Rajah 1 menunjukkan *Paramecium* sp. yang hidup dalam kolam air tawar.
a
Namakan K dan L.
K: …
L: …
2 marks
b
Nyatakan fungsi L.
1 marks
c
Terangkan apa yang akan berlaku kepada *Paramecium* sp. jika struktur K gagal berfungsi.
2 marks
d
Nyatakan jenis pembiakan *Paramecium* sp. apabila keadaan persekitaran tidak sesuai.
1 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur respirasi seekor katak.
a
Namakan struktur X.
1 marks
b
Terangkan **satu** penyesuaian struktur X.
2 marks
c
Semasa musim kemarau, katak terdedah kepada suhu yang melampau. Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi pertukaran gas pada struktur X.
3 marks
37 marks
Biri-biri mempunyai pelbagai jenis warna bulu. Warna bulu dikawal oleh sepasang alel. Rajah 3.1 menunjukkan bagaimana dua warna bulu yang berlainan diwariskan. Warna bulu putih adalah dominan.
Kekunci:
- G: Mewakili alel dominan bulu putih
- g: Mewakili alel resesif bulu hitam
a
Berdasarkan Rajah 3.1, tentukan genotip bagi P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b
Nyatakan Hukum Segregasi Mendel.
2 marks
c
Dalam pewarisan warna bulu pelepah ayam Andalusia, ianya dikawal oleh alel kodominan. Alel untuk bulu pelepah putih ialah A^W^ dan alel untuk bulu pelepah hitam ialah A^B^.
Rajah 3.2 menunjukkan induk ayam Andalusia dengan bulu pelepah putih dan ayam Andalusia dengan bulu pelepah hitam.
Berdasarkan Rajah 3.2, tentukan genotip induk, gamet dan genotip F~1~ jika induk bulu pelepah putih dan induk bulu pelepah hitam dikacukkan.
| | | | |
|---|---|---|---|
| Fenotip induk | Bulu pelepah putih | × | Bulu pelepah hitam |
| Genotip induk | … | × | … |
| Gamet | … | | … |
| Genotip F~1~ | | … | |
*(Tulis jawapan anda dalam perkataan: genotip kedua-dua induk, gamet setiap induk dan genotip F~1~.)*
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sekuntum bunga.
Rajah 4.2 menunjukkan proses pembentukan debunga.
a(i)
Labelkan **M** pada struktur yang menghasilkan debunga pada Rajah 4.1. *(Huraikan label anda dalam perkataan: bahagian bunga yang anda labelkan M.)*
1 marks
a(ii)
Namakan M.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4.2, terangkan proses pembentukan debunga.
2 marks
c
Sebatang tumbuhan berbunga telah dijangkiti oleh kulat yang merosakkan keseluruhan stigma bunga. Pada pendapat anda, adakah tumbuhan ini boleh menghasilkan biji benih?
Terangkan jawapan anda.
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sejenis pokok yang boleh ditemui di ekosistem paya bakau.
a
Berdasarkan Rajah 5.1, namakan jenis sistem akar yang ditunjukkan.
1 marks
b
> Pokok bakau hidup dalam habitat yang terdedah kepada keamatan cahaya yang tinggi.
Berdasarkan kenyataan di atas, terangkan adaptasi pokok bakau untuk meneruskan kemandiriannya di habitat tersebut.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan zon di dalam ekosistem paya bakau.
c(i)
Bezakan antara Zon Y dan Z. Tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan.
| Aspek | Zon Y | Zon Z |
|---|---|---|
| Nama zon | … | … |
| Nama spesies dominan | … | … |
*(Tulis jawapan anda bagi setiap petak.)*
2 marks
c(ii)
> **The Guardian**
>
> **Tumpahan minyak mengancam sebahagian besar kawasan bakau dan terumbu karang di Brazil**
>
> **Pencemaran merentasi 2,400km garis pantai, para saintis bimbang pencemaran terhadap rantai makanan.**
>
> Beratus-ratus kilometer kawasan bakau dan terumbu karang, serta tempat pembiakan ikan paus bongkok, berada di bawah ancaman tumpahan minyak yang telah mencemarkan lebih 2,400km pantai timur laut Brazil pada bulan lepas.
