Selangor Trial 2026 Economics Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Economics
Selangor Trial 2026 Economics Kertas 2 · PINTAS Set 1
Selangor Trial PINTAS Set 1 · 2026
7 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AAnswer all 3
120 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh isi rumah.
> Puan Hazwani mempunyai wang tunai sebanyak RM300. Dia bercadang untuk membeli sepasang kasut berharga RM170 dan seutas jam tangan berharga RM200.
Bagaimanakah Puan Hazwani menyelesaikan masalah tersebut?
5 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi.
> - Pihak pengguna boleh memilih barang dan perkhidmatan.
> - Pihak pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran dan bersaing dalam mengeluarkan barangan.
b(i)
Nyatakan sistem ekonomi tersebut.
1 marks
b(ii)
Jelaskan kelemahan sistem ekonomi di 1(b)(i).
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan satu keputusan kerajaan.
> Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja dinaikkan dari 13 % hingga 15 % untuk meningkatkan jumlah simpanan pencarum.
>
> (Sumber: Diubah suai daripada utusan.com.my, 10 Mac 2025)
Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan situasi tersebut terhadap permintaan pasaran. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk permintaan yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditandakan, peralihan keluk dan arah anak panah)*
6 marks
d
Terangkan penentu keanjalan harga penawaran anjal.
4 marks
220 marks
a
Maklumat dalam *Gambar 1* berkaitan dengan fungsi wang.
Gambar 1
Lila tertarik dengan maklumat yang diiklankan dan membeli dengan bayaran bulanan untuk kemeriahan hari raya tahun ini.
Terangkan fungsi wang tersebut.
4 marks
b
*Gambar 2* berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh satu institusi kewangan di Malaysia.
> **BSN** (logo Bank Simpanan Nasional)
>
> *Buka akaun simpanan di cawangan BSN terdekat dengan membawa IC dan RM50*
Gambar 2
Jelaskan perkhidmatan tersebut.
5 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan satu potongan wajib.
> Dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
c(i)
Apakah potongan wajib tersebut?
1 marks
c(ii)
Jelaskan jawapan anda di 2(c)(i).
3 marks
Maklumat berkaitan dengan satu kaedah pembelian.
> Encik Abu Bakar ingin membelikan sebuah kereta Perodua Axia secara kredit untuk kegunaan anaknya yang sedang belajar di sebuah universiti di Kedah. Berikut adalah maklumat yang perlu diteliti oleh Encik Abu Bakar sebelum pembelian:
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Harga kereta | RM40 366.00 |
| Bayaran pendahuluan | RM4 066.00 |
| Kadar faedah | 3% setahun |
d(i)
Hitung ansuran bulanan sekiranya Encik Abu Bakar memilih tempoh kredit selama 7 tahun.
3 marks
d(ii)
Mengapa Encik Abu Bakar memilih untuk membuat pembelian secara kredit?
4 marks
320 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ketidakstabilan ekonomi.
> Mata indeks harga pengguna (IHP) pada Disember 2025 mencatat 135.5 mata berbanding 133.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
>
> (Sumber ubahsuai: mkn.gov.my/web/ms/2026)
a(i)
Apakah masalah ketidakstabilan tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kesan jawapan di 3(a)(i) terhadap pendapatan benar dan tabungan individu.
5 marks
b
Maklumat berikut berkaitan kesan cukai ke atas agihan pendapatan.
Jelaskan **X**.
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan pelaburan langsung asing negara.
Bagaimana perubahan tersebut memberi impak positif kepada ekonomi negara?
6 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing antara negara Malaysia dan negara Australia.
| Tarikh | Harga Jualan (1 AUSD) | Harga Belian (1 AUSD) |
|---|---|---|
| 03 Februari 2026 | RM 2.7717 | RM 2.7663 |
| 06 Februari 2026 | RM 2.7469 | RM 2.7427 |
(Sumber: BNM, 21 Februari 2026)
> En Kamarul yang menetap di Klang, Selangor telah merancang untuk bercuti bersama keluarga ke Australia pada 3 Februari 2026. Beliau menukarkan wang tunai sebanyak RM10 000 kepada nilai dolar Australia di pengurup wang lapangan terbang KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Australia. Setelah puas bercuti beliau pulang semula ke tanah air pada 6 Februari 2026. Beliau membawa baki wang sebanyak AUSD 500. Beliau sempat singgah di pengurup wang di KLIA untuk menukarkan baki wang tersebut kepada Ringgit Malaysia pada hari yang sama.
Kirakan:
d(i)
Jumlah dolar Australia yang dibawa ketika bercuti.
