a
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi.
> Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd ingin mengeluarkan peti sejuk sebanyak 15,000 unit dengan menggunakan teknologi dari negara China supaya dapat meningkatkan persaingan keluarannya.
Jelaskan dua masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh syarikat tersebut.
b
3 marks
Bagaimanakah ekonomi Islam menjadi sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam?
Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran terhadap mee kuning.
| Harga (RM) | Kuantiti Permintaan Individu A | Kuantiti Permintaan Individu B | Kuantiti Penawaran |
|---|---|---|---|
| 30 | 100 | 60 | 40 |
| 40 | 80 | 50 | 70 |
| 50 | 40 | 30 | 130 |
c(i)
4 marks
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk keseimbangan barang tersebut. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi, label dan skalanya, keluk-keluk yang dilukis dan labelnya, titik keseimbangan serta harga dan kuantiti keseimbangan yang ditanda)*
c(ii)
2 marks
Berdasarkan jawapan pada c(i), jelaskan keadaan pasaran pada ketika harga RM40.
Rajah di bawah menunjukkan dua bentuk keluk permintaan.
d(i)
4 marks
Jelaskan perbezaan kedua-dua rajah di atas.
d(ii)
4 marks
Terangkan penentu keanjalan harga permintaan yang menyebabkan barang pengguna menjadi tidak anjal.


