a
5 marks
Perbualan berikut antara Puan Alinah dan anaknya di sebuah pasar raya.
> **Siti :** Wah, cantiknya kasut sukan dengan beg sekolah di sini! Mak, Siti nak beli kasut sukan dengan beg sekolah lah.
>
> **Ibu :** Tak bolehlah Siti. Mak tak cukup duit. Kalau macam tu, Siti beli kasut sukan jelah. Minggu depan Siti nak sukan.
Mengapakah Puan Alinah bertindak sedemikian?
Maklumat berikut berkaitan satu sistem ekonomi.
- Kerajaan campur tangan dalam penentuan harga
- Pengguna bebas membuat pilihan barang
b(i)
1 marks
Tentukan jenis sistem ekonomi tersebut.
Bagaimanakah sistem ekonomi tersebut menentukan perkara berikut?
b(ii)(a)
2 marks
Jenis barang
b(ii)(b)
2 marks
Kaedah pengeluaran
Berikut adalah perubahan kuantiti diminta bagi sejenis kemeja-T.
| Jan | Feb | Mac |
|---|---|---|
| 100 | 150 | 250 |
c(i)
4 marks
Binakan jadual permintaan kemeja-T.
c(ii)
3 marks
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan kemeja-T. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, skala, titik-titik yang diplot, serta keluk yang dilukis dan labelnya.)*
d
3 marks
Maklumat berikut berkaitan nilai keanjalan harga satu barang.
| Nilai keanjalan barang A |
|---|
| 0.6 |
Wajarkah pengeluar menaikkan harga barang A?