2 marks
d(ii)
Jumlah baki wang yang dibawa pulang dalam Ringgit Malaysia.
2 marks
Bahagian BChoose 2 of 4Chosen 0/2
420 marks
Maklumat berikut berkaitan satu sumber ekonomi.
> KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,132,578 orang pekerja asing yang aktif dan sah direkodkan bekerja di Malaysia setakat 15 Oktober lalu, menurun 13 % berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan khususnya dalam sektor separa mahir dan mahir, pelbagai usaha dilakukan termasuk pelaksanaan Mekanisme Levi pelbagai peringkat mulai 2026. Selain itu, kementerian turut memperkukuh pelaksanaan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) industri bersama syarikat domestik dan antarabangsa.
>
> (Sumber ubahsuai: BH Online. 3 November 2025)
a(i)
Apakah sumber ekonomi tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan jawapan anda di (a)(i).
6 marks
b
Bagaimana mekanisme tersebut dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing?
4 marks
c
Setujukah anda dengan pelbagai program yang dilaksanakan dapat membuka peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan?
Perincikan jawapan anda.
9 marks
520 marks
Maklumat berikut berkaitan perbelanjaan kerajaan.
> **SARA Untuk Semua: Kapasiti 'Bandwidth' MyKasih Dipertingkat, Pastikan Operasi Lancar**
>
> KUALA LUMPUR – Kapasiti capaian (bandwidth) laman web MyKasih telah dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar tanpa gangguan teknikal. Bantuan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan boleh digunakan sehingga 31 Disember ini untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup.
>
> (Sumber: Diubah suai daripada bharian.com. 8 Februari 2026)
a
Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan pelaksanaan tersebut kepada pasaran barang keperluan. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk permintaan dan penawaran yang dilukis serta labelnya, titik keseimbangan, harga dan kuantiti yang ditandakan, peralihan keluk dan arah anak panah)*
7 marks
b(i)
Nyatakan jenis perbelanjaan tersebut.
1 marks
b(ii)
Bagaimana kerajaan menampung perbelanjaan di 5(b)(i)?
3 marks
c
Pelaksanaan bantuan kerajaan tersebut dapat menangani cabaran kos sara hidup rakyat.
Bincangkan.
9 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu projek pembangunan kerajaan.
> KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 92.62% setakat Februari 2026. Pengoperasian komersial tren elektrik Pelbagai Gerabak (EMU) dan Lokomotif Elektrik (E-Loco) bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ECRL sebagai mod pengangkutan hijau untuk penumpang dan kargo. Penglibatan bank perdagangan terkemuka mencerminkan tahap keyakinan yang tinggi terhadap struktur kewangan projek ECRL. Inisiatif ini memperkukuh lagi aspek tadbir urus kewangan, ketelusan serta akauntabiliti dalam pelaksanaan projek, selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap projek pembangunan negara dilaksanakan dengan tahap integriti dan disiplin fiskal yang tinggi.
>
> (Sumber ubahsuai: BH Online. 16 Mac 2026)
a
Projek pembangunan tersebut mewujudkan faedah sosial.
Jelaskan.
7 marks
b
Bagaimana penglibatan bank perdagangan dapat membantu dalam perlaksanaan projek itu?
4 marks
c
Setujukah anda projek yang dilaksanakan dapat meningkatkan kemakmuran hidup rakyat.
Beri hujah anda.
9 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan satu tindakan kerajaan.
> **Malaysia, EU sambung semula rundingan MEUFTA**
>
> KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) hari ini memutuskan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan EU (MEUFTA), sekali gus melakar satu lagi detik bersejarah antara negara dengan blok perdagangan itu.
>
> Pejabat Perdana Menteri berkata, penyambungan semula rundingan itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dengan salah satu blok perdagangan terbesar dunia itu. Ia turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memupuk hubungan ekonomi lebih erat dengan EU yang merupakan salah satu rakan perdagangan dan pelaburan utama bagi negara.
>
> (Sumber diubahsuai: Beritaharian online, 20 Januari 2025)
a
Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan tindakan kerajaan tersebut terhadap penawaran barangan eksport Malaysia. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk penawaran yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditandakan, peralihan keluk dan arah anak panah)*
7 marks
b(i)
Nyatakan jenis kerjasama ekonomi yang melibatkan Kesatuan Eropah (EU).
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah kerajaan menghadapi cabaran dalam MEUFTA?
3 marks
c
Bincangkan kesan tindakan kerajaan tersebut kepada ekonomi Malaysia.
9 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open