Nyatakan satu perbezaan struktur antara sel R dan sel S.
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan struktur satu komponen dalam sel tumbuhan.
b(i)
Apakah fungsi komponen yang ditunjukkan pada Rajah 1.2?
1 marks
b(ii)
Nyatakan nama struktur X dan peringkat fotosintesis yang berlaku pada struktur X.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan struktur satu jenis asid nukleik.
a(i)
Namakan bahagian berlabel P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi asid nukleik dalam Rajah 2.1 dalam organisma.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu ciri yang terdapat pada asid nukleik dalam Rajah 2.1.
1 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan proses-proses yang berlaku semasa sintesis protein.
Terangkan kesannya ke atas sintesis protein sekiranya proses transkripsi tidak berlaku.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu proses metabolisme yang berlaku dalam tumbuhan.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan nama hasil dan jenis metabolisme.
Hasil: …
Jenis metabolisme: …
2 marks
a(ii)
Terangkan metabolisme yang dinamakan di 3(a)(i).
2 marks
Enzim diperlukan dalam metabolisme untuk mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel. Rajah 3.2 menunjukkan kesan enzim ke atas tenaga pengaktifan bagi suatu tindak balas.
b(i)
Nyatakan maksud tenaga pengaktifan.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 3.2, terangkan bagaimana enzim mempengaruhi kadar tindak balas tersebut.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu fasa dalam meiosis yang berlaku dalam sel hidup.
a(i)
Nyatakan nama X.
X: …
1 marks
a(ii)
Terangkan kesan proses yang berlaku di kawasan Y.
2 marks
a(iii)
Kemalangan nuklear Chernobyl, Russia telah berlaku pada tahun 1986. Kemalangan disebabkan oleh kecuaian pengurusan yang telah melepaskan 5% teras reaktor radioaktif ke persekitaran. Terangkan kesan pencemaran nuklear ini terhadap kitar sel populasi yang terjejas.
2 marks
b
Rajah 4.2 di bawah menunjukkan mutasi dalam sel badan manusia.
Berdasarkan Rajah 4.2, bandingkan kedua-dua jenis mutasi.
| Mutasi sel X | Ciri-ciri mutasi | Mutasi sel Y |
|---|---|---|
| … | Jenis sel yang terlibat | … |
| … | Kemampuan untuk diwariskan | … |
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan pengangkutan bahan melalui Tisu X.
a(i)
Berdasarkan Rajah 5.1,
Nyatakan nama Tisu X: …
Bahan yang diangkut oleh Tisu X: …
2 marks
a(ii)
Terangkan proses yang berlaku di Y.
3 marks
b
Nyatakan kesan yang berlaku pada proses di Y jika racun respirasi digunakan.
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan dua laluan iaitu P dan Q bagi pergerakan air dari tanah ke xilem.
Terangkan perbezaan pergerakan air bagi laluan P dan Q.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan komponen biosis dan abiosis dalam ekosistem paya bakau.
a(i)
Berdasarkan Rajah 6.1,
Berikan **satu** contoh komponen biosis.
1 marks
a(ii)
Bina **satu** rantai makanan dengan menjadikan tumbuhan paya bakau sebagai pengeluar.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan pengkolonian dan sesaran kawasan paya bakau.
b(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan pengkolonian dan sesaran?
Pengkolonian: …
Sesaran: …
2 marks
b(ii)
Nyatakan **dua** perbezaan spesies pokok paya bakau yang terdapat di zon P dan zon R.
2 marks
b(iii)
Aktiviti pembalakan bakau dijalankan secara berleluasa di zon R bagi membina ladang pertanian.
Terangkan kesan aktiviti tersebut terhadap spesies paya bakau dan proses sesaran paya bakau di zon R.
2 marks
79 marks
Encik M dan Puan N mempunyai tiga orang anak iaitu Cik R, Encik S dan Cik T. Encik S adalah individu buta warna manakala Cik T adalah pembawa.
a(i)
Apakah jenis kromosom yang menentukan pewarisan yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1?
1 marks
a(ii)
Nyatakan genotip bagi Encik M dan Puan N.
Encik M: …
Puan N: …
2 marks
a(iii)
Cik T akan berkahwin dengan Encik K, seorang individu yang buta warna. Dengan menggunakan segi empat Punnett, tunjukkan kemungkinan genotip bagi anak-anak mereka. *(Huraikan segi empat Punnett anda dalam perkataan: gamet setiap induk dan genotip anak dalam setiap petak.)*
3 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan satu keratan akhbar.
> **KUALA LUMPUR:** Pasangan pengamal perubatan terpaksa memutuskan tali pertunangan selepas mengetahui kedua-dua mereka adalah pembawa penyakit Talasemia.
>
> Menurut portal Myhealth, Talasemia adalah penyakit genetik di mana pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti mencukupi.