*Retrieved from https://www.theguardian.com/environment/2019/nov/07/oil-spill-threatens-vast-areas-of-mangroves-and-coral-reefs-in-brazil*
Terangkan bagaimana situasi yang dinyatakan dalam artikel memberi kesan terhadap kadar respirasi akar pokok bakau di Zon Garis Pantai seperti Rajah 5.2.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Pada Rajah 6.1, labelkan P. *(Tulis nama struktur P.)*
1 marks
a(ii)
Organ Q seorang dewasa telah dibuang. Terangkan kesan terhadap proses pencernaan lipid.
2 marks
b
Doktor menyarankan kepada pesakit diabetes melitus untuk menukarkan pengambilan beras putih kepada beras perang dalam diet seharian. Rajah 6.2 menunjukkan maklumat pemakanan bagi 100g beras perang dan beras putih. Beras perang dan beras putih mempunyai Indeks Glisemik yang berbeza.
Indeks Glisemik (IG) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.
Terangkan mengapa doktor memberikan saranan tersebut.
3 marks
c
Sekumpulan pelajar menjalankan ujian Benedict untuk mengenalpasti jenis karbohidrat. Hasil ujian adalah seperti dalam Jadual 6.1.
Terangkan mengapa pemerhatian ujian Benedict adalah berbeza seperti di dalam Jadual 6.1.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan struktur nefron dalam ginjal manusia.
a(i)
Namakan struktur P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan proses yang berlaku di antara glomerulus dan P.
1 marks
b
Nyatakan **dua** perbezaan kandungan dalam glomerulus berbanding kandungan dalam P.
| Kandungan dalam glomerulus | Kandungan dalam P |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
c
Seorang individu mengalami kerosakan ginjal yang menyebabkan hematuria. Hematuria adalah keadaan dimana darah dijumpai di dalam air kencing.
Terangkan mengapa keadaan ini berlaku.
2 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan dua jaket yang berbeza.
Seorang saintis bercadang untuk melakukan ekspedisi ke Antartika bagi menjalankan penyelidikan biologi.
Pilih jaket yang paling sesuai untuk dipakai semasa ekspedisi tersebut.
Wajarkan jawapan anda.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan seekor ikan.
a(i)
Namakan otot yang terlibat dalam pergerakan ikan.
1 marks
a(ii)
Otot yang dinamakan di 8(a)(i) mengalami kecederaan.
Terangkan kesan kecederaan terhadap libasan ekor ikan berbanding sebelum kecederaan.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan struktur lengan seorang atlet yang sedang bermain badminton.
b(i)
Namakan struktur L.
1 marks
b(ii)
> Atlet tersebut mengalami koyakan mikro pada otot K disebabkan latihan lasak setiap hari. Sebaik sahaja ini berlaku, aliran darah akan tertumpu ke kawasan tersebut untuk proses pemulihan otot K.
Terangkan bagaimana aliran darah tersebut boleh membantu memulihkan otot K.
3 marks
Rajah 8.3 menunjukkan Pinggan Sihat Malaysia seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
c(i)
Sebagai pakar pemakanan, ubahsuai panduan pemakanan dalam Rajah 8.3 tersebut untuk memenuhi keperluan seorang atlet yang menjalani latihan lasak.
1 marks
c(ii)
Terangkan jawapan anda dalam 8(c)(i).
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Kereta elektrik yang pertama diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2013. Ia mengeluarkan gas rumah hijau dan bahan pencemar yang lebih rendah berbanding kereta biasa. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti udara di kawasan bandar.
Rajah 9.1 menunjukkan satu petikan akhbar atas talian mengenai peningkatan minat rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan elektrik.
> **Minat yang semakin meningkat dalam kenderaan elektrik di Malaysia**
>
> Jumaat, 15 Apr 2022 10:07 AM
>
> KUALA LUMPUR, 15 April – Kenderaan elektrik (*EVs*) menjadi sohor kini. Ramai yang telah memiliki kenderaan ini dan mula berkongsi gambar bagi menunjukkan kegembiraan dan kebanggaan mereka di media sosial.
