arrow_back

Melaka Trial 2024 Economics Kertas 1 · Set 2

1
Penyataan yang manakah betul berkaitan buruh?
2
Apakah tujuan Syarikat Kenangan Budi membuat pilihan dalam pengeluaran barangan?
3
Pasangan yang manakah betul berkaitan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP). | | Kedudukan titik KKP | Keterangan | |---|---|---| | A. | Dalam keluk | Pengeluaran tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek | | B. | Dalam keluk | Wujud masalah sumber ekonomi yang tidak mencukupi dalam pengeluaran | | C. | Di luar keluk | Berlaku masalah pengangguran dan pembaziran sumber dalam ekonomi | | D. | Di luar keluk | Kombinasi pengeluaran dapat dikeluarkan sekiranya berlaku peningkatan teknologi |
4
Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas yang dihadapi oleh Syarikat WSH Sdn Bhd. > Syarikat WSH Sdn Bhd. terletak di Ayer Keroh Melaka mengeluarkan pelbagai jenis coklat menggunakan 500 orang pekerja tempatan. Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat WSH Sdn Bhd? I Apa hendak dikeluarkan II Bagaimana hendak dikeluarkan III Berapa hendak dikeluarkan IV Untuk siapa hendak dikeluarkan
5
Bagaimanakah masalah "apa yang hendak dikeluarkan" diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran?
6
Rajah berikut merupakan keluk permintaan suatu barang. Pasangan manakah yang betul berkaitan rajah di atas? | Perubahan titik | Keterangan | |:----------------|:---------------------------------------------------| | A M ke R | Berlaku pengembangan permintaan | | B P ke N | Citarasa pengguna semakin meningkat | | C R ke P | Wujud peningkatan permintaan barang | | D N ke P | Jangkaan harga barang meningkat pada masa depan |
7
Apakah faktor yang menyebabkan berlaku peralihan keluk penawaran ke kanan?
8
Jadual berikut menunjukkan permintaan dan dan penawaran buah mangga di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (kg) | Kuantiti Ditawar (kg) | |:-----------|:----------------------|:----------------------| | 6 | 140 | 100 | | 7 | 130 | 120 | | 8 | 120 | 130 | | 9 | 110 | 140 | Pilih pasangan yang betul. | | Harga (RM) | Keadaan | |:---|:-----------|:-------------------------------------------------------| | A. | 6 | Merupakan dasar harga minimum ditetapkan oleh kerajaan | | B. | 7 | Harga cenderung naik untuk mencapai keseimbangan | | C. | 8 | Berlaku lebihan penawaran sebanyak 130 unit | | D. | 9 | Stok keluaran akan berkurang sebanyak 30 unit. |
9
Jadual berikut menunjukkan permintaan terhadap buah rambutan. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (kg) | |---|---| | 6 | 30 | | 12 | 10 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan buah rambutan jika harga naik dari RM6 ke RM 12?
10
Jadual berikut menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi barang A. | Peratus perubahan kuantiti diminta (%) | Peratus perubahan harga (%) | |---|---| | 60 | 25 | Pernyataan yang manakah betul tetantang barang tersebut?
11
Pernyataan yang manakah betul berkaitan jenis keanjalan harga penawaran yang anjal?
12
Maklumat di bawah berkaitan satu urusniaga dalam ekonomi. > Mat Kalis mengeluarkan wang tabungan sebanyak RM 500 untuk membuat bayaran bulanan motorsikal kepada Kedai Motor Suria Apakah fungsi wang yang berlaku dalam situasi di atas?
13
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis kemudahan pembayaran bank perdagangan. > Arahan daripada pemegang akaun tabungan untuk membuat bayaran caruman insurans setiap bulan pada tarikh yang telah ditetapkan Apakah kemudahan pembayaran yang berkaitan dengan maklumat di atas?
14
Jadual di bawah menunjukkan pendapatan Puan Amy pada bulan Januari 2024. | Butiran | RM | | :-------------------- | :--- | | Upah | 3000 | | Pemberian anak | 300 | | Sumbangan tunai rahmah | 700 | | Dividen saham | 300 | Berapakah pendapatan faktor tidak produktif Puan Amy pada bulan tersebut?
15
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri barang keperluan?
16
Apakah bentuk pelaburan yang mempunyai tahap pulangan dan tahap kecairan yang tinggi?
17
Gambar di bawah merupakan sejenis input yang digunakan dalam proses pengeluaran suatu barang. Mesin pengadun industri Pernyataan yang manakah betul berkaitan gambar di atas?
18
Jadual di bawah adalah berkaitan dengan kos pengeluaran sesuatu barang. | Keluaran (unit) | Kos Berubah (RM) | |---|---| | 20 | 220 | | 40 | 220 | | 60 | 340 | | 80 | 520 | Sekiranya kos tetap ialah RM 180, tingkat keluaran yang manakah mempunyai kos purata paling minimum?
19
Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos pengeluaran kek tapak Kuda Aida dalam tempoh sebulan. | Kos bahan mentah | RM10 000 | |---|---| | Upah buruh | RM4500 | | Bahan Api | RM2000 | | Sewa Kedai | RM1500 | Jika Aida berjaya menjual sebanyak 2000 biji kek tapak kuda pada harga RM15 sebiji, berapakah untung yang diperoleh dalam tempoh tersebut ?
