Maklumat berikut berkaitan sebuah firma dalam ekonomi.
> FBV Holding Berhad mempunyai RM5 juta dan ingin membeli 5 buah jentera baharu. Namun, pada masa yang sama, syarikat ingin menambah sebuah bangunan kilang yang baharu. Syarikat memutuskan untuk mendapatkan jentera bagi mencapai pengeluaran yang lebih produktif.
a
5 marks
Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat FBV Holding Berhad?
Bagaimana sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah:
b(i)
2 marks
Berapa yang hendak dikeluarkan?
b(ii)
3 marks
Bagaimana hendak dikeluarkan?
c
4 marks
Terangkan penentu keanjalan harga penawaran yang menyebabkan penawaran barang pertanian dan perladangan menjadi tidak anjal.
Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi peralatan sukan.
| Harga (RM/unit) | Kuantiti permintaan raket badminton (Ribu unit) | Kuantiti penawaran raket badminton: Firma A | Kuantiti penawaran raket badminton: Firma B |
|---|---|---|---|
| 10 | 35 | 4 | 2 |
| 20 | 25 | 6 | 3 |
| 35 | 15 | 9 | 6 |
| 45 | 10 | 10 | 8 |
d(i)
3 marks
Dengan menggunakan kertas graf yang disediakan lukiskan keluk keseimbangan pasaran barang tersebut. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, titik-titik yang diplot bagi setiap keluk, keluk yang dilukis dan labelnya, titik keseimbangan dan labelnya)*
d(ii)
3 marks
Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat harga RM20.