>
> *(Gambar: sebuah kereta elektrik sedang dicas di stesen pengecasan.)*
Rajah 9.1
a
Berdasarkan petikan di atas, berikan definisi teknologi hijau.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan langkah-langkah menghasilkan pembersih eko-enzim daripada sisa buah-buahan.
b(i)
Berdasarkan Rajah 9.2, huraikan bagaimana anda boleh menghasilkan pembersih eko-enzim.
5 marks
b(ii)
Nyatakan kelebihan-kelebihan menggunakan eko-enzim sebagai agen pembersih.
3 marks
Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b) menunjukkan dua aktiviti manusia yang mengancam ekosistem.
c(i)
Bincangkan kesan-kesan aktiviti dalam Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b) terhadap ekosistem.
6 marks
c(ii)
Rajah 9.4(a) menunjukkan keadaan tasik berhampiran kilang baja P yang tiada sistem rawatan sisa bahan buangan.
Rajah 9.4(b) pula menunjukkan keadaan tasik berhampiran kilang baja Q yang mempunyai sistem rawatan sisa bahan buangan.
Berdasarkan Rajah 9.4(a) dan Rajah 9.4(b), bezakan kesan kilang baja P dan Q terhadap ekosistem dan organisma akuatik dalam kedua-dua tasik tersebut.
4 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan sejenis tisu vaskular.
Terangkan **satu** ciri penyesuaian struktur tersebut untuk mengangkut air dalam tumbuhan.
2 marks
Rajah 10.2 menunjukkan satu tumbuhan yang didedahkan kepada karbon dioksida beradioaktif.
b(i)
Selepas 36 jam, tumbuhan tersebut telah diuji untuk menentukan kehadiran bahan radioaktif.
Sukrosa beradioaktif telah dikesan dalam Cili K. Terangkan bagaimana sukrosa beradioaktif hadir dalam cili tersebut.
6 marks
b(ii)
Sukrosa beradioaktif tidak dikesan dalam cili L. Terangkan mengapa?
2 marks
Rajah 10.3 menunjukkan pengangkutan air dalam tumbuhan.
c(i)
Huraikan proses pergerakan air bermula dari X, Y dan Z.
7 marks
c(ii)
Rajah 10.4 dan transpirasi adalah dua proses yang menyebabkan kehilangan air secara kekal dari daun ke persekitaran.
Bezakan kedua-dua proses tersebut.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan dua gambar Kucing Siam X yang sama dengan warna bulu yang berbeza pada bahagian-bahagian badan yang tertentu. Warna bulu berubah mengikut perubahan empat musim.
Berdasarkan Rajah 11.1, terangkan kesan suhu terhadap perbezaan warna bulu Kucing Siam X tersebut.
3 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan darah pesakit yang mempunyai masalah kecacatan genetik.
Berdasarkan Rajah 11.2, terangkan bagaimana kecacatan genetik tersebut mempengaruhi kesihatan pesakit.
4 marks
c
Rajah 11.3(a) menunjukkan variasi jengkal tangan dan Rajah 11.3(b) menunjukkan variasi bentuk ibu jari pada tangan manusia.
Nyatakan perbezaan antara jenis variasi dalam Rajah 11.3(a) dan Rajah 11.3(b).
3 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan dua jenis tomato yang berbeza.
Bincangkan kebaikan dan keburukan makanan terubah suai genetik terhadap kehidupan manusia.
5 marks
e
Rajah 11.5 menunjukkan maklumat berkaitan susu bebas alergi.
> **Allergy Free Milk**
>
> - Pada 2012 AgResearch, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan New Zealand, telah mengubahsuai genetik seekor lembu untuk menghasilkan susu tanpa protein β-lactoglobulin yang boleh menyebabkan alahan.
> - Lembu tersebut juga dikenali sebagai organisma terubah suai genetik (GMO).
>
> *(Gambar: seekor lembu tenusu.)*
Rajah 11.5
Cadangkan **satu** teknik dalam kejuruteraan genetik untuk menghasilkan susu bebas alergi.
Huraikan jawapan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open