Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Ishak.
> Encik Ishak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 sebanyak RM500. Beliau bercadang untuk membeli sebuah mesin pengisar berharga RM280 atau sebuah basikal kanak-kanak berharga RM350.
a
Bagaimanakah Encik Ishak menyelesaikan masalah ekonomi tersebut?
5 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri satu sistem ekonomi.
> Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran. Namun, terdapat faktor pengeluaran tertentu yang hanya dimiliki oleh pihak kerajaan.
b(i)
Nyatakan sistem ekonomi di atas.
1 marks
b(ii)
Selain maklumat di atas, terangkan dua ciri sistem ekonomi lain di 1 (b)(i).
4 marks
c
Rajah 1 berkaitan dengan keseimbangan pasaran.
Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat harga RM5.
4 marks
d
Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan bagi barang keperluan.
6 marks
220 marks
Maklumat berikut berkaitan perkhidmatan bank perdagangan.
> Encik Kamal ialah seorang kontraktor binaan yang menguruskan beberapa projek pembinaan di seluruh negara. Setiap minggu, beliau perlu membuat pelbagai bayaran seperti gaji pekerja, pembelian bahan binaan, dan kos pengangkutan. Beliau juga menerima bayaran daripada pelanggan secara berperingkat mengikut kemajuan projek.
a(i)
Nyatakan jenis akaun yang sesuai untuk Encik Kamal.
1 marks
a(ii)
Jelaskan kemudahan yang diperoleh daripada akaun tersebut.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan penyata pendapatan En. Andrew.
| Butir | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Pendapatan boleh guna | 3000 |
| Makanan dan minuman | 1000 |
| Ansuran kereta | 800 |
| Bil utiliti | 300 |
| Premium Insurans Nyawa | 500 |
| Perubatan | 300 |
| Hiburan | 600 |
b(i)
Berikan justifikasi anda tentang perbelanjaan tersebut.
2 marks
b(ii)
Berikan cadangan penyata belanjawan peribadi yang sistematik agar Encik Andrew dapat mengatasi masalahnya.
Maklumat berikut berkaitan dengan kesan eksternaliti negatif.
> **Ribuan ikan ditemui mati di Sungai Sayong akibat pencemaran**
>
> KOTA TINGGI: Ribuan jenis ikan ditemui mati di Sungai Sayong berdekatan perkampungan masyarakat orang asli Sayong Pinang dekat sini, dipercayai berpunca daripada air sungai yang tercemar.
>
> Kejadian disedari penduduk malam tadi dan lebih membimbangkan mereka mendakwa ini adalah kejadian ketiga dalam bulan ini.
>
> *Sumber diubah suai daripada: https://www.buletintv3.my, 25 September 2024*
a
Jelaskan peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah tersebut.
4 marks
b
Gambar 1 dan Gambar 2 merupakan kesan cukai atas agihan pendapatan.
Bezakan bentuk cukai bagi kedua-dua gambar di atas.
6 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan langsung asing.
> KUALA LUMPUR: Hubungan yang erat dengan China menjadikan Malaysia bukan saja mempunyai rakan dagang yang besar tetapi juga pelabur asing yang mampu membawa teknologi tinggi untuk dibangunkan di Malaysia, demikian menurut penganalisis.
>
> *Sumber diubah suai daripada: https://www.bharian.com.my, 21 Jun 2024.*
Jelaskan kesan pindahan teknologi tersebut kepada syarikat tempatan.
5 marks
Maklumat berikut adalah perbandingan kadar pertukaran asing (USD/MYR) bagi bulan Jun dan September 2024.
| Bulan | Kadar Pertukaran Asing |
|---|---|
| Jun | 1USD = RM4.70 |
| September | 1USD = RM4.12 |
d(i)
Syarikat AA Malaysia mengeksport minyak sawit bernilai RM200,000.00 ke Amerika Syarikat pada bulan Jun 2024.
Hitungkan nilai eksport dalam sebutan Dollar Amerika Syarikat (USD).