20
Maklumat di bawah berkaitan satu projek yang dilakukan oleh Kerajaan > Projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kelantan. Apakah faedah sosial yang diperoleh dari projek di atas?
21
Apakah ciri monopoli semulajadi kerajaan?
22
Bagaimanakah kerajaan dapat mengawal eksternaliti negatif melalui undang-undang dan peraturan?
23
Pilih pasangan yang betul berkaitan jenis inflasi | | Jenis inflasi | Keterangan | |:--|:----------------------|:-----------------------------------------------------------------------------------| | A. | Inflasi tarikan permintaan | Peningkatan permintaan barangan Malaysia ekoran kejatuhan nilai Ringgit Malaysia | | B. | Inflasi tarikan permintaan | Peningkatan dasar gaji minimum oleh kerajaan | | C. | Inflasi tolakan kos | Proses penciptaan kredit yang meningkatkan bekalan wang | | D. | Inflasi tolakan kos | Perubahan harga di negara pengeksport yang mempengaruhi tingkat harga |
24
Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu masalah dalam ekonomi. > Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan Encik Saiful perlu jimat berbelanja dan mengelakkan dari melakukan hutang yang tidak diperlukan Pernyataan di atas merupakan kesan inflasi terhadap
25
Maklumat berikut adalah satu keadaan dalam ekonomi negara. > Pengangguran wujud pada kadar pengangguran yang sangat rendah iaitu dari 2% hingga 4% Keadaan yang manakah menyebabkan berlakunya jenis pengangguran di atas?
26
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan. > Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar pembangunan ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber: Astro Awani Antara yang berikut, pernyataan yang manakah betul dengan tindakan tersebut? I Melaksanakan projek pembangunan sosial II Pertambahan kos sara hidup III Peningkatan permintaan agregat IV Memperkenalkan cukai baharu dalam ekonomi
27
Apakah cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada pihak lain?
28
Pasangan manakah yang betul tentang perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan? | | Perbelanjaan Mengurus | Perbelanjaan Pembangunan | |:---|:---|:---| | A. | Untuk meningkatkan pembentukan modal insan | Untuk urusan pentadbiran berjalan lancar | | B. | Perbelanjaan semasa yang berulang | Perbelanjaan yang dilakukan sekali sahaja | | C. | Bekalan dan perkhidmatan | Perkhidmatan sosial | | D. | Tidak dipengaruhi tingkat pendapatan negara | Dipengaruhi tingkat pendapatan negara |
29
Pernyataan yang manakah betul mengenai dasar kewangan mengembang ?
30
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kewangan dilaksanakan oleh Bank Negara. > Bank Negara naikkan OPR kepada tiga peratus. > Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ketiganya tahun ini. Sumber: Malaysiakini.com,12 Mei 2022 Apakah kesan tindakan di atas ke atas objektif makroekonomi? I Guna tenaga penuh tercapai II Pertumbuhan ekonomi akan berkembang pesat III Aliran masuk wang ke dalam negara akan bertambah IV Kestabilan harga barang dalam pasaran akan terlaksana
31
Apakah kepentingan perdagangan antarabangsa? I Pelaburan asing meningkat II Kadar pengangguran berkurang III Mengekalkan sumber semulajadi IV Memelihara keistimewaan budaya masyarakat
32
Maklumat dibawah merujuk kepada jenis sekatan perdagangan | Cukai yang dikenakan mengikut nilai barang yang diimport | Apakah bentuk sekatan perdagangan di atas?
33
Pernyataan yang manakah betul tentang perlaksanaan tarif dalam perdagangan antarabangsa.
34
Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. > Encik Wee sekeluarga dari China melancong ke Melaka. Mereka menginap di sebuah hotel di Bandar Melaka. Sebelum pulang, beliau telah membeli pelbagai cenderamata untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Apakah bentuk komposisi dagangan yang terlibat di atas? I Import nampak II Import tak nampak III Eksport nampak IV Eksport tak nampak
35
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura. | Mata wang | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---| | 1 Dolar Singapura (SGD) | 3.1269 | 3.2078 | Encik Ramli, seorang pelancong dari Singapura ingin menukarkan SGD 6800 kepada Ringgit Malaysia. Hitung jumlah Ringgit Malaysia yang akan diterima oleh Encik Ramli.
36
I Keluk penawaran dibentuk akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan II Keluk penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dengan perbelanjaan pengeluar
37
I Keanjalan harga penawaran mengukur respons tindakbalas harga ke atas jumlah hasil pengeluar II Keanjalan harga penawaran ditafsirkan anjal kerana pekali keanjalan melebihi satu
38
I Penyediaan belanjawan peribadi dapat mengelakkan masalah inflasi II Inflasi akan menyebabkan kuasa beli pengguna akan meningkat
39
I Dasar fiskal mengembang digunakan semasa ekonomi mengalami inflasi II Dasar fiskal mengembang melibatkan peningkatan perbelanjaan kerajaan
40
I Globalisasi merupakan suatu proses interaksi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara II Globalisasi melibatkan pasaran baharu dan peserta baharu yang tiada dalam pasaran sedia ada
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。