1 Penyataan yang manakah betul berkaitan buruh? star A Mempunyai daya mobiliti tempat yang tinggi B Ganjaran yang diterima adalah faedah dalam pengeluaran C Perlu menanggung risiko dan ketidakpastian dalam pengeluaran barangan D Berperanan merancang pengeluaran menggunakan sumber ekonomi sedia ada T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
2 Apakah tujuan Syarikat Kenangan Budi membuat pilihan dalam pengeluaran barangan? star A Memenuhi kehendak manusia yang pelbagai B Mengelakkan masalah pembaziran dan ketirisan C Meminimumkan kos pengeluaran sesuatu keluaran D Memaksimumkan kepuasan dan keinginan pelanggan T4 Bab 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos, dan Hasil
3 Pasangan yang manakah betul berkaitan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP). | | Kedudukan titik KKP | Keterangan | |---|---|---| | A. | Dalam keluk | Pengeluaran tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek | | B. | Dalam keluk | Wujud masalah sumber ekonomi yang tidak mencukupi dalam pengeluaran | | C. | Di luar keluk | Berlaku masalah pengangguran dan pembaziran sumber dalam ekonomi | | D. | Di luar keluk | Kombinasi pengeluaran dapat dikeluarkan sekiranya berlaku peningkatan teknologi | star A Dalam keluk | Pengeluaran tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek B Dalam keluk | Wujud masalah sumber ekonomi yang tidak mencukupi dalam pengeluaran C Di luar keluk | Berlaku masalah pengangguran dan pembaziran sumber dalam ekonomi D Di luar keluk | Kombinasi pengeluaran dapat dikeluarkan sekiranya berlaku peningkatan teknologi T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas yang dihadapi oleh Syarikat WSH Sdn Bhd. > Syarikat WSH Sdn Bhd. terletak di Ayer Keroh Melaka mengeluarkan pelbagai jenis coklat menggunakan 500 orang pekerja tempatan. Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat WSH Sdn Bhd? I Apa hendak dikeluarkan II Bagaimana hendak dikeluarkan III Berapa hendak dikeluarkan IV Untuk siapa hendak dikeluarkan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
5 Bagaimanakah masalah "apa yang hendak dikeluarkan" diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran? star A Kerajaan mengeluarkan barang mengikut permintaan masyarakat dan kehendak pihak swasta B Kerajaan mengawal pengeluaran barang dengan cara mengenakan cukai terhadap pihak swasta C Pihak swasta mengeluarkan barang mengikut mekanisme pasaran dan kerajaan mengikut keperluan masyarakat D Pihak swasta menyasarkan keluaran barang mengikut kuasa beli manakala kerajaan mengagihkan barang untuk semua rakyat. T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
6 Rajah berikut merupakan keluk permintaan suatu barang. Pasangan manakah yang betul berkaitan rajah di atas? | Perubahan titik | Keterangan | |:----------------|:---------------------------------------------------| | A M ke R | Berlaku pengembangan permintaan | | B P ke N | Citarasa pengguna semakin meningkat | | C R ke P | Wujud peningkatan permintaan barang | | D N ke P | Jangkaan harga barang meningkat pada masa depan | star A M ke R | Berlaku pengembangan permintaan B P ke N | Citarasa pengguna semakin meningkat C R ke P | Wujud peningkatan permintaan barang D N ke P | Jangkaan harga barang meningkat pada masa depan T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Apakah faktor yang menyebabkan berlaku peralihan keluk penawaran ke kanan? star A Kenaikan cukai ke atas barang B Pemberian subsidi oleh kerajaan C Firma ingin memaksimumkan keuntungan D Harga barang dijangka meningkat pada bulan depan T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
8 Jadual berikut menunjukkan permintaan dan dan penawaran buah mangga di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (kg) | Kuantiti Ditawar (kg) | |:-----------|:----------------------|:----------------------| | 6 | 140 | 100 | | 7 | 130 | 120 | | 8 | 120 | 130 | | 9 | 110 | 140 | Pilih pasangan yang betul. | | Harga (RM) | Keadaan | |:---|:-----------|:-------------------------------------------------------| | A. | 6 | Merupakan dasar harga minimum ditetapkan oleh kerajaan | | B. | 7 | Harga cenderung naik untuk mencapai keseimbangan | | C. | 8 | Berlaku lebihan penawaran sebanyak 130 unit | | D. | 9 | Stok keluaran akan berkurang sebanyak 30 unit. | star A 6 | Merupakan dasar harga minimum ditetapkan oleh kerajaan B 7 | Harga cenderung naik untuk mencapai keseimbangan C 8 | Berlaku lebihan penawaran sebanyak 130 unit D 9 | Stok keluaran akan berkurang sebanyak 30 unit. T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