2 marks
d(ii)
Jelaskan kesan perubahan nilai Ringgit Malaysia (RM) dalam tempoh tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 4Chosen 0/2
420 marks
Cik Ayuni yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Beliau sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan dirinya. Maklumat iklan di bawah merupakan perjawatan yang sedang dipertimbangkan.
| Iklan A | Iklan B |
|---|---|
| *(Logo Jata Negara dan SPP — Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia)* | *(Logo ABC INTERNATIONAL SCHOOL)* |
| **Jawatan Kosong** | **Jawatan Kosong** |
| Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) | Jawatan : Guru Akademik Biasa (GAB) |
| Gaji : RM2300.00 | Gaji : RM3300 |
| Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan | Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai Bidang) |
| Pengalaman : Tidak perlu | Pengalaman : Minima 6 bulan |
| – | Lokasi : Cheras, Kuala Lumpur |
| Faedah sampingan : Elaun Perumahan, Elaun Khidmat Awam dan Elaun Sara Hidup | Faedah sampingan : Elaun perjalanan, lawatan ke luar negara setiap tahun |
a
Jelaskan faktor pemilihan maklumat iklan A.
5 marks
b
Mengapakah iklan di maklumat A ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)?
6 marks
c
Iklan B telah menarik minat Cik Ayuni. Bincangkan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
520 marks
Maklumat di bawah berkaitan kenaikan harga besi di pasaran tempatan.
> **Harga Besi Naik**
>
> KUALA LUMPUR - Indeks harga seunit besi bagi kebanyakan kawasan di negara ini meningkat 0.2 peratus hingga 1.8 peratus pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
>
> Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan tertinggi bagi harga seunit besi direkodkan di Perak sebanyak 1.8 peratus dan diikuti oleh Johor (1.1 peratus), Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.2 peratus).
>
> Perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih menunjukkan tiada perubahan dalam indeks harga seunit bagi bahan binaan utama seperti batu baur, pasir dan papan lapis di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
>
> *Sumber : Ubahsuai daripada Sinar Harian 12 Januari 2024*
a(i)
Nyatakan jenis inflasi tersebut.
1 marks
a(ii)
Jelaskan jenis inflasi di 5(a)(i).
3 marks
b
Jelaskan kesan situasi tersebut ke atas pasaran rumah. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
7 marks
c
Setujukah anda sekiranya kerajaan memberi subsidi kepada pemaju bagi mengatasi masalah tersebut.
Beri alasan anda. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan teknologi AI.
> **4.5 Juta Pekerja dalam Bahaya**
>
> Kuala Lumpur: Dianggarkan lebih 4.5 juta pekerja di negara ini berisiko hilang pekerjaan menjelang 2030 akibat ancaman Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML). Itu antara data yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia pada Jun lalu memperlihatkan ancaman bidang pekerjaan asas atau sokongan bakal terancam susulan ledakan teknologi AI.
>
> Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya 83 juta pekerjaan bakal pupus untuk tempoh lima tahun akan datang akibat perkembangan teknologi berkenaan. Pada masa sama, sebanyak 69 pekerjaan baharu akan tercipta yang banyak berorientasikan tentang kepakaran teknologi serta pengendalian mesin berat.
>
> *Sumber : Ubahsuai daripada Harian Metro Selasa, 10 Jun 2025*
a
Mengapakah aplikasi tersebut semakin berkembang di Malaysia?
5 marks
b
Jelaskan kesan ketidakstabilan ekonomi yang akan berlaku jika tiada tindakan diambil?
6 marks
c
Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan perkembangan teknologi AI memberi kesan ke atas guna tenaga penuh? *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.
**EV Pertama Perodua Bakal Masuk Pasaran, Harga Bawah RM80,000**
> SERDANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dijangka melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada penghujung tahun ini, dengan nama rasmi akan diumumkan kelak.
>
> Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, EV berkenaan akan menggunakan komponen tempatan bagi bahagian kritikal, dengan sasaran kadar penggunaan komponen tempatan melebihi 60 peratus.
>
> *Sumber : Ubahsuai daripada Berita Harian Mei 8, 2025*
a
Jelaskan konsep eksternaliti positif terhadap pengeluaran tersebut.
4 marks
b
Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan pelaksanaan kuota terhadap pasaran kereta EV import. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya serta titik asalan, keluk permintaan dan keluk-keluk penawaran yang dilukis serta labelnya, titik-titik keseimbangan, tingkat harga dan kuantiti yang ditanda, kuantiti penawaran dalam negara dan kuantiti import, peralihan keluk dan arah anak panah)*
7 marks
c
Kerajaan mengenakan sekatan kuota ke atas kereta EV import memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Kemukakan hujah anda. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
9 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open