a
6 marks
Perbualan berikut berkaitan dengan masalah ekonomi Syarikat Penghantaran Uzair Sendirian Berhad.
> **Encik Umar:** Modal terkumpul kita ialah RM800 ribu. Apa perancangan tuan?
>
> **Encik Uzair:** Saya bercadang membeli sebuah jentera pengasingan bungkusan berteknologi tinggi pada anggaran kos RM720 ribu. Saya juga ingin menambah bilangan lori bagi memudahkan penghantaran dengan kos sebanyak RM680 ribu.
Bagaimanakah syarikat tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi?
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.
| Negara G | Negara H |
|---|---|
| Daya saing antara pengeluar tinggi | Daya saing antara pengeluar tiada |
b(i)
1 marks
Nyatakan sistem ekonomi Negara H.
b(ii)
3 marks
Tentukan cara penyelesaian masalah corak agihan barangan kedua-dua negara tersebut.
c
6 marks
Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran Barang R.
Bezakan perubahan kuantiti barang tersebut bagi kedua-dua rajah.
Jadual berikut menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang.
| Harga (RM) | Kuantiti (unit) |
|---|---|
| 60 | 20 |
| 42 | 29 |
d(i)
2 marks
Hitung keanjalan harga permintaan jika harga barang tersebut menurun.
d(ii)
2 marks
Mengapakah firma perlu menurunkan harga barang untuk memaksimumkan jumlah hasil?


