Gambar 1 dan gambar 2 merujuk kepada sumber ekonomi.
Bezakan sumber ekonomi tersebut.
4 marks
b
Bagaimanakah negara Malaysia menentukan kuantiti barang yang dikeluarkan dan teknik pengeluaran yang digunakan.
4 marks
c
Dengan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan hukum penawaran bagi sesuatu barang. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: jadual atau keluk yang dilukis, paksi / lajur dan labelnya, tingkat harga dan kuantiti yang ditunjukkan)*
5 marks
Jadual 1 menunjukkan 2 jenis barang yang diminta oleh individu.
| Barang M | Barang N |
|---|---|
| Ed > 1 | Ed < 1 |
Jadual 1
d(i)
Jelaskan keanjalan harga permintaan bagi kedua-dua barang tersebut.
4 marks
d(ii)
Jelaskan faktor keanjalan harga permintaan bagi barang N.
3 marks
220 marks
a
Bagaimanakah bank pusat menguruskan hutang negara?
4 marks
b
Gambar 3 menunjukkan kemudahan kaedah pembayaran untuk pembelian suatu barang dan perkhidmatan.
Mengapakah kaedah pembayaran tersebut menjadi pilihan pengguna.
Pada buruh ke berapakah berlakunya tahap pengeluaran yang paling cekap.
Jelaskan.
4 marks
d
Gambar 4 menunjukkan satu projek yang dilaksanakan di negeri Perlis.
Jelaskan konsep faedah sosial yang diperolehi berdasarkan gambar tersebut.
6 marks
320 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan.
a(i)
Rajah 1
Jelaskan bagaimana kerajaan menggunakan undang-undang dan peraturan untuk mengatasi perkara berikut:
Mengawal eksploitasi pengguna.
2 marks
a(ii)
Mengawal kesan eksternaliti negatif.
2 marks
b
Jelaskan bentuk belanjawan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan semasa berlakunya kemelesetan ekonomi.
4 marks
Jadual berikut menunjukkan kadar pertukaran asing.
**TUKARAN WANG ASING | 2 JANUARI 2024**
| Mata wang | Beli (RM) | Jual (RM) |
|---|---|---|
| 1 USD | 4.57 | 4.60 |
| 1 SGD | 3.45 | 3.49 |
Jadual 3
Encik Fauzi merupakan pemilik sebuah firma yang menjalankan perniagaan import dan eksport.
Beliau telah mengimport sebuah mesin bernilai RM150 000 dari Amerika Syarikat.
c(i)
Berapakah jumlah mata wang Dolar Amerika yang diperlukan oleh Encik Fauzi untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Amerika Syarikat?
2 marks
c(ii)
Jika sebuah firma dari Singapura telah mengimport mesin tersebut dengan nilai SGD82 000 dari Encik Fauzi, berapakah jumlah mata wang Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada Encik Fauzi?
2 marks
c(iii)
Berapakah nilai keuntungan atau kerugian yang diperolehi oleh Encik Fauzi?
2 marks
d
Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 4Chosen 0/2
420 marks
Info grafik berikut berkaitan dengan bantuan kerajaan.
> Kelayakan 2025 — MALAYSIA MADANI
>
> **SEMAKAN KELAYAKAN**
>
> **BANTUAN SARA E-KASIH 2025**
>
> **RM100 SETIAP BULAN**
>
> SEMAKANBANTUAN.MY
Gambar 5
a
Bagaimanakah pendapatan tersebut dapat digunakan dalam perbelanjaan pengguna.
4 marks
b
Jelaskan kesan pemberian bantuan tersebut ke atas pasaran barang dan perkhidmatan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan: paksi dan labelnya, tingkat harga dan kuantiti yang ditanda, keluk yang dilukis dan labelnya, titik keseimbangan, peralihan keluk dan arah anak panah.)*
7 marks
c
Pemberian bantuan tersebut memberi kesan kepada firma.
Bincangkan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
520 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi guna tenaga di Malaysia.
> **Jumlah penganggur di Malaysia terus catat penurunan**
>
> PUTRAJAYA: Bilangan penganggur di Malaysia pada Julai 2024 terus berkurangan sebanyak 0.3 peratus kepada 563,700 ribu orang berbanding 565,300 orang yang direkodkan pada bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
>
> Sektor perkhidmatan terus merekodkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan & minuman, perdagangan borong & runcit serta pengangkutan & penyimpanan.
>
> Mohd Uzir berkata, landskap pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berkembang, terutamanya disokong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, pasaran buruh yang terus positif dan sokongan dasar yang lebih besar, begitu juga peningkatan eksport barangan dan ketibaan pelancong yang lebih tinggi, serta pengembangan kukuh dalam aktiviti pelaburan.
>
> (Diubah suai: https://www.bharian.com.my/bisnes/)
a
Mengapakah rakyat memilih untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan.
5 marks
b
Kadar pengangguran yang rendah membantu kerajaan mencapai objektif makroekonomi.
Kemukakan hujah anda.
6 marks
c
Jelaskan kesan penurunan pengangguran ke atas pertumbuhan ekonomi. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu situasi ekonomi di Malaysia.
> Kuantan : Harga rumah dijangka terus melambung ekoran kos bahan asas binaan mencatatkan kenaikan antara 15 ke 20 peratus. Ini sekali gus menyebabkan kesukaran khususnya bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah kerana gagal memperoleh pinjaman bank.
>
> (https://www.utusan.com.my/nasional)
a
Huraikan jenis inflasi tersebut.
4 marks
b
Bagaimanakah Bank Negara Malaysia dapat menangani situasi tersebut.
7 marks
c
Setujukah anda sekiranya kerajaan memberi subsidi kepada kontraktor binaan bagi menangani masalah tersebut?
Kemukakan alasan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan pelaburan langsung asing di Malaysia.
> **Pelaburan langsung asing dilulus Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion**
>
> KUALA LUMPUR: Nilai keseluruhan pelaburan asing (FDI) yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi merangkumi sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah berjumlah RM254.7 bilion, menurut MITI.
>
> "Prestasi keseluruhan ini adalah 10.7 peratus lebih tinggi berbanding jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh yang sama pada 2023 iaitu RM230.2 bilion," tambah MITI. Menurut MITI, sektor perkhidmatan merekodkan nilai pelaburan tertinggi.
>
> (Ubahsuai Bernama online : Februari 20, 2025)
**Maklumat 1**
> **Pakar beri peringatan kesan ekonomi Malaysia bergantung kepada FDI**
>
> Dalam negara berdagang secara terbuka seperti Malaysia, para pelabur yang menarik wang mereka keluar mampu mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi. Ini dapat dilihat semasa krisis kewangan Asia pada 1997.
>
> Liew berkata kebergantungan membantutkan inovasi dan kepelbagaian ekonomi yang boleh mengakibatkan kurangnya penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam negara serta memberi kesan kepada peniaga tempatan negara
>
> (Ubahsuai Malaysianow: Jun 10, 2024)
**Maklumat 2**
a
Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan di dalam maklumat 1.
4 marks
b
Bagaimanakah peningkatan dalam pelaburan langsung asing dalam maklumat 1 dan maklumat 2 memberi ancaman kepada industri muda tempatan.
7 marks
c
Sebagai generasi muda masa kini, cadangkan tindakan anda bagi mengatasi ancaman dalam 7(b). *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open