a
3 marks
Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah ekonomi.
Jelaskan keadaan kombinasi pengeluaran di titik B.
b
5 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu peranan kerajaan dalam satu sistem ekonomi.
> **KUALA LUMPUR** – Campur tangan kerajaan menerusi subsidi dan kawalan harga telah membantu mengekang inflasi di Malaysia yang tanpanya negara mungkin mencatatkan angka lebih tinggi berbanding inflasi keseluruhan 4.4 peratus pada Julai, kata ahli-ahli ekonomi.
>
> (Sumber diubah suai: https://www.astroawani.com/berita-bisnes, 30 Ogos 2022)
Mengapa kerajaan mengambil tindakan tersebut?
c
6 marks
Jadual 1 menunjukkan penawaran terhadap beg galas.
| Harga (RM) | Kuantiti Ditawar (unit) Firma A | Kuantiti Ditawar (unit) Firma B |
|---|---|---|
| 10 | 20 | 10 |
| 30 | 35 | 25 |
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk penawaran pasaran dan jelaskan pembentukannya. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi, label dan skalanya, titik-titik yang diplot, keluk-keluk yang dilukis dan labelnya)*
d
6 marks
Jadual 2 menunjukkan perubahan kuantiti diminta bagi suatu jenis barang.
| Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) |
|---|---|
| 15 | 90 |
| 25 | 60 |
Firma wajar menaikkan harga barang dari RM15 ke RM25 untuk meningkatkan jumlah hasilnya. Buktikan.


