1 Maklumat berikut berkaitan dengan satu faktor pengeluaran. Menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan Sumber tersebut mestilah star A mampu menanggung risiko tinggi B menerima faedah yang tinggi C mempunyai mobiliti geografi D mampu menghadapi risiko T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
2 Jadual berikut menunjukkan pengeluaran sebuah firma bagi dua jenis barang. | Produk | Kombinasi keluaran | | | A | B | | Kopi | 20 unit | 60 unit | | Teh | 85 unit | 55 unit | Berapakah kos lepas jika kombinasi keluaran berubah daripada A ke B? star A 20 unit kopi B 40 unit kopi C 30 unit teh D 60 unit teh T4 Bab 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas
3 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi. Syarikat A membekalkan peralatan pejabat dengan menggunakan 20 orang pekerja tempatan bagi memenuhi permintaan pasaran. Antara berikut, masalah apakah yang telah diselesaikan? - I Apa yang hendak dikeluarkan - II Bagaimana hendak dikeluarkan - III Untuk siapa hendak dikeluarkan - IV Berapa yang hendak dikeluarkan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Apakah ciri sistem ekonomi perancangan pusat? star A Pilihan pengguna pelbagai B Harga ditentukan oleh kuasa pasaran C Wujud persaingan bebas antara firma D Motif adalah memaksimumkan kebajikan rakyat T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
5 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Penentu yang manakah menyebabkan peralihan keluk tersebut? star A Pendapatan individu menurun B Kadar cukai pendapatan turun C Harga barang penggenap jatuh D Objektif firma meminimumkan kos T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
6 Rajah yang manakah betul tentang peningkatan pendapatan? star A A B B C C D D T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
7 Rajah berikut berkaitan dengan keluk penawaran. Antara berikut, yang manakah menyebabkan berlaku peralihan titik dari x ke y? - I Bayaran upah pekerja meningkat - II Cukai import meningkat oleh kerajaan - III Jangkaan harga pada masa depan menurun - IV Objektif firma adalah memaksimumkan jualan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
8 Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran kasut sekolah. Pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan rajah tersebut. star A Jangkaan harga menurun pada masa depan B Berlaku penurunan harga kasut sekolah C Kerajaan menurunkan cukai jualan D Tingkat teknologi menurun T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Rajah berikut adalah keluk permintaan suatu barang. Berapakah nilai pekali keanjalan barang tersebut? star A 0.21 B 0.43 C 0.86 D 4.65 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
10 Rajah tersebut adalah keluk permintaan suatu barang. Pilih pernyataan yang betul tentang rajah tersebut. star A Contoh barang adalah beras B Nilai pekali keanjalan ialah 5 C Pengguna kurang responsif terhadap harga D Jumlah hasil meningkat jika harga dinaikkan T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Maklumat berikut berkaitan dengan keanjalan harga permintaan barang A. Tindakan penjual menurunkan harga barang A menyebabkan jumlah hasil diterimanya meningkat. Pernyataan yang manakah betul mengenai barang A? star A Merupakan barang anjal B Bentuk keluk adalah curam C Nilai pekali keanjalan kurang daripada 1 D Contoh barang A ialah barang keperluan T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
12 Rajah berikut merupakan keluk penawaran suatu barang. Pernyataan yang manakah betul? star A Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti B Berlakunya perubahan dalam kuantiti ditawar C Contoh barang adalah barang kemas D Keluk penawaran adalah tidak anjal T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan
13 Sesuatu barang cenderung menjadi tak anjal harga permintaan jika barang itu star A ialah barang kehendak B banyak barang pengganti C mempunyai banyak kegunaan D perbelanjaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
14 Situasi yang manakah menunjukkan fungsi wang sebagai alat penyimpan nilai? star A Encik Lokman membayar kereta RM700 sebulan B Cik Alisa memotong sebahagian gajinya ke akaun Tabung Haji C Mak Esah membuat bayaran terus barang runcit yang dibelinya D Puan Wana pergi ke beberapa buah kedai emas untuk banding harga gelang emas T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
15 Antara berikut, yang manakah menunjukkan persamaan antara pinjaman bercagar dengan pinjaman peribadi di bank perdagangan? - I Memerlukan penjamin - II Dikenakan kadar faedah - III Peminjam mestilah berpendapatan tetap - IV Hartanah diperlukan untuk dapat pinjaman star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
16 Maklumat berikut berkaitan prinsip dalam perbankan Islam - Bertindak sebagai wakil untuk menjaga harta pelanggan Apakah prinsip tersebut? star A Bai Bithaman Ajil B Mudharabah C Wadiah D Takjiri T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
