Rajah 1.1 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan.
a(i)
Namakan tisu R dan bahagian yang berlabel P serta Q.
Tisu R: …
P: …
Q: …
3 marks
a(ii)
Terangkan bagaimanakah Q disesuaikan dengan fungsinya dalam pengangkutan bahan organik pada tisu S?
2 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan satu set radas yang digunakan untuk mengkaji fotosintesis. Daun telah dibekalkan dengan isotop radioaktif karbon-14 dalam bentuk ^14^CO~2~ dan dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari selama dua hari. Selepas dua hari, satu potongan nipis dibuat pada bahagian batang. Radiografi sinar-x telah dilakukan terhadap potongan tersebut dan didapati beberapa bahagian gelap muncul pada filem sinar-x seperti pada Rajah 1.3.
Kenal pasti tisu di bahagian yang diwarnakan gelap pada filem sinar-x di Rajah 1.3.
1 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan pembentukan molekul R dalam susu.
a(i)
Namakan molekul P dan molekul R.
P: …
R: …
2 marks
a(ii)
Terangkan pembentukan molekul R.
2 marks
b
Seorang bayi mengalami cirit-birit dan muntah selepas minum susu yang mengandungi molekul R disebabkan masalah dalam sistem pencernaannya.
Terangkan mengapa keadaan ini berlaku.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan kawasan industri yang membebaskan asap hasil daripada pembakaran bahan api fosil ke atmosfera.
a(i)
Apakah fenomena yang ditunjukkan dalam Rajah 3?
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana fenomena ini berlaku.
2 marks
b
Terangkan kesan kejadian yang dinamakan di (a)(i) kepada hidupan akuatik.
3 marks
c
Namakan jenis pencemaran yang berlaku apabila asap yang terbebas dari kilang perindustrian meningkat di dalam atmosfera.
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian daripada struktur usus kecil manusia.
a(i)
Terangkan penyesuaian struktur P dalam penyerapan makanan tercerna.
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** bahan yang diserap ke dalam Q.
1 marks
b
Seorang lelaki dewasa mempunyai jangkitan yang menyebabkan keradangan pada struktur R.
Terangkan kesan keadaan ini terhadap proses penyerapan yang berlaku di R.
2 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan keadaan yang berlaku dalam rektum manusia semasa penyahtinjaan.
Terangkan mengapa keadaan dalam Rajah 4.2 (b) berlaku berbanding keadaan dalam Rajah 4.2 (a).
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan organ yang terlibat dalam proses pengawalaturan tekanan separa gas karbon dioksida dalam darah bagi individu J.
a(i)
Berdasarkan Rajah 5.1, namakan reseptor X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi reseptor X yang dinamakan dalam (a)(i).
1 marks
b
Labelkan medula oblongata pada Rajah 5.1. *(Huraikan dalam perkataan bahagian otak yang anda labelkan dan kedudukannya dalam rajah.)*
1 marks
c
Individu J sedang bertanding dalam Kejohanan Olahraga Sekolah.
Terangkan peranan reseptor X dalam mengawal tekanan separa karbon dioksida dalam darah individu tersebut.
3 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan bacaan tekanan darah individu K.
Nyatakan persamaan homeostasis yang berlaku antara individu J dan individu K.
2 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan hubungan antara proses fotosintesis dan proses respirasi sel dalam tumbuhan.
a(i)
Berdasarkan Rajah 6, apakah X?
1 marks
a(ii)
Apakah yang berlaku di X? Terangkan.
2 marks
b
Ramalkan kesan pertumbuhan tumbuhan tersebut sekiranya keadaan kekal pada X untuk jangka masa yang lama.
3 marks
c
Berdasarkan Rajah 6, terangkan perbezaan antara R dan S.
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan peringkat-peringkat yang berbeza dalam suatu pembahagian sel.
a(i)
Namakan peringkat P dan jenis pembahagian sel yang ditunjukkan dalam Rajah 7.
Peringkat P: …
Jenis pembahagian sel: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan peringkat P.
