Nyatakan nama bahagian berlabel P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
P terbentuk daripada gabungan rantai karbohidrat yang melekat pada molekul protein. Nyatakan fungsi bahagian P.
1 marks
b
Membran plasma mempunyai sifat separa telap kerana dibina daripada lapisan Q dan protein. Nyatakan **satu** sifat bahan yang boleh merentasi lapisan Q.
1 marks
c
Larutan saline adalah sejenis larutan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami cirit birit. Terangkan mengapa.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan tindakan enzim X ke atas substrat maltosa.
a(i)
Nyatakan nama,
Enzim X: …
Molekul P: …
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 2.1, nyatakan dua ciri enzim X.
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan teknologi immobilasi enzim yang digunakan dalam industri pengetinan ikan.
Terangkan bagaimana teknologi itu membantu dalam industri tersebut.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan corak susunan daun.
Rajah 3.2 menunjukkan struktur dalaman lamina daun.
Berdasarkan Rajah 3.1,
a(i)
Namakan corak susunan daun.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** kelebihan corak susunan di 3(a)(i) kepada tumbuhan.
1 marks
b
Struktur S mengawalatur pembukaan dan penutupan stoma. Terangkan mekanisme yang berlaku dalam struktur ini apabila ketiadaan cahaya.
3 marks
c
Encik K seorang pengusaha ladang timun secara komersial mendapati semua pokok timunnya layu dan mati kerana suhu panas 'El Nino'. Pegawai pertanian menasihati beliau untuk membina rumah hijau bagi mengatasi masalah tersebut.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, terangkan bagaimana suhu di dalam rumah hijau dikawal untuk meningkatkan hasil tanaman.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan hasil peranan sejenis hormon dalam gerakan akar dan pucuk anak benih jagung yang diletakkan secara mengufuk.
a
Namakan gerak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
(i) Akar: …
(ii) Pucuk: …
2 marks
b(i)
Nyatakan **satu** faktor yang menentukan taburan hormon auksin pada anak benih jagung.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana faktor yang dinamakan di (b)(i) mempengaruhi taburan hormon.
1 marks
c
Berikan satu fungsi hormon auksin pada buah jagung.
1 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan kesan kepekatan auksin terhadap pemanjangan akar dan pucuk.
Berdasarkan Rajah 4.2, terangkan kesimpulan tindakan auksin pada pucuk dan akar.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan kariotip individu yang mempunyai penyakit genetik disebabkan oleh mutasi yang berlaku pada kromosom yang ke-5.
a(i)
Namakan penyakit yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu simptom penyakit yang dinyatakan di (a)(i).
1 marks
b
Nyatakan jenis mutasi yang menyebabkan penyakit tersebut.
1 marks
c
> Agent Orange (Agen Jingga) ialah sejenis racun dan bahan peranggas (defoliant) kimia yang digunakan sebagai senjata taktikal tentera Amerika Syarikat untuk sebahagian daripada rancangan peperangan herbisid Operasi Ranch Hand semasa Perang Vietnam dari 1961 hingga 1971. Herbisid boleh menyebabkan berlaku keabnormalan pada gen dalam badan manusia, haiwan dan tumbuhan jika terdedah secara berlebihan untuk jangka masa yang lama.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan impak jangka masa panjang peristiwa tersebut terhadap manusia dan tumbuhan.
3 marks
d
Mutasi dapat berlaku kepada sel soma atau sel gamet dan akan menghasilkan variasi dalam populasi. Nyatakan perbezaan antara mutasi sel soma dan sel gamet.
| Mutasi sel soma | Mutasi sel gamet |
|---|---|
| | |
| | |
2 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Nyatakan nama bagi struktur R dan T.
R: …
T: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan ciri penyesuaian struktur T dalam menyerapan nutrien.
1 marks
b
Seorang individu yang mengalami obesiti telah menjalani prosedur pembedahan bariatrik. Pembedahan bariatrik ialah satu kaedah pembedahan untuk membuang sebahagian daripada organ S bagi mengurangkan berat badan.
Terangkan bagaimana pembedahan ini boleh mengurangkan berat badannya.
3 marks
c
Pencernaan terdiri daripada dua bahagian iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan perbezaan pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
| Pencernaan fizikal | Pencernaan kimia |
|---|---|
| … | Proses penguraian molekul kompleks menjadi molekul ringkas |
| Melibatkan pengunyahan dan peristalsis | … |
Jadual 1
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan pengaliran tenaga dalam rantai makanan pada organisma P, Q, R dan S.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7, nyatakan komponen biosis bagi organisma P dan Q.
Organisma P: …
Organisma Q: …
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa organisma P sangat penting dalam rantai makanan.
2 marks
b
Jika organisma P menyerap 150 000 kJ tenaga, kirakan tenaga yang akan diperolehi oleh organisma dalam aras trof ketiga.
2 marks
c
Ramalkan apa akan berlaku kepada aliran tenaga jika satu lagi aras trof ditambahkan ke dalam Rajah 7.
