a
5 marks
Gambar 1 dan gambar 2 di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran.
Jelaskan perbandingan gambar 1 dan gambar 2.
b
4 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi.
> Individu dan pihak swasta bebas membuat segala keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan.
Jelaskan ciri sistem ekonomi selain di atas.
c
5 marks
Jadual 1 di bawah menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran.
| Harga (RM) | Kuantiti Permintaan (unit) | Kuantiti penawaran (unit) Firma A | Kuantiti penawaran (unit) Firma B |
|---|---|---|---|
| 18 | 20 | 4 | 1 |
| 20 | 15 | 6 | 3 |
| 25 | 12 | 7 | 5 |
| 30 | 10 | 12 | 8 |
Jadual 1
Dengan bantuan rajah, lukis keluk keseimbangan pasaran. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya serta skala, titik-titik yang diplot, setiap keluk yang dilukis dan labelnya, titik keseimbangan serta harga dan kuantiti keseimbangan yang ditandakan)*
Jadual 2 menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi barang W.
| Jenis barang | Peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti diminta |
|---|---|---|
| Barang W | 30 | 9 |
Jadual 2
d(i)
2 marks
Hitung keanjalan harga permintaan barang W.
d(ii)
4 marks
Jelaskan penentu keanjalan harga permintaan berdasarkan jawapan **1(d)(i)**.


