Gambar 1 menunjukkan faktor pengeluaran sebuah firma.
Gambar 1
Huraikan **dua** faktor pengeluaran di atas.
6 marks
b
Jelaskan ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia.
4 marks
c
Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran.
Rajah 1
Terangkan faktor yang menyebabkan perubahan keluk penawaran tersebut.
6 marks
d
Rajah 2 menunjukkan keluk pasaran barang X.
Rajah 2
Jelaskan keadaan pasaran, apabila harga barang X berubah dari RM25 ke RM15.
4 marks
220 marks
a
Jadual 1 berkaitan dengan bayaran yang dilakukan oleh Encik Idham pada setiap bulan dengan menggunakan kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.
| Jenis Bayaran | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Bil air dan elektrik | 450.00 |
| Ansuran kereta | 453.00 |
| Bayaran insurans nyawa | 150.00 |
Jadual 1
Huraikan **dua** kemudahan pembayaran yang boleh dilakukan oleh Encik Idham tersebut.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan isu pembelian kereta secara kredit.
> SHAH ALAM - Bayaran deposit pinjaman bank sebanyak 10 peratus bagi pembelian kenderaan dapat menangani isu kereta terpaksa dilelong kerana gagal melunaskan ansuran bulanan. Pakar Kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, tempoh pinjaman juga wajar disingkatkan daripada sembilan tahun ke tujuh tahun untuk memastikan pembeli tidak memilih kereta lebih besar yang di luar kemampuan mereka.
>
> (Sumber ubahsuai: sinarharian.com.my, 22 Julai 2024)
Cadangan pakar kewangan mampu mengatasi isu yang dihadapi oleh pembeli kenderaan.
Adakah anda bersetuju dengan cadangan tersebut?
Jelaskan.
5 marks
Jadual 2 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma.
| Output (unit) | Kos berubah (RM) |
|---|---|
| 20 | 1 600 |
| 40 | 3 600 |
Jadual 2
c(i)
Jika kos tetap firma ialah sebanyak RM200, hitungkan kos purata untuk 40 unit output.
2 marks
c(ii)
Tentukan jangka masa pengeluaran firma tersebut.
Beri alasan.
2 marks
d
Jelaskan konsep kos sosial dalam konteks ekonomi.
5 marks
320 marks
Gambar 2 berkaitan dengan sejenis pengangguran di Malaysia.
a(i)
Gambar 2
Apakah jenis pengangguran yang berkaitan dengan gambar tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan jenis pengangguran di 3(a)(i).
5 marks
Gambar 3 berkaitan dengan perbelanjaan kerajaan.
b(i)
Gambar 3
Apakah jenis perbelanjaan kerajaan tersebut?
1 marks
b(ii)
Jelaskan jenis perbelanjaan di 3(b)(i).
5 marks
c
Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju menggalakkan globalisasi.
Jelaskan.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa negara.
> **Malaysia sukar elak kebergantungan kepada dolar AS.**
>
> KUALA LUMPUR: Malaysia sukar untuk mengelak daripada bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat kerana statusnya sebagai mata wang global yang sudah kukuh sejak berdekad lamanya, demikian menurut penganalisis.
>
> (Sumber ubahsuai: bharian.com.my, April 17, 2023)
d(i)
Apakah perkaitan dolar AS kepada Malaysia?
1 marks
d(ii)
Mengapakah jawapan di 3(d)(i) diperlukan oleh Malaysia?
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 4Chosen 0/2
420 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kenaikan harga barang di pasaran.
> **Peniaga, pengguna merungut harga barang basah naik**
>
> Kuala Lumpur: Peniaga barang basah di beberapa pasar sekitar ibu kota mendakwa mereka resah apabila hasil jualan menurun susulan kenaikan harga barangan itu oleh pembekal. Rata-rata peniaga mendakwa harga sayur meningkat antara RM2 hingga RM10 sekilogram. Seorang pengguna berkata peningkatan harga barangan menjadikan dia dan keluarganya terpaksa menyusun semula perbelanjaan bulanan.
>
> Bukan hanya pembeli yang terkesan, peniaga juga dalam dilema kerana kami tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga kerana barang dari pembekal juga mahal.
>
> "Kita tahu kos sara hidup semakin tinggi apabila harga barangan naik dan rakyat seperti saya mengharapkan kerajaan dapat menangani isu ini dari semasa ke semasa," kata seorang pengguna.
>
> (Sumber: Ubah suai: mymetro, 23 Mei 2024)
a
Mengapakah pengguna terpaksa mengubah perbelanjaan bulanannya?
7 marks
b
Dilema yang dihadapi peniaga memberi kesan kepada pengguna.