9 Jadual berikut menunjukkan permintaan terhadap buah rambutan. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (kg) | |---|---| | 6 | 30 | | 12 | 10 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan buah rambutan jika harga naik dari RM6 ke RM 12? star A 0.67 B 0.81 C 1.22 D 1.50 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
10 Jadual berikut menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi barang A. | Peratus perubahan kuantiti diminta (%) | Peratus perubahan harga (%) | |---|---| | 60 | 25 | Pernyataan yang manakah betul tetantang barang tersebut? star A Strategi pengeluar meningkatkan harga dapat meningkatkan jumlah hasil B Firma menanggung cukai lebih kecil berbanding dengan pengguna C Bilangan barang pengganti dalam pasaran banyak D Contoh barang A yang dikeluarkan adalah beras T4 Bab 2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
11 Pernyataan yang manakah betul berkaitan jenis keanjalan harga penawaran yang anjal? star A Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti B Contoh keluaran adalah barang-barang pertanian C Tambahan kos yang diperlukan adalah besar D Bentuk keluk penawaran yang landai T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
12 Maklumat di bawah berkaitan satu urusniaga dalam ekonomi. > Mat Kalis mengeluarkan wang tabungan sebanyak RM 500 untuk membuat bayaran bulanan motorsikal kepada Kedai Motor Suria Apakah fungsi wang yang berlaku dalam situasi di atas? star A Alat ukuran nilai B Alat simpanan nilai C Alat bayaran tertunda D Alat perantaraan pertukaran T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
13 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis kemudahan pembayaran bank perdagangan. > Arahan daripada pemegang akaun tabungan untuk membuat bayaran caruman insurans setiap bulan pada tarikh yang telah ditetapkan Apakah kemudahan pembayaran yang berkaitan dengan maklumat di atas? star A Draf bank B Debit langsung C Pindahan kredit D Perintah sedia ada T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
14 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan Puan Amy pada bulan Januari 2024. | Butiran | RM | | :-------------------- | :--- | | Upah | 3000 | | Pemberian anak | 300 | | Sumbangan tunai rahmah | 700 | | Dividen saham | 300 | Berapakah pendapatan faktor tidak produktif Puan Amy pada bulan tersebut? star A RM 3 300 B RM 3 000 C RM 1 300 D RM 1 000 T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
15 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri barang keperluan? star A Pengguna mempunyai pilihan barang B Dipengaruhi oleh saiz pendapatan individu C Dimiliki untuk keselesaan kehidupan harian D Perlaksanaan dasar kawalan harga maksimum T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
16 Apakah bentuk pelaburan yang mempunyai tahap pulangan dan tahap kecairan yang tinggi? star A Saham syarikat B Logam berharga C Unit Amanah Saham D Urusniaga pertukaran asing T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
17 Gambar di bawah merupakan sejenis input yang digunakan dalam proses pengeluaran suatu barang. Mesin pengadun industri Pernyataan yang manakah betul berkaitan gambar di atas? star A Wujud dalam jangka masa panjang sahaja B Ada pada tingkat pengeluaran adalah sifar C Kuantiti input berkadar langsung dengan keluaran D Pembayaran ke atas input merupakan kos berubah. T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
18 Jadual di bawah adalah berkaitan dengan kos pengeluaran sesuatu barang. | Keluaran (unit) | Kos Berubah (RM) | |---|---| | 20 | 220 | | 40 | 220 | | 60 | 340 | | 80 | 520 | Sekiranya kos tetap ialah RM 180, tingkat keluaran yang manakah mempunyai kos purata paling minimum? star A 20 unit B 40 unit C 60 unit D 80 unit T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
19 Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos pengeluaran kek tapak Kuda Aida dalam tempoh sebulan. | Kos bahan mentah | RM10 000 | |---|---| | Upah buruh | RM4500 | | Bahan Api | RM2000 | | Sewa Kedai | RM1500 | Jika Aida berjaya menjual sebanyak 2000 biji kek tapak kuda pada harga RM15 sebiji, berapakah untung yang diperoleh dalam tempoh tersebut ? star A RM 12 000 B RM 13 500 C RM 28 500 D RM 30 000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