>
> (bharian.com.my, Jun 4, 2023)
Wajarkan tindakan pasangan dalam keratan akhbar tersebut.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1(a) dan Rajah 8.1(b) menunjukkan dua jenis organisma.
Kedua-dua organisma mempunyai sistem rangka dan mekanisme gerak alih yang unik. Pergerakan dan gerak alih dihasilkan oleh pengecutan pasangan otot rangka antagonis dan dibantu oleh struktur-struktur yang dimiliki.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8.1(a) dan Rajah 8.1(b), lengkapkan jadual berikut.
| Rajah 8.1(a) | Aspek | Rajah 8.1(b) |
|---|---|---|
| … | Jenis rangka | Rangka dalam |
| Otot lingkar dan otot membujur | Pasangan otot antagonis | … |
| Keta | Struktur morfologi selain otot antagonis yang membantu gerak alih | … |
3 marks
a(ii)
Apabila organisma dalam Rajah 8.1(a) diletakkan ke atas sekeping jubin putih yang licin, didapati pergerakan peristalsis pada segmen badannya berlaku, tetapi tidak bergerak alih dan kekal di situ. Terangkan.
2 marks
b(i)
Rajah 8.2 menunjukkan seorang atlet gimnastik yang memegang sepasang bar mendatar.
Terangkan apa yang berlaku kepada otot biseps, otot triseps dan lengan hadapan atlet untuk berada dalam posisi seperti dalam Rajah 8.2.
2 marks
b(ii)
Atlet tersebut terjatuh dari palang tersebut dan tulang klavikelnya patah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8.3.
Bincangkan satu kaedah rawatan yang sesuai.
| Kaedah | Penerangan |
|---|---|
| … | … |
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sistem pembiakan perempuan yang tiub fallopionya mempunyai endometriosis iaitu pembentukan dan pengumpulan tisu endometrium di luar uterus. Rajah 9.2 menunjukkan organ yang terdapat dalam sistem pembiakan lelaki.
a(i)
Berdasarkan Rajah 9.1 dan 9.2,
Banding bezakan proses gametogenesis yang berlaku pada organ X dan organ Y.
7 marks
a(ii)
Terangkan peluang bagi perempuan tersebut untuk hamil jika dia berkahwin.
2 marks
b
Puan A yang baru berkahwin mengalami muntah-muntah, loya dan pening. Dia telah menguji air kencingnya dengan menggunakan kit kehamilan untuk mengetahui sama ada dirinya mengandung atau tidak. Rajah 9.3 menunjukkan keputusan pada kit kehamilan tersebut yang disebabkan oleh kehadiran satu hormon di dalam urin.
Apakah hormon tersebut? Terangkan.
4 marks
Rajah 9.4 menunjukkan kedudukan fetus di dalam kandungan bagi dua jenis kembar yang berbeza iaitu kembar A dan kembar B.
c(i)
Huraikan perbezaan antara jenis kembar A dan kembar B.
3 marks
c(ii)
Berdasarkan Rajah 9.4, ibu kepada kembar A mengalami tekanan darah tinggi yang menyebabkan struktur P tidak dapat berfungsi. Terangkan kesan keadaan ini kepada kehamilannya.
4 marks
1020 marks
a(i)
Daun adalah organ utama untuk transpirasi dalam tumbuhan. Terangkan maksud transpirasi.
2 marks
a(ii)
Rajah 10.1 menunjukkan keadaan sel mesofil palisad akibat transpirasi pada hari yang panas dan kering.
Huraikan bagaimana faktor persekitaran tersebut mempengaruhi keadaan sel mesofil palisad dalam Rajah 10.1 melalui proses transpirasi.
8 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan struktur kloroplas yang ditemui dengan banyak dalam sel mesofil palisad.
Banding dan bezakan tindak balas yang berlaku di dalam struktur R dan S dalam Rajah 10.2.
6 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan kesan keamatan cahaya ke atas pengambilan dan pembebasan gas karbon dioksida oleh tumbuhan.
Berdasarkan Rajah 10.3, terangkan apa akan berlaku kepada penghasilan glukosa dan pembebasan oksigen apabila keamatan cahaya meningkat melebihi Q.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan struktur yang terdapat dalam usus kecil manusia.
a(i)
Nyatakan fungsi struktur tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan ciri penyesuaian struktur dalam Rajah 11.1 bagi menjalankan fungsinya.
2 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan salur alimentari dalam manusia yang terlibat dalam pencernaan.
Encik J makan ayam kukus untuk sajian makan malam. Terangkan bagaimana ayam kukus dicernakan di bahagian P, Q dan R di dalam sistem itu.
7 marks
c(i)
Rajah 11.3 menunjukkan fizikal individu V dan individu W, yang berkaitan dengan tabiat makan mereka.
Terangkan hubungan antara tabiat makan dengan keadaan fizikal individu V dan individu W tersebut.
6 marks
c(ii)
Cadangkan kaedah untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh individu V selain amalan pemakanan sihat.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open