1 Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran? star A Memaksimumkan keuntungan B Mengurangkan masalah pembaziran C Memaksimumkan kepuasan pengguna D Memaksimumkan kebajikan masyarakat T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Pernyataan yang manakah benar tentang faktor pengeluaran? star A Modal merujuk kepada penawaran yang tidak terhad. B Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output C Tanah merupakan sumber alam semula jadi yang digunakan bagi tujuan menghasilkan barang D Usahawan adalah individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi. > Syarikat Kasih Squad Sdn Bhd mengeluarkan pakaian sukan sebanyak 100 helai bagi memenuhi permintaan pasaran. Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapakah hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa hendak dikeluarkan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Pernyataan yang manakah merujuk kepada persamaan penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi perancangan pusat? star A Kaedah pengeluaran menggunakan jentera B Barang kehendak dikeluarkan berdasarkan mekanisme harga C Kerajaan memastikan barang keperluan mencukupi untuk rakyat D Barangan yang dikeluarkan mengikut agihan pendapatan T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
5 Antara berikut yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pasaran ayam? star A Harga ikan menurun B Pendapatan individu meningkat C Perubahan dalam teknologi penternakan D Kerajaan menarik balik subsidi kepada penternak ayam T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
6 Keluk penawaran suatu barang beralih ke kanan disebabkan oleh? star A Berlaku kenaikan faktor pengeluaran B Harga dijangka naik pada masa hadapan C Peningkatan tingkat teknologi D Matlamat pengeluar untuk memaksimumkan untung. T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
7 Rajah 1 menunjukkan keseimbangan pasaran bagi barang ABC. Rajah 1 Apakah yang akan berlaku jika harga pasaran barang lebih tinggi dari RM10? star A Lebihan permintaan B Lebihan penawaran C Harga tidak berubah D Harga cenderung naik T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
8 Jika kerajaan mengetatkan syarat sewa beli kereta Alza, apakah yang akan berlaku? I Keluk penawaran kereta akan beralih ke kanan II Kuantiti keseimbangan kereta meningkat III Permintaan kereta akan menurun IV Harga keseimbangan kereta menurun star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
9 Jadual 1 berikut menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | 10 | 18 | | 12 | 16 | Jadual 1 Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM10 ke RM12? star A 0.56 B 1.33 C 1.80 D 2.50 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
10 Rajah 2 berkaitan dengan keanjalan harga permintaan. Rajah 2 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan rajah tersebut? star A Contoh barang adalah barang keperluan. B Pengguna responsif terhadap perubahan harga. C Apabila harga naik 10% kuantiti diminta turun 10%. D Nilai pekali keanjalan harga perminitaan kurang daripada 1. T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
11 Jadual 2 di bawah ini menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan. | Harga (RM) | Kuantiti ditawar (unit) | |---|---| | 2 | 8 | | 4 | S | Jadual 2 Jika harga meningkat dari RM2 ke RM4, berapakah nilai S jika keanjalan harga penawaran barang tersebut ialah 0.5? star A 10 unit B 12 unit C 16 unit D 24 unit T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
12 Apakah peranan yang dimainkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selaku jurubank kepada bank perdagangan? star A Menjaga rizab berkanun B Menyimpan dan mengurus akaun C Menguruskan kadar pertukaran asing D Menguruskan hutang bank perdagangan T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
13 Maklumat berikut berkaitan Syarikat Liyana Berhad. > Syarikat Liyana Berhad mempunyai hampir 5000 ribu tenaga kerja yang menjalankan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Pada setiap bulan, semua pekerja akan menerima upah yang dimasukkan terus ke akaun mereka. Ini memudahkan mereka menerima upah pada masa yang telah ditetapkan. Kemudahan manakah yang telah digunakan oleh majikan Syarikat Liyana Berhad? star A Draf bank B Debit langsung C Pindahan kredit D Perintah sedia ada T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
14 Pernyataan yang manakah betul berkaitan akaun semasa di bank perdagangan. star A Pulangan berkadar langsung dengan tempoh simpanan. B Ada had maksimum dalam pengeluaran C Mempunyai tempoh matang simpanan D Dikenakan caj perkhidmatan. T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
15 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pendapatan Encik Qayyum. - Seorang pesara - Isteri tidak bekerja - Mengusahakan kedai runcit - Menerima pulangan daripada individu yang menggunakan tanahnya Antara yang berikut, apakah jenis pendapatan produktif yang diterima oleh Encik Qayyum? I Upah II Untung III Sewa IV Pencen star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
16 Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian barangan secara kredit? star A Pengguna akan membayar pada harga yang lebih rendah B Berlaku peningkatan dalam taraf hidup pengguna C Menggalakkan pengguna berbelanja melebihi pendapatan D Pengguna menikmati diskaun harga yang lebih banyak T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
17 Rajah 3 menunjukkan sebahagian langkah penyedian belanjawan peribadi. Rajah 3 Apakah langkah X? star A Menabung baki pendapatan boleh guna B Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan. C Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib. D Memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan boleh guna. T4 Bab 3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi
18 Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi pengeluaran jangka pendek? star A Input tetap tidak berubah walaupun output bertambah B Input tetap berubah secara langsung dengan penambahan output C Input tetap dengan input berubah tidak digunakan pada output sifar D Input tetap dan input berubah akan ditambah untuk meningkatkan output T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
19 Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis kos pengeluaran. > Kos perlu ditanggung walaupun keluaran sifar > Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh kos tersebut? I Pembelian bahan mentah II perbelanjaan ke atas upah buruh III Pembiayaan jentera dan mesin IV Pembayaran premium insurans star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
