a
4 marks
Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan faktor pengeluaran dalam ekonomi.
Bezakan antara Gambar 1 dan Gambar 2.
b
4 marks
Jelaskan **empat** peranan kerajaan dalam Sistem Ekonomi Campuran.
Jadual 1 di bawah berkaitan kombinasi pengeluaran pakaian dan jam tangan.
| Kombinasi Pengeluaran | Pakaian (ribu helai) | Jam Tangan (ribu utas) |
|---|---|---|
| P | 22 | 0 |
| Q | 21 | 5 |
| R | 19 | 10 |
| S | 15 | 15 |
| T | 0 | 20 |
Jadual 1
c(i)
4 marks
Berdasarkan Jadual 1, lukis keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) pada kertas graf yang disediakan. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, titik asalan dan skala, titik-titik kombinasi yang diplot dan bentuk keluk yang dilukis.)*
c(ii)
2 marks
Jelaskan situasi yang berlaku sekiranya kombinasi pengeluaran adalah 10 ribu helai pakaian dan 15 ribu utas jam tangan.
d
6 marks
Maklumat di bawah menunjukkan permintaan terhadap kereta Proton X50 di Malaysia pada bulan Januari dan bulan Februari 2023.
| Harga | Kuantiti (unit) Januari | Kuantiti (unit) Februari |
|---|---|---|
| RM 88 000 | 20 000 | 30 000 |
Terangkan tiga penentu permintaan yang mempengaruhi permintaan terhadap kereta itu.