17 Maklumat berikut berkaitan dengan pemilihan pekerjaan Puan Fatin. Jawatan Pensyarah - Mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi - Cuti tahunan 30 hari setahun - Berminat boleh hubungi Encik Alias (0123456789) Antara berikut, yang manakah merupakan faktor pemilihan pekerjaan Puan Fatin untuk memohon jawatan tersebut? - I Upah wang - II Waktu bekerja - III Faedah sampingan - IV Kelayakan akademik star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
18 Maklumat berikut adalah berkaitan upah benar Encik Asmuni bagi tahun 2024. | Tahun 2024 | • Upah wang | RM 3,000 | | • Harga barang A | RM 20 | | • Harga barang B | RM 10 | Apakah yang berlaku jika harga purata meningkat kepada RM20? star A Meningkatkan kuasa beli B Upah wang akan merosot C Upah benar akan menurun D Memperolehi lebih banyak barang T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
19 Padanan yang manakah betul, kaitan antara pelbagai kerjaya dengan matlamat pendapatan peribadi star A Kemahiran: Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi dan literasi komputer menerima pendapatan yang tinggi B Pilihan Pendidikan: Risiko yang tinggi dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan berisiko rendah C Keusahawan: Individu yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi akan menerima pendapatan yang lebih tinggi D Pilihan kerjaya: Individu yang bijak merebut peluang berupaya menjana pendapatan peribadi yang tinggi. T4 Bab 3.2.5 Kaitan antara Pelbagai Kerjaya dengan Matlamat Pendapatan Peribadi
20 Pasangan yang manakah betul? star A Bayaran Pindahan: Pulangan kepada individu yang memberi hak penggunaan sumber kepada orang lain B Faedah: Ganjaran diterima kerana sanggup menangguhkan perbelanjaan semasa C Dividen: Pendapatan kepada faktor pengeluaran yang tidak produktif D Sewa: Ganjaran kepada pemegang saham Syarikat T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
21 Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis pelaburan dalam ekonomi. Pelaburan ini mempunyai risiko yang rendah kerana kurang terdedah kepada ketidakstabilan nilai Apakah pelaburan tersebut? star A Hartanah B Saham Syarikat C Logam Berharga D Urus Niaga Pertukaran Asing (FOREX) T4 Bab 3.3.12 Konsep Risiko dan Pulangan dalam Pelaburan
22 Gambar berikut menunjukkan satu input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Syarikat perikanan Labuan muncul pemain utama pasaran tuna, makanan laut global Pernyataan yang manakah betul tentang input tersebut? star A Perbelanjaan yang ditanggung ialah kos tetap B Jumlah penggunaan tetap pada setiap tingkat output C Kewujudan berlaku pada masa keluaran belum bermula D Berhubung secara langsung dengan perubahan keluaran T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
23 Jadual berikut menunjukkan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos berubah. | Jumlah keluaran | Kos Berubah | | (Unit) | (RM) | | 20 | 40 | | 40 | 60 | Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 40 unit, jika kos tetap adalah RM100? star A RM1.50 B RM2.50 C RM4.00 D RM5.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
24 Maklumat berikut berkaitan sebuah projek pembangunan Kerajaan Persekutuan. > Projek ECRL capai kemajuan 82 peratus. > Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerja-kerja pemasangan landasan yang merupakan komponen utama bagi Projek ECRL, telah berjaya disempurnakan sepanjang 400 kilometer meliputi landasan jajaran utama dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan. > Sumber : https://www.sinarharian.com.my 6 Mei 2025 Apakah kos sosial yang terlibat? star A Pertambahan dalam perbelanjaan pembangunan B Kenaikan nilai hartanah di kawasan sekitar C Pertambahan gaji pengawal keselamatan D Kenaikan pembayaran bil perubatan T5 Bab 1.1.4 Matlamat Kerajaan untuk Menjaga Kebajikan Masyarakat dan Meningkatkan Kemakmuran Negara
25 Kerajaan mengawal kesan luaran negatif dengan star A melaksanakan dasar fiskal B mengunakan dasar kewangan C menggubal akta dan undang-undang D mengenakan kawalan harga keluaran firma T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
26 Pernyataan yang manakah betul tentang objektif makroekonomi negara? star A Ketidakstabilan harga menjamin kestabilan kuasa beli masyarakat B Pertumbuhan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat C Pengangguran mengukur jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam sebarang kegiatan ekonomi D Imbangan pembayaran merekodkan aliran wang masuk perdagangan antarabangsa dalam tempoh satu tahun T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara
27 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penunjuk ekonomi. > Indeks Harga Pengguna (IHP) Julai 2023 naik 4.7% berbanding tahun sebelumnya. > Sumber: BH Online, 27 Ogos 2023 Situasi yang manakah berkaitan dengan maklumat tersebut? star A Dasar fiskal mengembang dilaksanakan oleh kerajaan B Kos sara hidup masyarakat bertambah C Eksport negara cenderung meningkat D Pelaburan firma tinggi T5 Bab 1.2.1 Indeks Harga Pengguna (IHP)