Jelaskan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
c
Huraikan peranan kerajaan dalam menangani isu tersebut.
4 marks
520 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan oleh Syarikat Jepun di Melaka.
> **Syarikat dari Jepun, Koa Denko labur RM1 bilion di Melaka**
>
> MELAKA: Melaka menerima tambahan pelaburan berjumlah RM1 bilion daripada Koa Denko Malaysia Sdn Bhd, pembekal elektronik global dari Jepun bagi pembangunan projek fasa dua kilang pembuatan cip, mikrocip dan elektronik syarikat itu. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata pembangunan kilang baharu di kawasan seluas 8.37 hektar di Ayer Keroh Eco Park dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 yang menawarkan kira-kira 950 peluang pekerjaan. Ia diunjurkan meningkat kepada 1,820 peluang pekerjaan pada 2028, saya diberitahu syarikat berkenaan juga menyasar untuk menghasilkan pengeluaran 8.2 bilion keping cip perintang setiap bulan menjelang tahun berkenaan. Syarikat itu juga menjalin kerjasama dengan beberapa institusi pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negeri itu bagi melahirkan pekerja berkemahiran dan terlatih seterusnya membuka peluang kepada siswazah untuk bekerja dengan mereka.
>
> (Sumber: bharian.com.my, Selasa, 17 Oktober 2023)
a(i)
Tentukan jenis sektor ekonomi tersebut.
1 marks
a(ii)
Jelaskan jawapan anda di 5(a)(i).
5 marks
b
Bagaimanakah tambahan pelaburan tersebut dapat mencapai guna tenaga penuh?
5 marks
c
Setujukah anda bahawa tindakan syarikat menjalinkan kerjasama memberi banyak manfaat kepada negara?
Kemukakan alasan anda. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan tahun melawat Kelantan 2024 dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
> Kelantan optimis mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung pada tahun ini sempena tahun melawat Kelantan 2024. Sejak Januari hingga 30 Jun lepas, Kelantan dianggarkan telah menerima seramai 1.5 juta pengunjung. Lebih 500,000 pengunjung luar telah datang ke negeri ini melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand, selebihnya datang menggunakan pengangkutan udara dan darat. Keadaan ini turut memberi kesan positif khususnya kepada peniaga-peniaga makanan tradisional Kelantan seperti peniaga serunding, dodol dan beberapa makanan tradisional yang lain yang menerima tempias hasil perbelanjaan pengunjung tersebut. Situasi ini dilihat telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan peniaga terbabit berbanding tahun-tahun sebelumnya.
>
> (Sumber: Ubah suai: Bernama.com.my, 4 Ogos 2024)
**Maklumat 1**
Maklumat 2 berkaitan kesan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
> Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini bersedia menerima penerbangan antarabangsa tahun ini. Hal ini, susulan projek pembesaran LTSIP fasa pertama yang sudah siap dan mula beroperasi. LTSIP mampu menampung 1.5 juta penumpang setahun dan purata penerbangan keluar masuk adalah 30 hingga 35 sehari.
>
> Projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP adalah bagi menambah baik fasiliti serta meningkatkan kapasiti terminal lapangan terbang kepada empat juta penumpang setahun dengan kos lebih RM440 juta.
>
> (Sumber: Ubah suai: bharian.com.my, 1 Mei 2024)
**Maklumat 2**
a(i)
Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh peniaga di **Maklumat 1**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan pendapatan di 6(a)(i).
4 marks
b
Jelaskan jenis perbelanjaan kerajaan dalam **Maklumat 2**.
6 marks
c
Bagaimanakah kemudahan di **Maklumat 2** membantu sasaran di **Maklumat 1**? *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan isu harga beras.
> **Isu harga beras: Peniaga makanan terkesan**
>
> Kuala Lumpur: Kesukaran mendapatkan beras tempatan di samping kenaikan harga beras import memberi tekanan kepada peniaga makanan sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.
>
> Seorang peniaga nasi kerabu berusaha menawarkan makanan lain sebagai inisiatif untuk meningkatkan pendapatan harian.
>
> (Sumber: Ubah suai: hmetro.com.my, 27 September 2023)
a(i)
Terangkan **satu** penentu penawaran yang dihadapi oleh peniaga makanan tersebut.
2 marks
a(ii)
Dengan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan kesan jawapan di 7(a)(i) terhadap penawaran makanan oleh peniaga tersebut. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditanda, peralihan keluk dan arah anak panah)*
5 marks
b
Pemberian subsidi oleh kerajaan dapat menangani kesukaran peniaga makanan tersebut.
Bincangkan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
c
Setujukah anda dengan usaha peniaga nasi kerabu tersebut?
Kemukakan alasan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open