Rajah 1 berkaitan dengan keluk kemungkinan pengeluaran suatu firma.
a(i)
4 marks
Jelaskan bagaimana firma membuat keputusan perubahan kombinasi pengeluaran daripada titik **M** ke **N**.
b
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem ekonomi yang diamalkan oleh beberapa buah negara.
> Sistem ekonomi pasaran bebas mengehadkan peranan kerajaan manakala sistem ekonomi campuran membenarkan campur tangan kerajaan bagi mengatasi kegagalan pasaran demi menjaga kebajikan masyarakat.
Pada pandangan anda, sejauh manakah campur tangan kerajaan diperlukan dalam sesuatu sistem ekonomi.
c
6 marks
Maklumat di bawah berkaitan bantuan kerajaan.
> **Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)**
>
> **Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)** ialah bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup.
>
> Sumber diubahsuai: sinarharian.com.my, Mac 2025
Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan pemberian SARA terhadap permintaan barang keperluan harian. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk permintaan yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditandakan, peralihan keluk dan arah anak panah)*
Jadual 1 berkaitan dengan keanjalan harga permintaan bagi barang X.
| Peratus perubahan kuantiti diminta | Peratus perubahan harga |
|---|---|
| 20 | 60 |
Jadual 1
d(i)
2 marks
Hitung nilai keanjalan harga barang tersebut.
d(ii)
4 marks
Berdasarkan jawapan anda di **1(d)(i)**, jelaskan strategi pengeluar untuk memaksimumkan jumlah hasil perniagaan. *(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*


