Terangkan **satu** contoh sel manusia yang mengandungi kepadatan P yang tinggi.
2 marks
c
Tay-Sachs ialah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kegagalan fungsi komponen S yang mengandungi enzim pencernaan gagal untuk berfungsi. Pesakit Tay-Sachs akan mengalami pertumbuhan terbantut dan terencat akal.
Label komponen S dalam Rajah 1. *(Huraikan dalam perkataan: struktur dalam Rajah 1 yang anda labelkan sebagai S — rupa dan kedudukannya.)*
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu struktur nukleotida.
a
Namakan J dan K.
J: …
K: …
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan sebahagian daripada struktur DNA.
Lengkapkan Rajah 2.2 untuk menunjukkan satu molekul DNA yang lengkap. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk setiap bes bernitrogen yang anda tambah dan bes mana ia berpasangan, serta arah gula pentosa dan kedudukan fosfat pada rantai kedua.)*
2 marks
c
Terangkan kesan kepada pewarisan sekiranya DNA terurai.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan dua individu, A dan B yang sedang menjalankan dua aktiviti yang berbeza.
a(i)
Nyatakan jenis respirasi sel bagi individu A dan individu B.
Individu A: …
Individu B: …
2 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan perkataan untuk jenis respirasi sel bagi individu A.
1 marks
b(i)
Otot bagi individu B mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan kekejangan otot.
Nyatakan keadaan sel otot tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana keadaan di (b)(i) berlaku.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keratan rentas saraf tunjang yang berkoordinasi dengan salah satu organ manusia.
a(i)
Namakan struktur R dan S.
R: …
S: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi neuron yang terkandung di dalam struktur R.
1 marks
b
Jika S tercedera, terangkan kesan terhadap gerak balas pada organ yang terlibat.
2 marks
c
Rajah 4.2 dan 4.3 menunjukkan dua jenis gerak balas.
Bezakan gerak balas dalam Rajah 4.2 dan Rajah 4.3.
| Rajah 4.2 | Rajah 4.3 |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan tindakan sel P dan sel Q apabila badan dijangkiti bakteria.
a(i)
Namakan sel P dan sel Q.
Sel P: …
Sel Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan barisan pertahanan yang ditunjukkan oleh sel P.
1 marks
b
Rajah 5.2 dan 5.3 menunjukkan dua suntikan yang berbeza kepada dua organisma.
Berikan **dua** perbezaan antara keimunan yang diperoleh oleh dua organisma ini.
2 marks
Jadual 1 menunjukkan sebahagian Rancangan Imunisasi di Malaysia.
| Imunisasi | Umur 0 bulan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| BCG | Dos 1 | Dos 2 | | | | |
| Hepatitis B | Dos 1 | Dos 2 | | | | Dos 3 |
| DTaP | | | Dos 1 | Dos 2 | Dos 3 | |
| Hib | | | Dos 1 | Dos 2 | Dos 3 | |
| Polio (IPV) | | | Dos 1 | Dos 2 | Dos 3 | |
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jadual 1
c(i)
Berikan **satu** kebaikan melengkapkan proses imunisasi oleh seseorang individu.
1 marks
c(ii)
Rajah 5.4 menunjukkan perbualan antara seorang doktor dan seorang wanita. Wanita tersebut dijangkiti virus kurang daya tahan manusia (HIV) dan mengambil keputusan untuk menjalani terapi ubat untuk mencegah sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS).
Berdasarkan perbualan di atas, jelaskan nasihat yang diberikan oleh doktor tersebut.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan jalur DNA bagi seorang ibu, seorang bapa dan tiga orang bayi. Kedua-dua ibu bapa ingin menentukan yang manakah anak mereka.
a(i)
Berdasarkan Rajah 6.1, namakan aplikasi bioteknologi yang telah digunakan.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **dua** contoh sampel yang boleh diambil daripada bayi tersebut.
1: …
2: …
2 marks
a(iii)
Berdasarkan jalur DNA yang ada dalam Rajah 6.1, siapakah bayi sebenar mereka? Terangkan jawapan anda.
2 marks
b
Dalam satu kes pembunuhan, sebilah pisau yang mempunyai kesan darah telah ditemui oleh pihak polis di tempat kejadian. Suspek utama kes pembunuhan ini mempunyai kembar seiras.
Apakah masalah yang akan timbul dalam mengenalpasti penjenayah sebenar menggunakan teknik di 6(a)(i) dan nyatakan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Masalah: … *(1 markah)*
Cara penyelesaian: … *(2 markah)*
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan dua orang petani yang melakukan semburan baja di satu kawasan pertanian.
a(i)
Nyatakan **dua** nutrien yang mengalir ke sungai dalam Rajah 7.1.
2 marks
a(ii)
Namakan keadaan yang berlaku kesan daripada pengaliran nutrien berlebihan terhadap sungai tersebut.
1 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan satu kawasan loji kumbahan.
Salah satu kaedah yang digunakan untuk merawat air sisa di loji kumbahan adalah dengan menyingkirkan bahan pencemar menggunakan tumbuhan.
Terangkan kaedah tersebut.
