Pulau Pinang Trial 2022 Biology Kertas 2 · Latihan Berfokus
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Biology
Pulau Pinang Trial 2022 Biology Kertas 2 · Latihan Berfokus
Pulau Pinang Trial Latihan Berfokus · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
16 marks
Rajah 1.1 menunjukkan zon-zon pertumbuhan sel pada bahagian hujung pucuk.
a(i)
Kenal pasti zon 1.
1 marks
a(ii)
Namakan proses yang berlaku dengan aktif di zon 1.
1 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan sejenis sel yang dijumpai pada bahagian pucuk pokok.
Antara zon pertumbuhan 1, 2 atau 3, di manakah sel dalam Rajah 1.2 boleh dijumpai. Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Rajah 1.3 menunjukkan struktur sehelai daun.
Berdasarkan Rajah 1.3, apakah aras organisasi sel untuk daun. Terangkan jawapan anda.
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan dua contoh makanan bagi satu kelas makanan.
a(i)
Namakan kelas makanan yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
1 marks
a(ii)
Nyatakan monomer bagi kelas makanan yang dinamakan dalam 2(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan **dua** kepentingan kelas makanan yang dinamakan dalam 2(a)(i).
2 marks
c
Terangkan kesan kekurangan kelas makanan yang dinyatakan di 2(a)(i) dalam diet seseorang.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan struktur satu sendi.
a
Namakan jenis sendi ini dan nyatakan fungsinya.
2 marks
b
Jika penghasilan bendalir S berkurangan, terangkan kesannya kepada pergerakan.
2 marks
c
Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keratan rentas satu daun.
a(i)
Nyatakan **satu** perbezaan struktur antara sel L dengan sel mesofil berspan.
| Sel L | Sel mesofil berspan |
|---|---|
| | |
1 marks
a(ii)
Rajah 4.2 menunjukkan satu komponen dalam sel L dan sel mesofil berspan.
Bezakan tindak balas kimia yang berlaku di X dan Y.
| Tindak balas kimia di X | Tindak balas kimia di Y |
|---|---|
| | |
| | |
2 marks
b
Rajah 4.3 menunjukkan pergerakan air dalam tumbuhan.
Terangkan kepentingan proses K kepada tumbuhan itu.
2 marks
c
Rajah 4.4 menunjukkan suatu taman vertikal yang dibina di salah sebuah hotel yang paling terkenal di Pulau Pinang. Taman vertikal seperti ini boleh dibina dalam pelbagai saiz melekat pada dinding sama ada di dalam atau di luar bangunan.
Terangkan kebaikan mempunyai suatu taman vertikal yang dibina dalam hotel ini.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan arka refleks dalam manusia.
a
Nyatakan fungsi neuron R dan S.
R: …
S: …
2 marks
b
Lukiskan arah pengaliran impuls saraf dalam Rajah 5.1. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah anak panah yang anda lukis pada neuron R, di dalam saraf tunjang dan pada neuron S.)*
2 marks
c
Terangkan **satu** kepentingan tindakan refleks.
2 marks
d
Seorang lelaki terbabit dalam satu kemalangan dan akar ventral pada X tercedera.
Terangkan bagaimana kecederaan ini mempengaruhi tindakannya apabila tidak sengaja tercucuk jarum tajam.
2 marks
68 marks
Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Rajah 6.1 menunjukkan tiga jenis interaksi yang berbeza antara organisma.
a
Namakan jenis interaksi yang diwakili oleh P, Q dan R.
P: …
Q: …
R: …
3 marks
b
Serbuk kayu boleh digunakan dalam interaksi R untuk penanaman cendawan secara komersial.
Terangkan bagaimana cendawan boleh tumbuh pada serbuk kayu.
3 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan satu rantai makanan.
Bilangan organisma pada aras trof kedua dalam rantai makanan telah bertambah.
Cadangkan **satu** cara untuk mengurangkan bilangan organisma tersebut. Jelaskan cadangan anda.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan keratan memanjang organ pembiakan bagi suatu tumbuhan.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7.1, terangkan bagaimana X terbentuk.
