arrow_back

Sabah Trial 2025 Economics Kertas 1

1
Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran?
2
Pernyataan yang manakah benar tentang faktor pengeluaran?
3
Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi. > Syarikat Kasih Squad Sdn Bhd mengeluarkan pakaian sukan sebanyak 100 helai bagi memenuhi permintaan pasaran. Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapakah hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa hendak dikeluarkan
4
Pernyataan yang manakah merujuk kepada persamaan penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi perancangan pusat?
5
Antara berikut yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pasaran ayam?
6
Keluk penawaran suatu barang beralih ke kanan disebabkan oleh?
7
Rajah 1 menunjukkan keseimbangan pasaran bagi barang ABC. Rajah 1 Apakah yang akan berlaku jika harga pasaran barang lebih tinggi dari RM10?
8
Jika kerajaan mengetatkan syarat sewa beli kereta Alza, apakah yang akan berlaku? I Keluk penawaran kereta akan beralih ke kanan II Kuantiti keseimbangan kereta meningkat III Permintaan kereta akan menurun IV Harga keseimbangan kereta menurun
9
Jadual 1 berikut menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | 10 | 18 | | 12 | 16 | Jadual 1 Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM10 ke RM12?
10
Rajah 2 berkaitan dengan keanjalan harga permintaan. Rajah 2 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan rajah tersebut?
11
Jadual 2 di bawah ini menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan. | Harga (RM) | Kuantiti ditawar (unit) | |---|---| | 2 | 8 | | 4 | S | Jadual 2 Jika harga meningkat dari RM2 ke RM4, berapakah nilai S jika keanjalan harga penawaran barang tersebut ialah 0.5?
12
Apakah peranan yang dimainkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selaku jurubank kepada bank perdagangan?
13
Maklumat berikut berkaitan Syarikat Liyana Berhad. > Syarikat Liyana Berhad mempunyai hampir 5000 ribu tenaga kerja yang menjalankan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Pada setiap bulan, semua pekerja akan menerima upah yang dimasukkan terus ke akaun mereka. Ini memudahkan mereka menerima upah pada masa yang telah ditetapkan. Kemudahan manakah yang telah digunakan oleh majikan Syarikat Liyana Berhad?
14
Pernyataan yang manakah betul berkaitan akaun semasa di bank perdagangan.
15
Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pendapatan Encik Qayyum. - Seorang pesara - Isteri tidak bekerja - Mengusahakan kedai runcit - Menerima pulangan daripada individu yang menggunakan tanahnya Antara yang berikut, apakah jenis pendapatan produktif yang diterima oleh Encik Qayyum? I Upah II Untung III Sewa IV Pencen
16
Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian barangan secara kredit?
17
Rajah 3 menunjukkan sebahagian langkah penyedian belanjawan peribadi. Rajah 3 Apakah langkah X?
18
Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi pengeluaran jangka pendek?
19
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis kos pengeluaran. > Kos perlu ditanggung walaupun keluaran sifar > Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh kos tersebut? I Pembelian bahan mentah II perbelanjaan ke atas upah buruh III Pembiayaan jentera dan mesin IV Pembayaran premium insurans
20
Jadual 3 menunjukkan jumlah keluaran dan jumlah kos bagi firma Alexander Berhad. | Jumlah keluaran (unit) | 20 | 26 | |---|---|---| | Jumlah kos (RM) | 6 000 | 6 400 | Jadual 3 Berapakah kos sut pada keluaran ke 26?
21
Antara berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti? I Proses membuat keputusan yang rumit II Prosedur kerja yang ringkas dan fleksibel III Tenaga kerja yang mahir dan berkebolehan IV Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya
22
Apakah kesan pelaksanaan subsidi oleh kerajaan dalam mengawal selia eksternaliti negatif?
23
Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. > Harga input bagi pengeluaran perabot telah meningkat sebanyak 7% menyebabkan harga perabot di pasaran juga meningkat sebanyak 10%. Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?
24
Situasi yang manakah betul berkaitan cukai langsung yang diterima kerajaan?
25
Maklumat di bawah menunjukkan satu contoh komponen perbelanjaan pembangunan. > Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membina rumah kediaman mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana seluruh negara. Apakah komponen perbelanjaan tersebut?
26
Bank Negara Malaysia menurunkan kadar rizab tunai bank perdagangan. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap ekonomi negara? I Inflasi dapat dikawal II Jumlah permintaan barang akan jatuh III Keupayaan bank memberi pinjaman meningkat IV Penawaran wang dalam pasaran akan bertambah
27
Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?
28
Antara berikut, yang manakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa terhadap negara? I Peningkatan pelaburan asing II Meningkatkan peluang pekerjaan III Membolehkan industri muda berkembang dan bersaing IV Menambah aliran wang ke luar negara
29
Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan Akaun Semasa Malaysia. > Imbangan Akaun Semasa Malaysia catat defisit RM26.1 bilion pada suku ketiga 2020. Pernyataan yang manakah betul tentang keadaan tersebut?
30
Maklumat di bawah berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia. > Syarikat Putra Utama dari Malaysia menggunakan kapal terbang Garuda Indonesia untuk menghantar mesin ke China. Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan urusniaga tersebut? I Eksport barang nampak II Eksport barang tak nampak III Import barang nampak IV Import barang tak Nampak
31
Apakah kesan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan mengenakan tarif ke atas barang import?
32
Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan terhadap Ringgit Malaysia?
33
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD). | Mata wang | Harga belian (RM) | Harga jualan (RM) | |---|---|---| | USD 1 | 3.9690 | 4.2860 | Berapakah yang perlu dibayar oleh Encik Nasir jika beliau ingin membeli telefon pintar Iphone 12 yang berharga USD 999 melalui sebuah portal atas talian?
34
I Barang kehendak diperlukan untuk meneruskan kehidupan. II Isi rumah merupakan unit ekonomi bermotifkan keuntungan.
35
I Apabila harga ayam naik menyebabkan permintaan terhadap daging akan naik kerana keduanya merupakan barang pengganti. II Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah positif
36
I Pengeluaran ialah proses menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. II Pengeluaran ialah suatu transformasi input kepada barang perantaraan atau barang akhir.
37
I Kemudahan menggunakan cek di beri kepada pemegang akaun simpanan. II Draf Bank digunakan sebagai pembayaran dalam urus niaga atas arahan Adaripada pihak bank.
38
I Inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam pasaran. II Inflasi akan menyebabkan peningkatan daya saing barang tempatan di pasaran global.
39
I Belanjawan lebihan digunakan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi. II Masalah lebihan stok barangan berlaku semasa kemelesetan ekonomi.
40
I Barang pengguna diimport untuk kegunaan pengguna akhir. II Import barang nampak ialah barang nyata yang dibeli oleh rakyat asing daripada Malaysia.
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.