Maklumat berikut berkaitan dengan satu sumber ekonomi.
Jelaskan sumber ekonomi tersebut.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem ekonomi sebuah negara.
> *Tiada pilihan dalam pembelian barangan kerana disediakan oleh pemerintah untuk semua rakyat*
Bagaimanakah negara ini menyelesaikan dua masalah asas ekonomi tersebut?
5 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan permintaan barangan dan perkhidmatan.
> Pelarasan gaji penjawat awam memberikan manfaat langsung kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan.
>
> *Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia, 19 Ogos 2024*
Dengan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan **perubahan permintaan** tersebut. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk permintaan yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditandakan, peralihan keluk dan arah anak panah)*
6 marks
Jadual menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi buku.
| Harga (RM) | Kuantiti (unit) |
|---|---|
| 10 | 50 |
| 20 | 40 |
Harga buku telah meningkat dari RM10 ke RM20.
d(i)
Hitung nilai keanjalan harga permintaan buku.
2 marks
d(ii)
Jelaskan nilai di (d)(i).
3 marks
220 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan.
> "Dividen dan faedah adalah dua jenis pendapatan individu yang berbeza."
Jelaskan penyataan ini.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh Fazlina.
> *Fazlina menerima gaji bulanan RM3 500. Beliau berhasrat untuk bercuti ke Eropah 12 bulan yang akan datang dengan pakej berharga RM12 000.*
>
> *Berikut senarai perbelanjaan bulanan Fazlina:*
>
> | Perbelanjaan bulanan | RM |
> |---|---|
> | Sewa rumah | 800 |
> | Makanan | 700 |
> | Bil Utiliti | 200 |
> | Tambang pengangkutan awam | 300 |
> | Simpanan ASB | 400 |
> | Perbelanjaan lain-lain | 400 |
Sediakan satu penyata belanjawan peribadi dengan simpanan bulanan yang tetap bagi merealisasikan hasratnya. *(Tulis penyata belanjawan anda sebagai jadual atau senarai: butiran dan amaun dalam RM.)*
5 marks
c
Jelaskan input tetap.
4 marks
Jadual berikut menunjukkan maklumat kos pengeluaran bagi Firma Bestari.
| Kuantiti (unit) | Kos Tetap (RM) | Kos Berubah (RM) | Jumlah Kos (RM) | Kos Purata (RM) | Kos Marginal (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 100 | 0 | 100 | - | - |
| 1 | 100 | 50 | X | 150 | 50 |
| 2 | 100 | 90 | 190 | 95 | A |
| 3 | 100 | 135 | 235 | 78.33 | 45 |
d(i)
Hitungkan nilai A.
2 marks
d(ii)
Jelaskan hubungan antara kos marginal dengan output.
3 marks
320 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan satu tindakan kerajaan.
> **26 barang keperluan di bawah harga kawalan SHMPP Aidilfitri**
>
> PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali telah mengumumkan sebanyak 26 barang keperluan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berkuat kuasa 24 Mac hingga 7 April ini.
>
> Sumber ubahsuai: https://www.hmetro.com.my, 19 Mac 2025
Tindakan kerajaan tersebut melibatkan satu peranan kerajaan.
Jelaskan.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan hasil kerajaan.
| Hasil A | Hasil B |
|---|---|
| Cukai dikutip dari keuntungan koperasi Anisa. | Cukai dikutip dari pelanggan Taman Tema Air Z. |
Bandingkan Hasil A dan Hasil B.
5 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kedudukan imbangan akaun semasa Malaysia.
> KUALA LUMPUR: Imbangan akaun semasa Malaysia merekodkan lebihan RM253.4 juta pada suku keempat 2023, kata Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Perbandingan bagi suku tahunan itu menunjukkan akaun dagangan mencatatkan eksport bersih RM30.8 bilion pada suku keempat 2023 berbanding RM32.7 bilion pada suku ketiga 2023.
>
> Sumber: Berita Harian online, 16 Februari 2024
c(i)
Apakah jenis imbangan akaun semasa tersebut?
1 marks
c(ii)
Jelaskan imbangan akaun semasa di (i).
2 marks
c(iii)
Jelaskan imbangan akaun dagangan bagi suku keempat berbanding suku ketiga tahun 2023.
3 marks
Maklumat berikut berkaitan perubahan nilai mata wang Malaysia.
> **Ringgit berpotensi cecah RM3.90 berbanding dolar AS tahun ini**
>
> KUALA LUMPUR: Ringgit berpotensi diniagakan pada julat RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), malah memiliki keupayaan untuk mencecah paras RM3.90 sepanjang tahun ini.
