Rajah 1.1 menunjukkan contoh makanan bagi satu kelas makanan.
a(i)
Namakan kelas makanan yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
1 marks
a(ii)
Namakan **satu** unsur bagi kelas makanan dalam (a)(i).
1 marks
a(iii)
Nyatakan **dua** kepentingan kelas makanan bagi Rajah 1.1.
2 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan sebahagian daripada struktur asid nukleik. Bes bernitrogen mestilah berpasangan dengan betul untuk membolehkannya berfungsi.
Padankan pasangan bes bernitrogen berikut dengan betul.
| Bes bernitrogen | Pasangan bes bernitrogen |
|---|---|
| Adenina | Guanina |
| Sitosina | Timina |
*(Tulis pasangan bagi Adenina dan bagi Sitosina.)*
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan organisma X dan organisma Y.
a(i)
Namakan struktur yang berlabel Q dan R pada organisma X.
Q: …
R: …
2 marks
a(ii)
Struktur P terlibat dalam pergerakan dan pemakanan bagi organisma X.
Terangkan kesan jika struktur P tidak berfungsi.
3 marks
a(iii)
Setiap organisma mempunyai proses hidup yang tersendiri.
Bezakan kaedah pembiakan bagi organisma X dan organisma Y.
1 marks
37 marks
Rajah 3.1(a) dan 3.1(b) menunjukkan organisasi sel dalam organisma multisel.
**Rajah 3.1(a)**
Peringkat J → Peringkat K → Peringkat M → Peringkat N → Organisma
a(i)
Nyatakan peringkat organisasi sel yang ditunjukkan dalam peringkat M.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** sebab bagi jawapan di (a)(i).
1 marks
b(i)
Namakan contoh peringkat N dalam Rajah 3.1.
1 marks
b(ii)
Terangkan kepentingan organ bunga dalam tumbuhan berbunga.
2 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan satu komponen sel yang dijumpai dengan banyak dalam sel mesofil tumbuhan.
Komponen sel tersebut penting dalam fotosintesis.
Terangkan **satu** penyesuaian komponen tersebut untuk menjalankan fungsinya dengan cekap.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keratan rentas sejenis daun.
a(i)
Namakan tisu Q.
1 marks
a(ii)
Terangkan penyesuaian tisu Q untuk menjalankan proses fotosintesis.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan tumbuhan R dan S yang mempunyai ketinggian yang berbeza dalam hutan hujan tropika.
Rajah 4.3 menunjukkan titik pampasan bagi dua jenis tumbuhan yang tumbuh pada lokasi yang terdedah kepada keamatan cahaya yang berbeza dalam hutan hujan tropika.
b(i)
Labelkan **R** dan **S** dalam Rajah 4.2 kepada kotak yang disediakan dalam Rajah 4.3. *(Tulis dalam perkataan: huruf (R atau S) bagi kotak atas yang bersebelahan garis penuh dan huruf bagi kotak bawah yang bersebelahan garis putus-putus.)*
1 marks
b(ii)
Terangkan hubungan antara ketinggian tumbuhan R dan S dalam soalan (b)(i) dengan kadar fotosintesis.
2 marks
b(iii)
Tumbuhan S yang tumbuh di lantai hutan hujan tropika mencapai titik pampasan pada jam 10.00 pagi.
Ramalkan pada jam berapakah tumbuhan R di hutan yang sama mencapai titik pampasannya?
1 marks
58 marks
Pernyataan berikut adalah berkenaan sejenis fitohormon.
> Hormon M berfungsi dalam menggalakkan kedormanan biji benih dan merencatkan pertumbuhan tumbuhan.
a(i)
Namakan hormon M.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **dua** fungsi lain bagi hormon M.
1): …
2): …
2 marks
Rajah 5 menunjukkan buah tembikai tanpa biji yang dihasilkan menerusi teknik tertentu.
b(i)
Sebagai ahli fisiologi tumbuhan, anda berhasrat membantu para petani untuk menghasilkan buah tembikai tanpa biji.
Terangkan teknik yang perlu dilakukan.
2 marks
b(ii)
Nyatakan kebaikan dan keburukan penghasilan buah tembikai tanpa biji.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan dua individu P dan Q dalam situasi yang berbeza.
a(i)
Tulis persamaan perkataan bagi mewakili proses respirasi yang berlaku dalam otot individu P dan individu Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan perbezaan antara proses respirasi yang dinamakan dalam 6(a)(i).
| Aspek | P | Q |
|---|---|---|
| Tempat berlaku | … | … |
| Jumlah tenaga yang dihasilkan | … | … |
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis tumbuhan di kawasan sawah padi bertakung.
b(i)
Terangkan **satu** penyesuaian pokok padi untuk bermandiri dalam persekitaran tersebut.
1 marks
b(ii)
Ramalkan apa akan berlaku kepada pokok lalang tersebut. Jelaskan.
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan proses sintesis protein dan perembesan enzim oleh satu sel.
a(i)
Nyatakan kepentingan komponen P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis enzim yang dihasilkan dalam Rajah 7.
1 marks
b
Encik X adalah seorang tukang masak profesional. Beliau selalunya membalut daging dengan daun betik dan daging tersebut diperap selama 4 jam sebelum dimasak.