20 Maklumat di bawah berkaitan satu projek yang dilakukan oleh Kerajaan > Projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kelantan. Apakah faedah sosial yang diperoleh dari projek di atas? star A Menjimatkan masa pengguna yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan B Menjalankan perniagaan dalam pusat perniagaan di kawasan projek C Mewujudkan bandar baharu di sekitar kawasan projek yang dijalankan D Meningkatkan persaingan perkhidmatan antara syarikat penerbangan domestik T4 Bab 4.2.3 Eksternaliti
21 Apakah ciri monopoli semulajadi kerajaan? star A Kemasukkan firma dalam pasaran mudah dilakukan B Barang yang dikeluarkan mempunyai pengganti sempurna C Modal diperlukan dalam pengeluaran barang adalah tinggi D Harga ditentukan mekanisme harga bagi menjamin kebajikan pengguna T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
22 Bagaimanakah kerajaan dapat mengawal eksternaliti negatif melalui undang-undang dan peraturan? star A Potongan duti jualan terhadap peralatan mesra alam B Penetapan Zon Kawasan Perindustrian C Penguatkuasaan Akta Pencatutan D Perlaksanaan cukai karbon T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
23 Pilih pasangan yang betul berkaitan jenis inflasi | | Jenis inflasi | Keterangan | |:--|:----------------------|:-----------------------------------------------------------------------------------| | A. | Inflasi tarikan permintaan | Peningkatan permintaan barangan Malaysia ekoran kejatuhan nilai Ringgit Malaysia | | B. | Inflasi tarikan permintaan | Peningkatan dasar gaji minimum oleh kerajaan | | C. | Inflasi tolakan kos | Proses penciptaan kredit yang meningkatkan bekalan wang | | D. | Inflasi tolakan kos | Perubahan harga di negara pengeksport yang mempengaruhi tingkat harga | star A Inflasi tarikan permintaan | Peningkatan permintaan barangan Malaysia ekoran kejatuhan nilai Ringgit Malaysia B Inflasi tarikan permintaan | Peningkatan dasar gaji minimum oleh kerajaan C Inflasi tolakan kos | Proses penciptaan kredit yang meningkatkan bekalan wang D Inflasi tolakan kos | Perubahan harga di negara pengeksport yang mempengaruhi tingkat harga T5 Bab 1.2.2 Inflasi
24 Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu masalah dalam ekonomi. > Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan Encik Saiful perlu jimat berbelanja dan mengelakkan dari melakukan hutang yang tidak diperlukan Pernyataan di atas merupakan kesan inflasi terhadap star A tabungan B pendapatan C harga barang D kadar faedah T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
25 Maklumat berikut adalah satu keadaan dalam ekonomi negara. > Pengangguran wujud pada kadar pengangguran yang sangat rendah iaitu dari 2% hingga 4% Keadaan yang manakah menyebabkan berlakunya jenis pengangguran di atas? star A Masalah kemelesetan ekonomi seluruh dunia B Ketiadaan maklumat yang tepat tentang peluang pekerjaan C Perkembangan kegiatan ekonomi dalam sektor yang berbeza D Harga komuditi yang tidak stabil mengalihkan ke bidang ekonomi berlainan T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
26 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan. > Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar pembangunan ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber: Astro Awani Antara yang berikut, pernyataan yang manakah betul dengan tindakan tersebut? I Melaksanakan projek pembangunan sosial II Pertambahan kos sara hidup III Peningkatan permintaan agregat IV Memperkenalkan cukai baharu dalam ekonomi star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
27 Apakah cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada pihak lain? star A Duti setem B Cukai pintu C Duti eksport D Cukai pendapatan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
28 Pasangan manakah yang betul tentang perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan? | | Perbelanjaan Mengurus | Perbelanjaan Pembangunan | |:---|:---|:---| | A. | Untuk meningkatkan pembentukan modal insan | Untuk urusan pentadbiran berjalan lancar | | B. | Perbelanjaan semasa yang berulang | Perbelanjaan yang dilakukan sekali sahaja | | C. | Bekalan dan perkhidmatan | Perkhidmatan sosial | | D. | Tidak dipengaruhi tingkat pendapatan negara | Dipengaruhi tingkat pendapatan negara | star A Untuk meningkatkan pembentukan modal insan | Untuk urusan pentadbiran berjalan lancar B Perbelanjaan semasa yang berulang | Perbelanjaan yang dilakukan sekali sahaja C Bekalan dan perkhidmatan | Perkhidmatan sosial D Tidak dipengaruhi tingkat pendapatan negara | Dipengaruhi tingkat pendapatan negara T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
29 Pernyataan yang manakah betul mengenai dasar kewangan mengembang ? star A Bertujuan untuk mengatasi keadaan inflasi B Bertujuan menambahkan bekalan wang dalam pasaran C Bank Pusat akan meningkatkan nisbah rizab berkanun D Bank perdagangan menyimpan lebih banyak wang di Bank Pusat T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan
30 Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kewangan dilaksanakan oleh Bank Negara. > Bank Negara naikkan OPR kepada tiga peratus. > Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ketiganya tahun ini. Sumber: Malaysiakini.com,12 Mei 2022 Apakah kesan tindakan di atas ke atas objektif makroekonomi? I Guna tenaga penuh tercapai II Pertumbuhan ekonomi akan berkembang pesat III Aliran masuk wang ke dalam negara akan bertambah IV Kestabilan harga barang dalam pasaran akan terlaksana star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
31 Apakah kepentingan perdagangan antarabangsa? I Pelaburan asing meningkat II Kadar pengangguran berkurang III Mengekalkan sumber semulajadi IV Memelihara keistimewaan budaya masyarakat star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
32 Maklumat dibawah merujuk kepada jenis sekatan perdagangan | Cukai yang dikenakan mengikut nilai barang yang diimport | Apakah bentuk sekatan perdagangan di atas? star A Kouta B Tarif spesifik C Tarif ad valorem D Kawalan pertukaran asing T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
33 Pernyataan yang manakah betul tentang perlaksanaan tarif dalam perdagangan antarabangsa. star A Firma asing dapat mengawal ketidakcekapan dalam pengeluaran B Menghadkan kuantiti barang import yang dapat dibawa masuk C Kerajaan memperoleh hasil bukan cukai yang tinggi D Pengeluaran firma tempatan akan meningkat T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
34 Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. > Encik Wee sekeluarga dari China melancong ke Melaka. Mereka menginap di sebuah hotel di Bandar Melaka. Sebelum pulang, beliau telah membeli pelbagai cenderamata untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Apakah bentuk komposisi dagangan yang terlibat di atas? I Import nampak II Import tak nampak III Eksport nampak IV Eksport tak nampak star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
35 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura. | Mata wang | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---| | 1 Dolar Singapura (SGD) | 3.1269 | 3.2078 | Encik Ramli, seorang pelancong dari Singapura ingin menukarkan SGD 6800 kepada Ringgit Malaysia. Hitung jumlah Ringgit Malaysia yang akan diterima oleh Encik Ramli. star A SGD 2 119.83 B SGD 2 174.68 C SGD 21 262.92 D SGD 21 813.04 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
36 I Keluk penawaran dibentuk akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan II Keluk penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dengan perbelanjaan pengeluar star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
37 I Keanjalan harga penawaran mengukur respons tindakbalas harga ke atas jumlah hasil pengeluar II Keanjalan harga penawaran ditafsirkan anjal kerana pekali keanjalan melebihi satu star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
38 I Penyediaan belanjawan peribadi dapat mengelakkan masalah inflasi II Inflasi akan menyebabkan kuasa beli pengguna akan meningkat star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
39 I Dasar fiskal mengembang digunakan semasa ekonomi mengalami inflasi II Dasar fiskal mengembang melibatkan peningkatan perbelanjaan kerajaan star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
40 I Globalisasi merupakan suatu proses interaksi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara II Globalisasi melibatkan pasaran baharu dan peserta baharu yang tiada dalam pasaran sedia ada star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.1.1 Globalisasi