3 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan satu poster kempen yang dilaksanakan di sebuah sekolah.
Berdasarkan Rajah 7.3, bincangkan kebaikan kempen ini terhadap alam sekitar.
3 marks
89 marks
Jadual 8.1 menunjukkan taksonomi bagi tiga organisma berbeza.
| Peringkat | Manusia | Organisma X | Organisma Y |
|---|---|---|---|
| Alam | Animalia | Animalia | Eubacteria |
| Filum | Chordata | Chordata | Pseudomonadota |
| Kelas | Mammalia | Mammalia | Betaproteobacteria |
| Order | Primate | Cetacea | Nitrosomonadales |
| Famili | Hominidae | Delphinidae | Nitrosomonadaceae |
| Genus | *Homo* | *Orcinus* | *Nitrosomonas* |
| Spesies | *sapiens* | *orca* | *europea* |
Jadual 8.1
a(i)
Antara organisma X dan organisma Y, yang manakah mempunyai hubungan genetik yang lebih rapat dengan manusia? Terangkan jawapan anda.
2 marks
a(ii)
Organisma Y adalah organisma yang terlibat dalam kitar nitrogen. Huraikan kesan kepada kandungan nitrogen di dalam atmosfera jika populasi organisma Y berkurang.
3 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan dua serangga berbeza jantina yang mempunyai morfologi hampir serupa.
Dua serangga dalam Rajah 8.2 adalah dari spesies yang sama. Terangkan mengapa?
2 marks
c
Rajah 8.3 menunjukkan tayar terpakai yang terdapat di satu kawasan perumahan.
Cadangkan **satu** kaedah untuk mengurangkan populasi nyamuk *Aedes* di kawasan tersebut. Kaedah yang dicadangkan mesti menyumbang kepada kelestarian alam.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan sel sperma manusia.
Terangkan struktur sel sperma bagi menjalankan proses persenyawaan.
2 marks
Seorang wanita yang ingin mendapatkan anak kandung sendiri mengalami masalah tiub Falopio tersumbat. Wanita dan suaminya berjumpa doktor pakar dan memilih teknik seperti dalam Rajah 9.2.
b(i)
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan teknik yang dipilih.
5 marks
b(ii)
Terangkan pembentukan jenis kembar apabila semua embrio yang berbeza berjaya mengalami proses penempelan pada dinding endometrium.
3 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan dua jenis proses gametogenesis.
Banding dan bezakan proses P dan Q.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan pedigri yang membawa alel hemofilia dalam satu keluarga.
a(i)
Nyatakan genotip P dan T.
P: …
T: …
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana individu T mewarisi penyakit hemofilia.
8 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan kariotip bagi individu yang menghidap penyakit hemofilia.
Rajah 10.3 menunjukkan kariotip bagi individu yang menghidap Sindrom Jacob.
Banding dan bezakan penyakit yang dihidapi bagi kedua-dua individu tersebut.
5 marks
c
Pernyataan di bawah menunjukkan satu jenis variasi yang terdapat dalam manusia.
> Phenylthiocarbamide (PTC) ialah bahan kimia bukan toksik yang digunakan untuk mengkaji tahap kepekaan lidah manusia. Tahap kepekaan lidah manusia ialah sejenis variasi di mana terdapat individu yang boleh merasa PTC dan tidak dapat merasa PTC. Keupayaan untuk merasai PTC adalah trait dominan.
Berdasarkan pernyataan tersebut, nyatakan perbezaan antara jenis variasi trait perasa PTC dengan berat badan manusia.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan sebuah akuarium yang mengandungi beberapa ekor ikan, tumbuhan akuatik dan tumbuhan plastik. Ikan-ikan diberi makanan mengikut jadual dan kuantiti yang sepatutnya.
a(i)
Setelah beberapa hari, didapati ikan-ikan tersebut telah mati satu per satu. Terangkan kenapa ikan mati berdasarkan situasi di atas.
3 marks
a(ii)
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, sesuaikan keadaan akuarium di atas untuk membolehkan ikan-ikan sedia ada terus hidup.
7 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar untuk mengenal pasti warna cahaya yang terbaik untuk memaksimumkan kadar fotosintesis dalam tumbuhan akuatik. Eksperimen tersebut menggunakan lampu LED yang berlainan warna iaitu biru, merah dan kuning.
Keputusan eksperimen menunjukkan penggunaan lampu LED berwarna biru dapat menghasilkan kadar fotosintesis yang paling tinggi dalam tumbuhan akuatik.
Wajarkan keputusan anda.
6 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan sebuah rumah hijau.
> Tanaman bersuhu sederhana seperti tomato dan brokoli mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Selain diimport dari luar negara, tanaman ini juga ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands. Jika persekitaran yang terkawal dapat diwujudkan, tanaman ini juga dapat ditanam di kawasan tanah rendah di Malaysia.
Berdasarkan Rajah 11.3 dan pernyataan tersebut, cadangkan aspek yang perlu dipertimbangkan untuk membolehkan tanaman ditanam di dalam rumah hijau di kawasan tanah rendah dalam persekitaran yang terkawal tanpa melibatkan kos yang tinggi.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open