Maklumat berikut berkaitan dengan faktor pengeluaran dan masalah asas ekonomi.
> Encik Ariffin merupakan penternak kambing di daerah Setiu. Dia mengusahakan ternakan kambing dengan bantuan 3 orang pekerja.
a(i)
4 marks
Bezakan faktor pengeluaran tersebut.
a(ii)
2 marks
Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem ekonomi bagi Negara X dan Negara Y.
| Negara X | Negara Y |
|---|---|
| Kerajaan membuat semua keputusan ekonomi | Firma dan isi rumah bebas membuat keputusan ekonomi dengan kawalan kerajaan |
b(i)
2 marks
Jelaskan persamaan peranan kerajaan dalam sistem ekonomi tersebut.
b(ii)
2 marks
Negara X mempraktikkan unsur kebajikan lebih menyeluruh berbanding Negara Y. Beri alasan anda.
c
6 marks
Maklumat berikut berkaitan inisiatif kerajaan untuk kakitangan awam.
> Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada semua pesara kerajaan menjelang hari perayaan Aidilfitri.
Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan inisiatif tersebut terhadap permintaan barang. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, titik asalan, keluk yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditanda, peralihan keluk dan arah anak panah)*
Jadual 1 menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi baju kemeja.
| Harga (RM) | Kuantiti permintaan (unit): Haris | Kuantiti permintaan (unit): Syafiq | Kuantiti penawaran (unit) |
|---|---|---|---|
| 5 | 140 | 130 | 100 |
| 10 | 125 | 120 | 125 |
| 15 | 75 | 55 | 130 |
| 20 | 60 | 40 | 150 |
Jadual 1
d(i)
2 marks
Berdasarkan jadual, tentukan harga dan kuantiti keseimbangan bagi baju kemeja.
d(ii)
2 marks
Jelaskan keadaan pasaran pada harga RM20.


