a
6 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor pengeluaran.
> Encik Rahman menceburi diri dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana. Beliau mengusahakan perusahaan membuat keropok ikan dengan mengupah tujuh orang pekerja.
Bandingkan faktor pengeluaran berdasarkan pernyataan di atas.
b
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem ekonomi.
| Negara X |
|---|
| Pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran dan kerajaan hanya menetapkan undang-undang yang perlu diikuti oleh pihak swasta. |
Jelaskan kelemahan sistem ekonomi di atas.
Jadual 1 di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran burger pada pelbagai tingkat harga.
| Harga (RM) | Kuantiti Diminta (unit) | Kuantiti Ditawar (Unit) |
|---|---|---|
| 2 | 40 | 30 |
| 3 | 30 | 40 |
| 4 | 20 | 50 |
Jadual 1
c(i)
4 marks
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk keseimbangan pasaran barang di atas. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya serta skala, titik-titik yang diplot bagi setiap keluk, keluk yang dilukis dan labelnya, titik keseimbangan)*
c(ii)
2 marks
Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pada c(i).
d
4 marks
Jadual 2 di bawah berkaitan dengan permintaan Barang X.
| Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) |
|---|---|
| 50 | 100 |
| 30 | 180 |
Jadual 2
Terangkan penentu yang mempengaruhi keanjalan permintaan barang X apabila harga merosot dari RM50 ke RM30.