2 marks
a(ii)
Nyatakan apa yang akan berlaku kepada tumbuhan itu jika struktur X gagal terbentuk.
1 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis buah-buahan tempatan.
Buah-buahan itu mempunyai bilangan biji benih yang berbeza. Jelaskan mengapa.
2 marks
Rajah 7.3 menunjukkan satu pokok durian yang menghasilkan buah durian yang berlainan saiz.
c(i)
Terangkan **satu** faktor yang mempengaruhi saiz buah durian itu.
3 marks
c(ii)
Teknologi K akan menghasilkan pokok durian yang mengeluarkan hasil durian yang banyak dan berkualiti tinggi.
Namakan teknologi K.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Namakan kelenjar X.
1 marks
a(ii)
Roti mengandungi kanji.
Terangkan peranan kelenjar X dalam pencernaan roti di P.
2 marks
a(iii)
Terangkan mengapa pencernaan roti tidak berlaku di Q.
3 marks
b
Seorang individu mempunyai batu hempedu seperti dalam Rajah 8.
Terangkan kesan keadaan ini kepada pencernaan lipid di S.
2 marks
c
Nyatakan **satu** perbezaan dalam pencernaan protein yang berlaku dalam Q dan S.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 1 menunjukkan kadar pernafasan seorang pelajar semasa berehat dan semasa melakukan aktiviti cergas.
| | Semasa rehat | Semasa aktiviti cergas |
|---|---|---|
| Kadar pernafasan (Pernafasan per minit) | 16 | 30 |
Jadual 1
a(i)
Namakan proses respirasi yang berlaku sewaktu rehat dan semasa menjalankan aktiviti cergas.
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa kadar pernafasan pelajar itu berbeza semasa berehat dan semasa aktiviti cergas.
6 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua jenis tumbuhan di kawasan sawah padi berair.
b(i)
Pokok padi mempunyai kemandirian yang lebih baik berbanding lalang di kawasan air bertakung. Terangkan mengapa.
6 marks
b(ii)
Rajah 9.2 menunjukkan salah satu daripada penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD).
Terangkan mengapa pertukaran gas menjadi kurang efisien bagi pesakit yang menghidap penyakit emfisema.
6 marks
1020 marks
Faktor Rhesus merujuk kepada kehadiran antigen Rhesus pada permukaan eritrosit individu. Individu yang mempunyai antigen Rhesus digelar Rhesus positif manakala individu tiada antigen Rhesus digelar Rhesus negatif.
a(i)
Rajah 10.1 menunjukkan ciri faktor Rhesus bagi keluarga Encik Ahmad dan Puan Aina. Hasil perkahwinan mereka ialah 3 orang anak. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan meramalkan semua kelahiran anak-anak mereka seterusnya akan turut mempunyai ciri faktor Rhesus seperti anak-anak sebelumnya.
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah komposisi genetik Encik Ahmad bagi faktor Rhesus? Terangkan mengapakah semua anak mereka mempunyai ciri faktor Rhesus seperti Rajah 10.1.
6 marks
a(ii)
Anak pertama Encik Ahmad iaitu Khairul adalah individu yang sihat dan tiada masalah kesihatan. Anak kedua dan ketiga, Aiman dan Maisarah menghidap masalah kesihatan seperti anemia dan jaundis sejak awal kelahiran.
Terangkan mengapakah Aiman dan Maisarah menghidap penyakit tersebut.
4 marks
b
Haliza membela dua ekor kucing daripada baka yang sama. Kedua-dua kucing tersebut mempunyai corak dan saiz badan berbeza.
Apakah jenis variasi yang ditunjukkan oleh ciri corak bulu kucing?
Terangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada variasi ciri corak bulu kucing tersebut.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan perkembangan zigot manusia.
Huraikan proses-proses yang berlaku dari R ke S.
5 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan satu kitar haid seorang wanita.
Terangkan perubahan yang mungkin berlaku dalam ovari dan uterus sekiranya oosit sekunder disenyawakan.
5 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan lengkung pertumbuhan manusia.
V, W, X dan Y adalah fasa-fasa pada lengkung pertumbuhan. Terangkan perubahan yang berlaku pada setiap fasa.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open