>
> Sumber: Beritaharian online, 5 Januari 2025
d(i)
Potensi Ringgit mencecah RM3.90 berbanding RM4.00 bagi satu Dolar Amerika Syarikat.
Beri komen anda berkaitan dengan nilai Ringgit tersebut.
2 marks
d(ii)
Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan nilai Ringgit di (d)(i).
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 4Chosen 0/2
420 marks
Maklumat berikut berkaitan perkembangan dalam ekonomi semasa.
> **2025 era revolusi AI pertingkat prestasi negara, kehidupan rakyat**
>
> Walaupun Kecerdasan Buatan (AI) menawarkan pelbagai manfaat, masih terdapat cabaran menghalang penerimaan meluas teknologi ini. Isu utama sering dibangkitkan adalah kesan AI terhadap pekerjaan manusia. Ramai bimbang automasi dan robotik akan menggantikan tenaga kerja manusia, menyebabkan kadar pengangguran meningkat.
>
> Sumber: Beritaharian online, 1 Januari 2025
a
Jelaskan kaedah pengeluaran yang digunakan dalam situasi di atas.
4 marks
b
Setujukah anda bahawa perkembangan tersebut akan menyebabkan pengangguran?
7 marks
c
Bagaimanakah anda mengambil peluang meningkatkan taraf hidup dengan perkembangan tersebut?
9 marks
520 marks
Maklumat berikut berkaitan satu tindakan kerajaan.
> **PM arah program tanam padi lima musim dalam dua tahun disegerakan**
>
> JERLUN: Perdana Menteri menggesa kerajaan negeri dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyegerakan program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di Kawasan Muda, bagi meningkatkan produktiviti pesawah. Usaha itu termasuk mempercepatkan pengambilan tanah bagi menaik taraf infrastruktur sistem pengairan serta memberi laporan kemajuan projek dari semasa ke semasa kepada kementerian.
>
> Sumber diubahsuai: Beritaharian online, 27 Februari 2025
a
Dengan bantuan keluk, jelaskan kesan tindakan terhadap harga padi di pasaran. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk permintaan dan keluk penawaran yang dilukis serta labelnya, titik keseimbangan, harga dan kuantiti keseimbangan yang ditandakan, peralihan keluk dan arah anak panah)*
7 marks
b
Bagaimanakah produktiviti padi boleh ditingkatkan melalui tindakan tersebut?
4 marks
c
Beri cadangan lain yang dapat meningkatkan produktiviti padi pada masa hadapan.
9 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan hubungan perdagangan antarabangsa bagi Malaysia.
> **Malaysia perlu perkasa perjanjian dagangan, kurangkan kebergantungan pada AS**
>
> KUALA LUMPUR: Malaysia perlu bertindak lebih agresif dengan memperbanyakkan perjanjian perdagangan antarabangsa bagi merancakkan rantaian perniagaan global. Hal ini bagi menghadapi langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif import terhadap barangan tertentu termasuk semikonduktor. Langkah dasar perlindungan perdagangan AS yang sedang dan dirancang untuk dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi rakan dagangnya, termasuk Malaysia.
>
> Sumber diubahsuai: Beritaharian online, 3 Februari 2025
a
Jelaskan jenis sekatan perdagangan yang digunakan oleh Amerika Syarikat.
7 marks
b
Bagaimanakah langkah Amerika Syarikat tersebut memberi kesan kepada imbangan dagangan Malaysia?
4 marks
c
Setujukah anda tindakan kerajaan memperbanyak perjanjian perdagangan antarabangsa boleh mengelakkan ekonomi Malaysia daripada terjejas?
9 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu alat dasar di Malaysia.
> **Tiada kejutan OPR kekal 3.0 peratus, penganalisis jangka pertumbuhan ekonomi berterusan**
>
> KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus. Kadar faedah yang stabil menyokong pengembangan ekonomi dengan memudahkan peniaga dan pengguna dalam merancang kewangan serta kemampuan berhutang. Keputusan BNM itu juga sejajar dengan jangkaan pasaran yang menjangkakan OPR kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025 berikutan ketiadaan tekanan inflasi yang ketara serta penilaian bahawa kadar semasa menyokong pertumbuhan ekonomi.
>
> Sumber diubahsuai: Beritaharian online, 6 Mac 2025
a
Bagaimanakah alat dasar tersebut digunakan untuk menstabilkan ekonomi di Malaysia?
4 marks
b
Ramalkan keuntungan yang bakal diperoleh bank perdagangan hasil dari dasar tersebut.
7 marks
c
Penggunaan alat dasar tersebut memberi kesan yang bertentangan kepada objektif makro ekonomi yang lain. Bincangkan.
9 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open