1 marks
d
Tumbuhan dan haiwan dalam Rajah 7 yang mati akan mengalami proses pereputan oleh organisma T. Jika nic organisma T tidak berlaku, justifikasikan kesannya kepada kitar nitrogen dalam ekosistem tersebut.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan dua jenis sendi pada manusia.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8.1, nyatakan persamaan ciri antara struktur R dan S.
1 marks
a(ii)
Bezakan antara sendi P dan sendi Q.
| Aspek | Sendi P | Sendi Q |
|---|---|---|
| Jenis sendi | | |
| Membenarkan pergerakan | | |
| Contoh | | |
3 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan keadaan sendi jari Encik K akibat kekurangan penghasilan bendalir M.
Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan kesan kekurangan bendalir M ke atas sendi Encik K.
3 marks
c
Pernyataan di bawah menerangkan tentang kaedah rawatan tisu tulang.
> Pada masa kini, tiub nano karbon digunakan dalam bidang ortopedik sebagai perancah untuk pertumbuhan tisu tulang. Kaedah ini merupakan rawatan alternatif kepada masalah tulang selain kaedah implan logam dan penggunaan *Plaster-of-Paris* (POP) / simen kerana cirinya yang ringan, kuat, degradasi dan tidak beracun.
Cadangkan nutrien yang sesuai untuk membantu mempercepatkan penyembuhan tisu tulang selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan satu mekanisme apabila mata dimasuki habuk.
Terangkan mekanisme dalam Rajah 9.1 untuk menghalang patogen daripada memasuki badan.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan sejenis pertahanan badan manusia.
Seorang surirumah terpijak kaca yang mengandungi bakteria ketika membersihkan dapur dan mengakibatkan jangkitan berlaku.
Terangkan kesan mekanisme pertahanan badan dalam Rajah 9.2 yang bertindak ke atas bakteria tersebut.
8 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan dua kaedah bagaimana bayi mendapat keimunan.
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh bayi melalui dua kaedah ini.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan keratan rentas bunga.
Berdasarkan Rajah 10.1,
a(i)
Mengapakah struktur stamen dan karpel berada pada bunga yang sama.
2 marks
a(ii)
Terangkan persamaan dan perbezaan dalam pembentukan gamet yang berlaku dalam struktur X dan struktur Y.
10 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan karpel yang matang.
Karpel pada Rajah 10.2 mengalami ketidaknormalan pada struktur P di mana struktur P tidak terbentuk.
Selepas pendebungaan, terangkan kesan ketidaknormalan terhadap proses persenyawaan yang berlaku.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Pembangunan yang mampan ialah pembangunan yang tidak mengenepikan kestabilan ekosistem. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah melalui pemeliharaan ekosistem. Dengan menggunakan satu contoh, terangkan maksud pemeliharaan ekosistem.
3 marks
b
Rajah 11.1 menunjukkan petikan akhbar berkaitan satu masalah alam sekitar yang telah menyebabkan kemusnahan kepada harta benda yang melanda sebuah kawasan di Malaysia.
> Bentong : Kejadian kepala air dan banjir lumpur di Jalan Lama Gombak-Bentong pada bulan lalu membawa kepada pembongkaran aktiviti pekebun warga asing menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi di sini, bagi 'projek' tanaman halia Bentong yang bernilai tinggi.
>
> Aktiviti haram berkenaan berjaya dikesan selepas kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong membuat pemeriksaan laluan air sehingga menemui 'rahsia' dalam hutan simpan itu yang mengakibatkan bencana alam termasuk tanah runtuh pada 12 Februari lalu.
>
> (Sumber : Harian Metro Online)
Rajah 11.1
Selain tindakan tegas terhadap pekebun haram, pihak berkuasa turut menggiatkan usaha penanaman semula pokok di kawasan yang terlibat. Terangkan bagaimana penanaman semula pokok boleh membantu mengatasi masalah alam sekitar di dalam petikan akhbar dalam Rajah 11.1.
7 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan produk amalan berkonsepkan teknologi hijau.
**Produk amalan berkonsepkan teknologi hijau:**
- Ekoenzim
- Baja semulajadi dan baja foliar
- Biogas
- Tepung untuk pembuatan bioplastik
Rajah 11.2
Merujuk kepada Rajah 11.2, pelbagai produk dapat dihasilkan melalui amalan berkonsepkan teknologi hijau. Sebagai seorang pengguna, wajarkan penerapan amalan teknologi hijau dalam meningkatkan kualiti hidup.
6 marks
d
Agenda Tempatan 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bekerjasama bagi merancang serta menguruskan kawasan dan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan serta kehidupan yang berkualiti.
**Agenda Tempatan 21 Putrajaya** → Sosial | Ekonomi | Alam Sekitar
Rajah 11.3
Rajah 11.3 menunjukkan aspek-aspek yang ditekankan dalam Agenda Tempatan 21 Putrajaya. Sebagai seorang penduduk yang cakna, cadangkan aktiviti-aktiviti yang anda boleh jalankan dalam komuniti anda sebagai usaha menyokong Agenda Tempatan 21 dalam melestarikan alam sekitar.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open