a
6 marks
Gambar berikut berkaitan dengan dua sumber ekonomi dalam pengeluaran.
Bezakan kedua-dua sumber ekonomi tersebut.
b
4 marks
Maklumat berikut berkaitan sistem ekonomi.
> Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara mesti memberikan kebebasan kepada semua untuk melakukan kegiatan ekonomi. Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta. Kerajaan akan mengawal pasaran supaya pihak swasta mengeluarkan barangan yang memberi manfaat kepada pengguna.
Jelaskan kelebihan mengamalkan sistem ekonomi tersebut.
c
5 marks
Situasi tersebut berkaitan penentu permintaan.
> **Harga emas dijangka meningkat sehingga RM500 segram pada tahun-tahun mendatang**
>
> (Dipetik dan diubahsuai www.bharian.com.my/ 02 April 2025)
Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan terhadap permintaan barang tersebut. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, keluk yang dilukis dan labelnya, harga dan kuantiti yang ditanda, peralihan keluk dan arah anak panah)*
Jadual 1 berkaitan dengan keanjalan harga permintaan bagi Barang X.
| Peratus perubahan kuantiti diminta | Peratus perubahan harga |
|---|---|
| 20 | 60 |
Jadual 1
d(i)
2 marks
Hitung nilai keanjalan harga barang tersebut.
d(ii)
3 marks
Berdasarkan jawapan 1(d)(i), jelaskan strategi pengeluar untuk memaksimumkan jumlah hasil.