Jelaskan tujuan Encik X berbuat sedemikian.
3 marks
c
Sekumpulan penyelidik menjumpai satu strain bakteria yang hidup di kawasan mata air panas yang mengandungi sejenis enzim yang tertentu. Mereka mencadangkan enzim tersebut boleh diekstrak untuk ditambahkan ke dalam serbuk pencuci pakaian.
Wajarkan tindakan kumpulan penyelidik tersebut.
2 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan **dua** persamaan kimia bagi proses metabolisme yang berlaku dalam sel.
**Rajah 7.2**
- Karbon dioksida + Air → Glukosa + Oksigen
- Glukosa → Piruvat + Air
Bezakan kedua-dua jenis metabolisme tersebut.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh manusia.
a(i)
Nyatakan aktiviti tersebut.
1 marks
a(ii)
Aktiviti tersebut mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Terangkan pernyataan tersebut.
3 marks
a(iii)
Sebagai aktivis alam sekitar, anda tidak bersetuju dengan aktiviti pada Rajah 8.1. Anda berpendapat aktiviti tersebut lebih banyak memberi impak negatif terhadap biodiversiti dan alam sekitar.
Cadangkan isi-isi penting sekiranya anda ingin memberi ucapan kepada orang ramai mengenai kepentingan mengekalkan biodiversiti dari aspek kesihatan.
3 marks
b
Alam sekitar adalah salah satu daripada empat tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN). Usaha ini dapat memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Rajah 8.2 adalah dua contoh produk teknologi hijau.
Jelaskan bagaimana produk-produk di atas dapat melestarikan alam sekitar.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan keratan membujur ginjal manusia. Darah, air serta urea memasuki ginjal melalui salur darah R kemudiannya meninggalkan ginjal melalui salur darah S.
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan bagaimana urea dan air berlebihan dalam darah dikumuhkan daripada badan.
3 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan struktur nefron yang terlibat dalam proses pembentukan air kencing.
Huraikan bagaimana struktur W, X dan Y terlibat semasa pembentukan air kencing.
7 marks
c
Maklumat berikut menunjukkan dua individu berbeza berkaitan dengan kehilangan air daripada badan. Tabiat ini berkaitan juga dengan pengosmokawalaturan.
| Individu M | Individu N |
|---|---|
| Bekerja sebagai seorang buruh di tapak pembinaan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Beliau kelihatan kerap mengesat peluh sewaktu bekerja. | Bekerja sebagai seorang kerani akaun di sebuah bank dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Beliau didapati ke tandas sebanyak lima kali sewaktu bekerja. |
Banding dan bezakan pengosmokawalaturan bagi individu M dan individu N.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan keadaan sendi lutut seorang wanita yang obes. Beliau telah mendapatkan rawatan sendi palsu di sebuah hospital.
a(i)
Terangkan ciri tisu X yang membolehkan tisu tersebut menjalankan fungsinya.
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa wanita tersebut diberi rawatan sendi palsu.
2 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan aktiviti pergerakan pada manusia.
Berdasarkan Rajah 10.2, terangkan bagaimana pergerakan di atas berlaku yang melibatkan tindakan otot berantagonis.
8 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan pergerakan bagi dua organisma di habitat yang berbeza.
Jelaskan bagaimana sistem rangka bagi setiap organisma itu dapat disesuaikan untuk gerak alih di habitat masing-masing.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 11 menunjukkan ciri dan trait bagi satu kacukan yang dilakukan oleh Mendel antara pokok-pokok kacang pea (*Pisum sativum*).
**Jadual 11**
| Ciri-ciri | Trait | Trait |
|---|---|---|
| Kedudukan bunga | Aksial : 651 | Terminal : 207 |
| Bentuk biji | Bulat : 5824 | Berkedut : 1992 |
| Warna bunga | Ungu : 705 | Putih : 224 |
a(i)
Terangkan Hukum Pewarisan Mendel yang ditunjukkan di atas.
2 marks
a(ii)
Dalam satu eksperimen yang lain, bunga warna ungu heterozigot dikacukkan dengan bunga warna putih.
Apakah kebarangkalian generasi filial I? Terangkan jawapan anda dengan menggunakan rajah skema. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: fenotip dan genotip induk, proses pembentukan gamet, gamet, persenyawaan, genotip F1 dan kebarangkalian F1.)*
3 marks
Rajah 11.1 menunjukkan salasilah keluarga bagi pewarisan talasemia. Talasemia merupakan penyakit pewarisan. Penyakit ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya.
b(i)
Apakah kegunaan analisis salasilah keluarga?
2 marks
b(ii)
Berdasarkan kepada salasilah keluarga di atas, terangkan mengapakah semua anak pasangan **Q** dan **R** mewarisi penyakit talasemia.
6 marks
b(iii)
Rajah 11.2 menunjukkan poster Ujian Saringan Talasemia yang dijalankan kepada semua murid Tingkatan 4.
Wajarkan keperluan melakukan ujian saringan ini.
2 marks
b(iv)
Individu **P** ingin berkahwin dengan individu **U**.
Sebagai seorang Kaunselor Genetik berikan khidmat nasihat anda dari sudut kesihatan dan cadangkan individu lain dalam Rajah 11.2 yang sepatutnya dipilih.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open