Gambar di bawah berkaitan dengan satu faktor pengeluaran.
a(i)
1 marks
Nyatakan faktor pengeluaran di atas.
a(ii)
4 marks
Jelaskan kepentingan faktor pengeluaran tersebut kepada firma.
b
5 marks
Maklumat berikut berkaitan salah satu campur tangan kerajaan dalam ekonomi.
> KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menambah baik sistem pengangkutan awam dan jalan raya di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
>
> (Sumber: Ubah suai daripada https://www.astroawani.com)
Tindakan kerajaan tersebut adalah wajar dalam pembangunan ekonomi negara. Berikan alasan anda.
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawarkan oleh dua firma dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga.
| Harga (RM) | Kuantiti ditawarkan (unit) Syarikat Melur | Kuantiti ditawarkan (unit) Syarikat Melati |
|---|---|---|
| 20 | 20 | 30 |
| 40 | 60 | 80 |
| 60 | 80 | 100 |
c(i)
3 marks
Lukis keluk penawaran pasaran di atas kertas graf. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, titik-titik yang diplot (harga dan kuantiti) serta labelnya, dan keluk yang dilukis serta labelnya)*
c(ii)
3 marks
Jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran di c(i).
d
4 marks
Terangkan penentu keanjalan harga penawaran yang menyebabkan penawaran barang perkilangan menjadi anjal.


