan dan pemprosesan B Pembalakan dan kraf tangan C Penternakan dan pembuatan D Perikanan dan kuari T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
14 Pernyataan yang manakah betul tentang pendapatan individu? star A Bayaran pindahan diperoleh kerana memberi hak penggunaan kepada orang lain B Faedah diterima oleh individu kerana menanggung risiko kejatuhan nilai wang C Upah ialah ganjaran yang diperoleh atas jumlah barang atau perkhidmatan yang dijual D Dividen merupakan pulangan yang diterima tanpa menyumbang dalam proses pengeluaran T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
15 Antara yang berikut, yang manakah merupakan perbelanjaan penggunaan individu I Membayar premium insurans nyawa II Membeli mesin pengering baju III Menjelaskan zakat pendapatan IV Membuat caruman KWSP star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
16 Pasangan manakah yang betul? star A Keperluan: Dipengaruhi oleh saiz pendapatan | Kehendak: Berkadar malar dengan pendapatan B Keperluan: Untuk mencapai keselesaan. | Kehendak: Untuk meneruskan kehidupan C Keperluan: Boleh ditangguhkan sementara | Kehendak: Perlu dipenuhi dahulu D Keperluan: Sama untuk semua | Kehendak: Banyak dan pelbagai T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
17 Antara yang berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan langkah penyediaan belanjawan peribadi? I Cik Syahriah berjaya melakukan tabungan secara konsisten II Encik Fauzi membuat catatan sumber pendapatannya pada suatu bulan III Puan Yusmaini mengenal pasti potongan wajib yang dibayar oleh beliau IV Encik Iqbal dapat mengawal diri daripada membeli barang kurang penting star A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi
18 Gambar 2 menunjukkan satu input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Pernyataan yang manakah betul tentang input tersebut? star A Jumlah penggunaan mengikut tingkat output. B Perbelanjaan yang ditanggung ialah kos berubah. C Kewujudan berlaku pada masa keluaran belum bermula. D Berhubung secara langsung dengan perubahan keluaran. T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
19 Gambar 3 menunjukkan satu input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Berapakah keluaran marginal kesan pertambahan pekerja tersebut? star A 20 unit B 40 unit C 60 unit D 80 unit T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
20 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran, kos dan harga kerusi plastik keluaran Syarikat Hasni Sendirian Berhad. | Harga seunit | RM 25 | | Kos berubah | RM 5000 | | Kos tetap | RM 12 000 | Berapakah keuntungan yang diperoleh sekiranya firma menjual 2 000 unit kerusi plastik? star A RM 33 000 B RM 38 000 C RM 45 000 D RM 50 000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
21 Pernyataan yang manakah menunjukkan konsep eksternaliti? star A Ditanggung oleh pengguna dan pengeluar dalam proses pengeluaran B Kos sosial merupakan kos yang dilepaskan dalam pemilihan barang C Contoh faedah sosial ialah peningkatan tahap kesihatan masyarakat D Nilai yang dimasukkan dalam penentuan harga pasaran T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial
22 Antara yang berikut, yang manakah betul tentang peranan kerajaan dalam ekonomi? I Mengawal selia pengeluar II Mencapai guna tenaga penuh III Menetapkan harga dan kuantiti keseimbangan IV Mengeluarkan barang ekonomi dan barang awam star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
23 Situasi berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi > Kadar pengangguran Malaysia turun ke paras terendah dalam 10 tahun > KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran pada April 2025 turun kepada 3.0 peratus, paras terendah dalam tempoh 10 tahun dengan 525,900 penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). > Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pada April 2025, bilangan tenaga buruh terus berada pada trend menaik, dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus kepada 17.34 juta orang. > Sumber: https://www.bharian.com.my Berdasarkan pernyataan diatas, apakah objektif makroekonomi yang telah dicapai? star A Kestabilan harga B Guna tenaga penuh C Pertumbuhan ekonomi D Keseimbangan imbangan pembayaran T5 Bab 1.2.4 Pengangguran
24 Bagaimanakah kerajaan dapat mengawal eksploitasi pengguna melalui undang-undang dan peraturan? I Menaikkan peruntukan subsidi II Menetapkan harga barang kawalan III Menguatkuasakan Akta Pencatutan IV Meningkatkan kadar cukai terhadap barang tertentu star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
25 Jadual 1 menunjukkan bajet kerajaan bagi tahun 2023. | Butiran | RM juta | |-------------------------|-----------| | Hasil | 372 340 | | Perbelanjaan mengurus | 289 219 | | Perbelanjaan pembangunan| 96 921 | Jadual 1 Tindakan yang manakah betul berkaitan keadaan tersebut star A Dasar Fiskal: Mengucup | Kestabilan Ekonomi: Deflasi | Tujuan Pelaksanaan: Mengurangkan proses penciptaan kredit B Dasar Fiskal: Mengembang | Kestabilan Ekonomi: Deflasi | Tujuan Pelaksanaan: Meningkatkan permintaan agregat C Dasar Fiskal: Mengembang | Kestabilan Ekonomi: Inflasi | Tujuan Pelaksanaan: Menambahkan projek pembangunan D Dasar Fiskal: Mengucup | Kestabilan Ekonomi: Inflasi | Tujuan Pelaksanaan: Merapatkan jurang pendapatan T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
26 Contoh yang manakah merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan? star A Serahan kepada kerajaan Perlis untuk baik pulih jalan raya yang rosak di Ipoh. B Agihan subsidi anak benih padi IS21 kepada pesawah di Kampung Paya. C Membayar kos penyelenggaraan makmal komputer di SM K Putra. D Belanja menyiapkan stadium mini di SMK Syed Hassan. T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
27 Pernyataan yang manakah betul tentang dasar kewangan menguncup? star A Boleh dilakukan melalui pembelian surat jaminan kerajaan B Dilaksana untuk mengatasi masalah inflasi dalam negara C Bertujuan menambah bekalan wang di pasaran D Berupaya meningkatkan kuasa beli pengguna T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan
28 Apakah kepentingan perniagaan antarabangsa? I Pelaburan asing meningkat II Kadar pengangguran berkurangan III Mengekalkan sumber alam semula jadi. IV Memelihara keistimewaan budaya masyarakat star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
29 Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. > Kesatuan Eropah meluluskan akta untuk menghalang minyak sawit daripada dilabelkan sebagai bahan api yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 akibat kebimbangan terhadap penebangan hutan. > Sumber: Ubahsuai Malaysiakini, 21 Okt. 2019 Apakah bentuk sekatan tersebut? star A Larangan perdagangan ke atas negara tertentu B Kawalan pertukaran asing terhadap pengimport C Menetapkan had maksimum pengimportan sesuatu barang D Halangan produk kerana tidak mematuhi standard sesebuah negara T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
30 Situasi yang manakah cenderung memberi kesan imbangan dagangan negatif? star A Peningkatan penggunaan barang dari luar Negara. B Aliran masuk pelabuhan asing yang tinggi di sektor perkilangan. C Kiriman wang oleh pekerja asing ke luar Negara semakin meningkat. D Kemasukan pelancong asing bertambah selepas kempen Tahun Melawat Malaysia. T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
31 Situasi yang manakah menunjukkan contoh eksport tak nampak negara? star A Rakyat Brunei yang berkelayakan menyambung pengajian di UIA Gombak. B Firma dari Jerman mendapat kontrak membina pelabuhan di Johor. C Syarikat Perodua membawa masuk alat ganti dari Thailand. D Petronas Carigali membekalkan minyak mentah ke Jepun T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
32 Situasi yang manakah merujuk kepada permintaan Ringgit Malaysia? star A SV Elektrik (Malaysia) Berhad mendapat bekalan komponen elektrik daripada China B Sebuah syarikat dari Jepun mengimport minyak sawit daripada Felda Plantation C PT Travel membawa 30 orang warga emas dari Shah Alam menunaikan umrah di Makkah. D Pelancong Malaysia menggunakan perkhidmatan Japan Airline dari Kuala Lumpur ke Tokyo T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
33 I Ekonomi adalah penyesuaian sumber dengan kehendak manusia yang terbatas. II Kehendak adalah barang yang perlu dimiliki oleh manusia. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
34 I Hukum penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dan kuantiti. II Hubungan positif ditunjukkan oleh keluk yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
35 I Contoh potongan wajib ialah caruman insurans nyawa. II Potongan wajib akan mengurangkan pendapatan semasa individu. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
36 I Bayaran secara kredit menggalakkan pembeli berbelanja secara berhemah. II Bayaran secara kredit menyukarkan pembeli mendapat perkhidmatan selepas jualan star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
37 I Keberkesanan dan kecekapan penggunaan input pengeluaran mempengaruhi produktiviti. II Produktiviti meningkat akibat inovasi dalam kaedah pengeluaran. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.2.1 Konsep Produktiviti T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
38 I Inflasi akan menyebabkan peningkatan daya saing barang tempatan di pasaran. II Inflasi berlaku apabila tingkat harga umum mengalami peningkatan secara berterusan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.2.2 Inflasi T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
39 I Globalisasi merupakan proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. II Penggunaan kaedah komunikasi baharu merupakan satu ciri globalisasi star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.1.1 Globalisasi
40 I Kadar pertukaran asing adalah merupakan harga mata wang sesebuah Negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang Negara lain. II Perubahan kadar pertukaran asing sesebuah Negara tidak akan mempengaruhi permintaan ke atas eksport dan import Negara lain star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import