Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis faktor pengeluaran.
| Faktor pengeluaran | Keterangan |
|---|---|
| A | Mempunyai mobiliti kegunaan |
| B | Melancarkan proses pengeluaran barangan |
a(i)
2 marks
Kenal pasti A dan B.
a(ii)
4 marks
Jelaskan ciri lain bagi kedua-duanya.
b
3 marks
Bagaimanakah ekonomi Islam menjadi sebahagian sistem hidup masyarakat?
c
3 marks
Maklumat berikut menunjukkan kos yang ditanggung oleh firma Zara untuk mengeluarkan dua jenis barang.
| Minyak wangi | Pewangi kereta |
|---|---|
| RM360 000 | RM330 000 |
Bagaimanakah firma tersebut menyelesaikan masalah ekonomi jika mempunyai modal sebanyak RM500 000?
d
4 marks
Jadual berikut berkaitan dengan penawaran dua buah firma dalam pasaran.
| Harga (RM) | Penawaran pasaran (unit): Firma Y | Penawaran pasaran (unit): Firma W |
|---|---|---|
| 6 | 300 | 700 |
| 8 | 500 | 1 000 |
| 10 | 600 | 1 200 |
Jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran.
e
4 marks
Rajah berikut berkaitan dengan permintaan suatu barang.
Jelaskan strategi firma untuk memaksimumkan jumlah hasil barang tersebut.