28 Pilih pasangan yang betul. star A Tarikan permintaan: Negara rakan dagang mengalami peningkatan harga secara berterusan B Tolakan kos: Sukar menambah keluaran semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh C Tarikan permintaan: Wujud akibat kejatuhan nilai mata wang tempatan negara D Tolakan kos: Berlaku apabila pengeluar ingin mengekalkan margin untung T5 Bab 1.2.2 Inflasi
29 Apakah kesan ke atas firma apabila kadar faedah tinggi dalam pasaran? star A Tekanan inflasi menjadi tinggi B Bilangan penganggur meningkat C Kos pinjaman perniagaan bertambah D Perbelanjaan penggunaan lebih banyak T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
30 Maklumat yang manakah betul tentang pelaksanaan dasar kewangan dalam mencapai objektif makroekonomi? star A Imbangan pembayaran: Melonggarkan syarat sewa beli — Aliran masuk wang meningkat B Kestabilan harga: Menjual surat jaminan kerajaan — Tingkat harga umum naik C Pertumbuhan ekonomi: Menaikkan kadar faedah pinjaman — Kos pengeluaran berkurang D Guna tenaga penuh: Menurunkan nisbah rizab berkanun — Peluang pekerjaan menurun T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
31 Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan import dalam perdagangan antarabangsa? star A Cita rasa masyarakat yang cenderung menggunakan keluaran tempatan B Upah buruh tempatan yang secara relatif lebih murah C Kekayaan sumber semula jadi dalam negara D Tarikan perbezaan budaya luar T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
32 Apakah kesan negatif pelaksanaan tarif dalam kegiatan perdagangan antarabangsa? star A Jumlah pengeluaran kereta tempatan kurang berbanding kereta import B Kecekapan pengeluaran industri penggantian import jatuh C Masyarakat menggunakan barang yang bermutu rendah D Perbelanjaan pengguna semakin merosot T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
33 Pasangan yang manakah betul? star A Eksport barang nampak: Kerajaan Korea memberi bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Pahang B Import barang tak nampak: Persatuan Badminton Malaysia menggunakan khidmat jurulatih Hendrawan dari Indonesia C Import barang nampak: Syarikat pengangkutan dari Thailand menyewa kapal kargo milik Malaysia D Eksport barang tak nampak: Encik Anuar dari Perlis menghantar anaknya belajar dalam bidang Ekonomi di Jerman T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
34 Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan mata wang asing? star A Syarikat Hong Kong yang beroperasi di Kemaman menyewa kapal milik MISC Berhad untuk menghantar barang B Kerajaan membeli vaksin Pfizer dari Jerman bagi melaksanakan program imunisasi kebangsaan C MARA membayar gaji pensyarah dari United Kingdom di Kolej Profesional Mara Ayer Keroh D Syarikat Berkuasa mengambil alih sebuah kilang pakaian milik Jepun di Kelantan T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
35 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Firma menghadapi masalah kekurangan sumber ekonomi II Kekurangan sumber ekonomi mewujudkan pilihan yang memaksimumkan kepuasan star A Betul / Salah B Salah / Betul C Salah / Salah D Betul / Betul T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
36 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Nilai pekali keanjalan harga permintaan lebih daripada 1 adalah tak anjal II Barang kemas adalah contoh barang anjal star A Betul / Salah B Salah / Betul C Salah / Salah D Betul / Betul T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
37 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Kos implisit merupakan kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. II Contoh kos implisit seperti ganjaran upah yang sepatutnya dibayar kepada pemilik sendiri star A Betul / Salah B Salah / Betul C Salah / Salah D Betul / Betul T4 Bab 4.1.6 Konsep Hasil dan Untung
38 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Produktiviti atau daya pengeluaran ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan. II Faktor yang mempengaruhi produktiviti ada dua sahaja iaitu tenaga manusia dan bahan-bahan. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Salah / Salah D Betul / Betul T4 Bab 4.2.1 Konsep Produktiviti T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
39 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Kaedah komunikasi baharu merupakan ciri globalisasi II Kemudahan infrastruktur yang baik menggalakkan proses globalisasi star A Betul / Salah B Salah / Betul C Salah / Salah D Betul / Betul T5 Bab 2.1.1 Globalisasi T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
40 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Akaun Semasa mengalami kurangan disebabkan pembayaran kewangan meningkat II Akaun Semasa merekodkan Akaun Modal dan Akaun Kewangan star A Betul / Salah B Salah / Betul C Salah / Salah D Betul / Betul T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran T5 Bab 2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa