arrow_back

Others Trial 2025 Economics Kertas 1 · MPP 3

1
Maklumat berikut berkaitan dengan satu faktor pengeluaran. Menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan Sumber tersebut mestilah
2
Jadual berikut menunjukkan pengeluaran sebuah firma bagi dua jenis barang. | Produk | Kombinasi keluaran | | | A | B | | Kopi | 20 unit | 60 unit | | Teh | 85 unit | 55 unit | Berapakah kos lepas jika kombinasi keluaran berubah daripada A ke B?
3
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi. Syarikat A membekalkan peralatan pejabat dengan menggunakan 20 orang pekerja tempatan bagi memenuhi permintaan pasaran. Antara berikut, masalah apakah yang telah diselesaikan? I Apa yang hendak dikeluarkan II Bagaimana hendak dikeluarkan III Untuk siapa hendak dikeluarkan IV Berapa yang hendak dikeluarkan
4
Apakah ciri sistem ekonomi perancangan pusat?
5
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Penentu yang manakah menyebabkan peralihan keluk tersebut?
6
Rajah yang manakah betul tentang peningkatan pendapatan?
7
Rajah berikut berkaitan dengan keluk penawaran. Antara berikut, yang manakah menyebabkan berlaku peralihan titik dari x ke y? I Bayaran upah pekerja meningkat II Cukai import meningkat oleh kerajaan III Jangkaan harga pada masa depan menurun IV Objektif firma adalah memaksimumkan jualan
8
Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran kasut sekolah. Pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan rajah tersebut.
9
Rajah berikut adalah keluk permintaan suatu barang. Harga(RM) Berapakah nilai pekali keanjalan barang tersebut?
10
Rajah tersebut adalah keluk permintaan suatu barang. Harga(RM) Pilih pernyataan yang betul tentang rajah tersebut.
11
Maklumat berikut berkaitan dengan keanjalan harga permintaan barang A. Tindakan penjual menurunkan harga barang A menyebabkan jumlah hasil diterimanya meningkat. Pernyataan yang manakah betul mengenai barang A?
12
Rajah berikut merupakan keluk penawaran suatu barang. Harga(RM) P1 S P0 S 0 Q0 Q1 Kuantiti (unit) Pernyataan yang manakah betul?
13
Sesuatu barang cenderung menjadi tak anjal harga permintaan jika barang itu
14
Situasi yang manakah menunjukkan fungsi wang sebagai alat penyimpan nilai?
15
Antara berikut, yang manakah menunjukkan persamaan antara pinjaman bercagar dengan pinjaman peribadi di bank perdagangan? I Memerlukan penjamin II Dikenakan kadar faedah III Peminjam mestilah berpendapatan tetap IV Hartanah diperlukan untuk dapat pinjaman
16
Maklumat berikut berkaitan prinsip dalam perbankan Islam • Bertindak sebagai wakil untuk menjaga harta pelanggan Apakah prinsip tersebut?
17
Maklumat berikut berkaitan dengan pemilihan pekerjaan Puan Fatin. Jawatan Pensyarah • Mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi • Cuti tahunan 30 hari setahun • Berminat boleh hubungi Encik Alias (0123456789) Antara berikut, yang manakah merupakan faktor pemilihan pekerjaan Puan Fatin untuk memohon jawatan tersebut? I Upah wang II Waktu bekerja III Faedah sampingan IV Kelayakan akademik
18
Maklumat berikut adalah berkaitan upah benar Encik Asmuni bagi tahun 2024. | Tahun 2024 | • Upah wang | RM 3,000 | | • Harga barang A | RM 20 | | • Harga barang B | RM 10 | Apakah yang berlaku jika harga purata meningkat kepada RM20?
19
Padanan yang manakah betul, kaitan antara pelbagai kerjaya dengan matlamat pendapatan peribadi
20
Pasangan yang manakah betul? | Jenis Pendapatan | Keterangan Pendapatan | |---|---| | A Bayaran Pindahan | Pulangan kepada individu yang memberi hak penggunaan sumber kepada orang lain | | B Faedah | Ganjaran diterima kerana sanggup menangguhkan perbelanjaan semasa | | C Dividen | Pendapatan kepada faktor pengeluaran yang tidak produktif | | D Sewa | Ganjaran kepada pemegang saham Syarikat |
21
Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis pelaburan dalam ekonomi. Pelaburan ini mempunyai risiko yang rendah kerana kurang terdedah kepada ketidakstabilan nilai Apakah pelaburan tersebut?
22
Gambar berikut menunjukkan satu input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Syarikat perikanan Labuan muncul pemain utama pasaran tuna, makanan laut global Sumber: www.bhonline.com.my. 25 Mei 2025 Pernyataan yang manakah betul tentang input tersebut?
23
Jadual berikut menunjukkan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos berubah. | Jumlah keluaran | Kos Berubah | | (Unit) | (RM) | | 20 | 40 | | 40 | 60 | Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 40 unit, jika kos tetap adalah RM100?
24
Maklumat berikut berkaitan sebuah projek pembangunan Kerajaan Persekutuan. Projek ECRL capai kemajuan 82 peratus. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerja-kerja pemasangan landasan yang merupakan komponen utama bagi Projek ECRL, telah berjaya disempurnakan sepanjang 400 kilometer meliputi landasan jajaran utama dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan. Sumber : https://www.sinarharian.com.my 6 Mei 2025 Apakah kos sosial yang terlibat?
25
Kerajaan mengawal kesan luaran negatif dengan
26
Pernyataan yang manakah betul tentang objektif makroekonomi negara?
27
Maklumat berikut berkaitan dengan satu penunjuk ekonomi. Indeks Harga Pengguna (IHP) Julai 2023 naik 4.7% berbanding tahun sebelumnya. Sumber: BH Online, 27 Ogos 2023 Situasi yang manakah berkaitan dengan maklumat tersebut?
28
Pilih pasangan yang betul. | Jenis Inflasi | Keterangan | |---|---| | A Tarikan permintaan | Negara rakan dagang mengalami peningkatan harga secara berterusan | | B Tolakan kos | Sukar menambah keluaran semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh | | C Tarikan permintaan | Wujud akibat kejatuhan nilai mata wang tempatan negara | | D Tolakan kos | Berlaku apabila pengeluar ingin mengekalkan margin untung |
29
Apakah kesan ke atas firma apabila kadar faedah tinggi dalam pasaran?
30
Maklumat yang manakah betul tentang pelaksanaan dasar kewangan dalam mencapai objektif makroekonomi? | Objektif makroekonomi | Tindakan | Kesan | |---|---|---| | A Imbangan pembayaran | Melonggarkan syarat sewa beli | Aliran masuk wang meningkat | | B Kestabilan harga | Menjual surat jaminan kerajaan | Tingkat harga umum naik | | C Pertumbuhan ekonomi | Menaikkan kadar faedah pinjaman | Kos pengeluaran berkurang | | D Guna tenaga penuh | Menurunkan nisbah rizab berkanun | Peluang pekerjaan menurun |
31
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan import dalam perdagangan antarabangsa?
32
Apakah kesan negatif pelaksanaan tarif dalam kegiatan perdagangan antarabangsa?
33
Pasangan yang manakah betul?
34
Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan mata wang asing?
35
I Firma menghadapi masalah kekurangan sumber ekonomi II Kekurangan sumber ekonomi mewujudkan pilihan yang memaksimumkan kepuasan
36
I Nilai pekali keanjalan harga permintaan lebih daripada 1 adalah tak anjal II Barang kemas adalah contoh barang anjal
37
I Kos implisit merupakan kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. II Contoh kos implisit seperti ganjaran upah yang sepatutnya dibayar kepada pemilik sendiri
38
I Produktiviti atau daya pengeluaran ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan. II Faktor yang mempengaruhi produktiviti ada dua sahaja iaitu tenaga manusia dan bahan-bahan.
39
I Kaedah komunikasi baharu merupakan ciri globalisasi II Kemudahan infrastruktur yang baik menggalakkan proses globalisasi
40
I Akaun Semasa mengalami kurangan disebabkan pembayaran kewangan meningkat II Akaun Semasa merekodkan Akaun Modal dan Akaun Kewangan
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。