20 Jadual 3 menunjukkan jumlah keluaran dan jumlah kos bagi firma Alexander Berhad. | Jumlah keluaran (unit) | 20 | 26 | |---|---|---| | Jumlah kos (RM) | 6 000 | 6 400 | Jadual 3 Berapakah kos sut pada keluaran ke 26? star A RM 66.66 B RM 186.04 C RM 195.34 D RM 200.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
21 Antara berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti? I Proses membuat keputusan yang rumit II Prosedur kerja yang ringkas dan fleksibel III Tenaga kerja yang mahir dan berkebolehan IV Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
22 Apakah kesan pelaksanaan subsidi oleh kerajaan dalam mengawal selia eksternaliti negatif? star A Menggalakkan penggunaan teknik pengeluaran berasaskan teknologi hijau B Menempatkan secara khusus kawasan perindustrian di kawasan tertentu C Menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan D Mengisytiharkan barang penggunaan sebagai barang kawalan T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
23 Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. > Harga input bagi pengeluaran perabot telah meningkat sebanyak 7% menyebabkan harga perabot di pasaran juga meningkat sebanyak 10%. Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan? star A Inflasi diimport B Inflasi tolakan kos C Inflasi bermusim D Inflasi tarikan permintaan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
24 Situasi yang manakah betul berkaitan cukai langsung yang diterima kerajaan? star A En. Azhar perlu membayar duti kerana membeli kenderaan yang diimport dari luar negara B Cik Masni perlu membelanjakan bayaran levi kerana menggunakan pembantu rumah dari Indonesia C En. Ali perlu membuat potongan bulanan kepada LHDN kerana gaji diterimanya melebihi nilai yang telah ditetapkan D En. Iskandar dikenakan denda oleh pihak berkuasa tempatan akibat tidak mempamerkan kupon tempat meletak kenderaan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
25 Maklumat di bawah menunjukkan satu contoh komponen perbelanjaan pembangunan. > Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membina rumah kediaman mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana seluruh negara. Apakah komponen perbelanjaan tersebut? star A Sektor keselamatan B Sektor pentadbiran am C Sektor perkhidmatan sosial D Sektor perkhidmatan ekonomi T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
26 Bank Negara Malaysia menurunkan kadar rizab tunai bank perdagangan. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap ekonomi negara? I Inflasi dapat dikawal II Jumlah permintaan barang akan jatuh III Keupayaan bank memberi pinjaman meningkat IV Penawaran wang dalam pasaran akan bertambah star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
27 Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi? star A Penambahan syarat permohonan visa B Infrastruktur pengangkutan yang kurang cekap C Peningkatan sekatan perdagangan antarabangsa D Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
28 Antara berikut, yang manakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa terhadap negara? I Peningkatan pelaburan asing II Meningkatkan peluang pekerjaan III Membolehkan industri muda berkembang dan bersaing IV Menambah aliran wang ke luar negara star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan
29 Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan Akaun Semasa Malaysia. > Imbangan Akaun Semasa Malaysia catat defisit RM26.1 bilion pada suku ketiga 2020. Pernyataan yang manakah betul tentang keadaan tersebut? star A Nilai ringgit cenderung turun B Kuantiti import dari luar negara berkurang C Permintaan ringgit melebihi penawaran ringgit D Aliran masuk wang dari dalam negara bertambah T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
30 Maklumat di bawah berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia. > Syarikat Putra Utama dari Malaysia menggunakan kapal terbang Garuda Indonesia untuk menghantar mesin ke China. Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan urusniaga tersebut? I Eksport barang nampak II Eksport barang tak nampak III Import barang nampak IV Import barang tak Nampak star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
31 Apakah kesan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan mengenakan tarif ke atas barang import? star A Harga barang import menjadi lebih murah B Permintaan barang import meningkat C Permintaan barang tempatan menurun D Harga barang tempatan relatif murah T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
32 Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan terhadap Ringgit Malaysia? star A Pelaburan syarikat Malaysia di Thailand B Ringgit Malaysia diramal meningkat C Pelajar melanjutkan pelajaran di New Zealand D Syarikat QC membeli mesin pengadun daripada negara Jepun T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
33 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD). | Mata wang | Harga belian (RM) | Harga jualan (RM) | |---|---|---| | USD 1 | 3.9690 | 4.2860 | Berapakah yang perlu dibayar oleh Encik Nasir jika beliau ingin membeli telefon pintar Iphone 12 yang berharga USD 999 melalui sebuah portal atas talian? star A RM 4281.71 B RM 3965.03 C RM 251.70 D RM 233.08 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
34 I Barang kehendak diperlukan untuk meneruskan kehidupan. II Isi rumah merupakan unit ekonomi bermotifkan keuntungan. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
35 I Apabila harga ayam naik menyebabkan permintaan terhadap daging akan naik kerana keduanya merupakan barang pengganti. II Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah positif star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
36 I Pengeluaran ialah proses menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. II Pengeluaran ialah suatu transformasi input kepada barang perantaraan atau barang akhir. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
37 I Kemudahan menggunakan cek di beri kepada pemegang akaun simpanan. II Draf Bank digunakan sebagai pembayaran dalam urus niaga atas arahan Adaripada pihak bank. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
38 I Inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam pasaran. II Inflasi akan menyebabkan peningkatan daya saing barang tempatan di pasaran global. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T5 Bab 1.2.2 Inflasi T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
39 I Belanjawan lebihan digunakan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi. II Masalah lebihan stok barangan berlaku semasa kemelesetan ekonomi. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
40 I Barang pengguna diimport untuk kegunaan pengguna akhir. II Import barang nampak ialah barang nyata yang dibeli oleh rakyat asing daripada Malaysia. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia