Rajah 1.1 menunjukkan dua komponen sel yang banyak terdapat dalam sel tumbuhan.
a
Berdasarkan Rajah 1.1, namakan sel yang padat dengan komponen P dan Q. *(Tulis nama sel bagi ruangan 'Sel' untuk komponen P dan komponen Q.)*
P: …
Q: …
2 marks
b
Terangkan mengapa komponen P padat di dalam sel yang dinamakan di 1(a).
2 marks
c
Rajah 1.2 menunjukkan aktiviti di kawasan kuari yang menyebabkan pencemaran udara.
Pertumbuhan pokok yang hidup di persekitaran sebuah kuari juga akan terbantut.
Terangkan kesan aktiviti kuari terhadap fungsi komponen Q.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan model mozek bendalir membran plasma.
a(i)
Namakan struktur P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Kolesterol terbenam di dalam membran plasma. Nyatakan fungsi kolesterol.
1 marks
b
Asid lemak, gliserol serta vitamin A, D, E dan K mempunyai ciri khusus yang membolehkan bahan-bahan ini merentasi membran plasma. Nyatakan ciri tersebut.
1 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan produk kesihatan yang mengandungi vitamin C dengan menggunakan teknologi liposomal. Melalui kaedah ini, vitamin C dapat diserap secara terus ke dalam sel.
Terangkan sifat liposom yang dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan produk kesihatan tersebut.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan mekanisme tindakan enzim ke atas suatu substrat.
a
Apakah yang diwakili oleh A, B dan C.
A: …
B: …
C: …
2 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 3, terangkan hipotesis mekanisme tindakan enzim.
2 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** ciri enzim berdasarkan Rajah 3.
1 marks
c
Seorang suri rumah ingin merebus daging supaya lembut dalam masa yang singkat. Dengan menggunakan pengetahuan biologi anda, cadangkan satu cara yang boleh beliau lakukan.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan keratan rentas saraf tunjang dan saraf periferi dalam arka refleks.
a
Namakan neuron R dan S.
R: …
S: …
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan **satu** kepentingan laluan saraf yang terlibat.
1 marks
c
Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan perbezaan antara neuron R dan S berdasarkan kriteria berikut.
| Neuron R | Kriteria | Neuron S |
|---|---|---|
| … | Kedudukan badan sel | … |
| … | Fungsi | … |
2 marks
d
Puan T telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan doktor mendiagnosis kecederaan yang berlaku pada neuron S di lututnya.
Terangkan bagaimana doktor dapat membuat pemeriksaan awal bagi memastikan diagnosis tersebut betul.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan keratan rentas lamina daun.
a(i)
Namakan struktur A dan B.
A: …
B: …
2 marks
a(ii)
Terangkan penyesuaian struktur A yang dikaitkan dengan kecekapan fotosintesis.
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan satu komponen sel yang terlibat dalam proses fotosintesis.
Bezakan tindak balas yang berlaku di X dan Y.
2 marks
c
Graf dalam Rajah 5.3 menunjukkan pengambilan karbon dioksida oleh tumbuhan mengikut keamatan cahaya berbeza.
Ramalkan kesan kepada pertumbuhan tumbuhan jika kadar fotosintesis dan kadar respirasi sel kekal sama pada titik pampasan.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan struktur respirasi organisma P dan organisma Q.
a(i)
Namakan struktur R dan S.
R: …
S: …
2 marks
a(ii)
Terangkan ciri struktur S yang meningkatkan kecekapan pertukaran gas.
1 marks
a(iii)
Nyatakan dua perbezaan bagi mekanisme pernafasan organisma P dan organisma Q.
| Organisma P | Aspek | Organisma Q |
|---|---|---|
| … | Liang pernafasan | … |
| … | Struktur yang membantu pernafasan | … |
2 marks
b
Puan M selalu memeriksa warna insang ikan sebelum membelinya kerana ikan yang masih segar mempunyai insang yang berwarna merah.
Terangkan mengapakah ikan segar memiliki insang yang berwarna merah.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan pengkolonian dan sesaran yang berlaku di kawasan paya bakau.
a
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan nama spesies pokok bakau yang dijumpai di zon P dan zon Q.
Zon P: …
Zon Q: …
2 marks
b
Terangkan **satu** adaptasi tumbuhan yang hidup di zon Q.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan struktur biji benih vivipariti pokok bakau.
Ramalkan kesan sekiranya struktur biji benih tersebut tidak mempunyai bentuk seperti dalam Rajah 7.2.
1 marks
d
Pokok bakau mempunyai banyak kepentingan kepada ekosistem yang berada di sekelilingnya.
