Jadual 1 menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi dua jenis barang dalam ekonomi.
| Kombinasi pengeluaran | Pakaian (ribu helai) | Makanan (tan metrik) |
|---|---|---|
| A | 0 | 25 |
| B | 5 | 24 |
| C | 10 | 22 |
| D | 15 | 19 |
| E | 20 | 0 |
Jadual 1
a(i)
3 marks
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya serta skala yang digunakan, titik-titik kombinasi pengeluaran yang diplot, dan bentuk keluk yang dilukis)*
a(ii)
3 marks
Jelaskan implikasi jika pengeluar memilih kombinasi pengeluaran 7 ribu helai pakaian dan 15 tan metrik makanan.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem ekonomi.
> Kerajaan akan campur tangan jika berlaku ketidakstabilan dan penyelewengan dalam aktiviti ekonomi.
Bagaimanakah sistem ekonomi tersebut menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut:
b(i)
3 marks
Apa yang hendak dikeluarkan?
b(ii)
2 marks
Untuk siapa hendak dikeluarkan?
c
3 marks
Jadual 2 menunjukkan permintaan dan penawaran bagi barang X.
| Harga (RM) | Kuantiti Diminta (unit) | Kuantiti Ditawar (unit) |
|---|---|---|
| 5.20 | 175 | 130 |
| 5.50 | 150 | 150 |
| 5.70 | 125 | 170 |
Jadual 2
Jelaskan keadaan pasaran pada harga RM5.20.
d(i)
2 marks
Rajah 1 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti diminta suatu barang.
Hitung nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut.
d(ii)
4 marks
Jelaskan hubungan jumlah hasil dengan permintaan barang apabila harga meningkat dari RM6 ke RM9.