1 marks
b(i)
Pendedahan kepada radiasi sinar X menyebabkan mutasi berlaku semasa proses pembahagian sel tersebut. Situasi ini menyebabkan pasangan kromosom M tidak berpisah.
Namakan jenis mutasi tersebut.
1 marks
b(ii)
Lengkapkan rajah kedua-dua sel anak yang akan terbentuk pada ruang yang disediakan di bawah. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan dan jenis kromosom dalam setiap sel anak.)*
2 marks
c
Seorang wanita menghidap kanser dan telah menjalani rawatan radioterapi melahirkan bayi yang mengalami Sindrom Down.
Wajarkan kesan rawatan radioterapi yang menyebabkan sindrom tersebut.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu rantai makanan di sebuah ekosistem.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8.1, nyatakan nic bagi musang.
1 marks
a(ii)
Kirakan jumlah tenaga yang dipindahkan kepada organisma dalam aras trof ke tiga.
2 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** persamaan antara arnab dengan musang dalam rantai makanan di atas.
1 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan urutan proses yang berlaku kepada musang yang mati.
Berdasarkan Rajah 8.2, terangkan perbezaan antara proses X dan proses Y.
| Proses X | Proses Y |
|---|---|
| | |
| | |
| | |
3 marks
c
Di Australia, arnab adalah sejenis makhluk perosak. Mereka memusnahkan dan menjejaskan hasil pertanian dengan meragut tanaman secara berlebihan.
Terangkan satu kaedah untuk mengurangkan populasi arnab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan proses pembentukan struktur M pada bahagian jantan bunga.
a
Proses Y adalah proses yang menghasilkan dua nukleus.
Apakah kepentingan proses Y?
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan proses yang berlaku pada bahagian betina bunga.
Banding bezakan proses pada Rajah 9.1 dan Rajah 9.2.
10 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan ciri-ciri bunga strawberi.
Encik K telah menanam strawberi tersebut dalam rumah hijau yang menyebabkan pendebungaan semulajadi kurang berlaku.
Berdasarkan ciri-ciri bunga strawberi pada Rajah 9.3, terangkan:
- agen pendebungaan yang terlibat
- kesan pengurangan pendebungaan semulajadi apabila strawberi ditanam dalam rumah hijau.
8 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan dua jenis sistem saraf periferi.
Terangkan fungsi sistem saraf X dan sistem saraf Y.
2 marks
b
Pemeriksaan perubatan menunjukkan seorang pesakit telah menghidap pankreatitis kronik. Doktor telah mencadangkan sebahagian pankreas pesakit tersebut perlu dibuang melalui pembedahan.
Terangkan kesan pembuangan sebahagian pankreas kepada aras gula dan kesihatan pesakit tersebut.
8 marks
c
Rajah 10.2 (a) menunjukkan sistem P dalam manusia. Rajah 10.2 (b) menunjukkan sistem Q dalam manusia.
Bandingkan sistem P dan sistem Q.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan kacukan di antara dua ekor lalat *Drosophila melanogaster*.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11.1, lukis gambarajah skema untuk menunjukkan bagaimana keputusan tersebut diperolehi. *(Huraikan gambarajah skema anda dalam perkataan: simbol alel, fenotip dan genotip induk, meiosis dan gamet, persenyawaan, genotip dan fenotip anak F1, serta nisbah fenotip.)*
7 marks
a(ii)
Terangkan jenis pewarisan yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1.
3 marks
Rajah 11.2 menunjukkan salasilah genetik albino untuk tiga generasi. Alel untuk albino adalah resesif kepada alel normal.
b(i)
Cik X dinasihatkan oleh doktor supaya sentiasa memakai baju lengan panjang dan bercermin mata gelap apabila berada di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari.
Wajarkan perkara berikut:
- kebaikan nasihat memakai baju lengan panjang dan bercermin mata gelap.
- mengapa fenotip warna kulit Cik X dan Cik Y berbeza walaupun mereka adalah kembar.
6 marks
b(ii)
Cik X merancang untuk berkahwin.
Cadangkan bagaimanakah perkahwinan Cik X dapat meningkatkan peluang untuk mendapat anak yang normal.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open