Wajarkan kepentingan kayu bakau kepada ekonomi negara.
2 marks
e
Rajah 7.3(a) dan Rajah 7.3(b) menunjukkan jenis interaksi yang berlaku antara organisma.
Bezakan jenis interaksi berdasarkan Rajah 7.3(a) dan Rajah 7.3(b).
| Rajah 7.3(a) | Rajah 7.3(b) |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan kitar sel.
a
Nyatakan perbezaan antara fasa X dan fasa Y.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan pembentukan sel kanser di dalam hati.
b(i)
Terangkan bagaimana sel kanser terbentuk.
2 marks
b(ii)
Radioterapi adalah satu kaedah rawatan kanser menggunakan sinaran radioaktif.
Terangkan bagaimana rawatan ini merencat pertumbuhan sel kanser.
1 marks
b(iii)
Rajah 8.3 menunjukkan maklumat berkaitan kempen pendermaan organ.
Setelah meneliti poster tersebut, Encik S berhasrat untuk mendermakan sebahagian hatinya kepada yang memerlukan.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, wajarkan keputusan yang diambil oleh Encik S.
2 marks
c
Pokok moringa adalah tumbuhan antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang yang telah lama digunakan disebabkan khasiatnya pada kesihatan. Seorang peladang ingin menghasilkan pokok moringa jenis baka baik dalam jumlah yang banyak pada masa yang singkat.
Cadangkan teknik yang boleh digunakan oleh peladang tersebut.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan perwarisan warna bulu dalam arnab. Arnab jantan R adalah heterozigot manakala arnab betina S adalah homozigot resesif.
- **B** ialah alel dominan bulu hitam
- **b** ialah alel resesif untuk bulu putih
a(i)
Terangkan jenis perwarisan yang ditunjukkan oleh warna bulu arnab.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, lukiskan rajah skema untuk menerangkan perwarisan yang berlaku antara arnab R dan arnab S. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: fenotip dan genotip induk, proses yang berlaku, gamet, genotip dan fenotip anak, serta nisbah/kebarangkalian.)*
6 marks
b(i)
Penyakit talasemia ialah penyakit perwarisan. Penyakit ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Terangkan bagaimana penyakit talasemia ini diwarisi.
5 marks
b(ii)
Jelaskan bagaimana penyakit ini memberi kesan terhadap kesihatan penghidapnya.
2 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan kariotip bagi dua individu berbeza.
Bandingkan kariotip bagi individu T dan individu U.
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan perkembangan folikel dan ketebalan dinding endometrium semasa kitar haid.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan peranan hormon-hormon yang terlibat dalam kitar haid.
4 marks
b
Berdasarkan Rajah 10.1, huraikan apa yang berlaku pada fasa S semasa kitar haid.
4 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan pil perancang yang dijual di farmasi. Seorang wanita mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan bagi tujuan perancangan keluarga.
Terangkan kesan pengambilan pil perancang terhadap kitar haid wanita tersebut.
6 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan struktur P yang tersumbat pada seorang wanita yang telah berkahwin.
Terangkan bagaimana situasi ini mempengaruhi peluang wanita tersebut untuk mendapatkan anak.
2 marks
e
Rajah 10.4 menunjukkan dua pasangan kembar daripada keluarga yang berbeza.
Huraikan perbezaan antara kembar T dan U.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan keratan akhbar berkaitan peningkatan harga barang.
> **GELOMBANG HARGA BARANG MENINGKAT**
Sesebuah negara disifatkan mempunyai sekuriti makanan apabila individu, isi rumah atau semua rakyatnya mendapat makanan yang cukup, selamat serta berkhasiat untuk hidup sihat dan aktif.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11.1, apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti makanan.
2 marks
a(ii)
Bincangkan faktor ancaman sekuriti makanan di negara kita.
4 marks
a(iii)
Berdasarkan Dasar Agromakanan Negara (DAN), huraikan tanggungjawab pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ancaman sekuriti makanan.
4 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan poster lindungi haiwan liar. Harimau Malaya merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Pada ketika ini, terdapat kurang daripada 200 ekor Harimau Malaya di seluruh Malaysia. Haiwan ini menjadi buruan pemburu haram untuk dijual di pasaran antarabangsa.
Terangkan bagaimanakah kepupusan Harimau Malaya memberi kesan terhadap keseimbangan ekosistem dan ekonomi negara.
4 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan satu bilik di kawasan sekolah yang tidak terurus.
Sebagai seorang ketua pelajar di sekolah, cadangkan bagaimana amalan 5S dapat diaplikasikan bagi menjadikan kawasan tersebut lebih teratur.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open