Selangor Trial 2023 Biology Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Biology
Selangor Trial 2023 Biology Kertas 2 · Modul Pintas
Selangor Trial Modul Pintas · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
16 marks
Rajah 1.1 menunjukkan struktur sejenis asid nukleik.
a(i)
Berdasarkan Rajah 1.1, namakan jenis asid nukleik tersebut.
1 marks
a(ii)
Nukleotida merupakan unit asas bagi asid nukleik.
Lukis dan labelkan struktur nukleotida. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk setiap komponen nukleotida, bagaimana komponen-komponen itu bersambung, dan label setiap komponen.)*
2 marks
b
Terangkan peranan asid nukleik kepada organisma.
2 marks
c
Rajah 1.2 menunjukkan urutan bes bernitrogen pada satu rantai polinukleotida.
Nyatakan urutan bes bernitrogen yang sepadan bagi polinukleotida tersebut selepas proses transkripsi.
1 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur satu sel haiwan.
a(i)
Namakan komponen sel W.
1 marks
a(ii)
Padankan komponen sel W dengan fungsinya.
**Komponen:** W
**Fungsi:**
- Mensintesis protein
- Menghidrolisis protein
- Mengubah suai protein
1 marks
Membran bagi komponen sel X dan Y adalah bersambung dari membran nukleus.
b(i)
Nyatakan **satu** perbezaan di antara komponen sel X dan Y.
1 marks
b(ii)
Berikan sebab mengapa kepadatan komponen sel Z banyak dalam sel hati.
1 marks
c
Sel tersebut telah dijangkiti bakteria.
Terangkan komponen sel yang dapat memusnahkan bakteria tersebut.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan empat peringkat dalam mitosis.
a(i)
Tandakan (✓) rupa kromosom yang dilihat pada peringkat P.
| Kromatin | Kromosom homolog | Kromatid kembar |
|---|---|---|
| | | |
1 marks
a(ii)
Susun peringkat dalam mitosis mengikut urutan yang betul.
1 marks
a(iii)
Nyatakan perbezaan bagi perlakuan kromosom dalam peringkat R dan S.
1 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan tingkah laku satu reptilia bagi menyelamatkan diri daripada pemangsa.
Terangkan bagaimana bahagian T tumbuh semula selepas enam bulan.
2 marks
c
Rajah 3.3 menunjukkan taburan kromosom yang tidak sekata semasa meiosis dalam proses spermatogenesis. Sperma yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom yang berbeza.
Sperma U mempunyai bilangan kromosom yang abnormal.
Terangkan kesan kepada anak yang dilahirkan jika sperma U bersenyawa dengan ovum yang normal.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua jenis tumbuhan P dan Q.
a
Tumbuhan P dan Q mempunyai penyesuaian berbeza bagi mendapatkan nutrien.
Namakan jenis tumbuhan P dan Q berdasarkan penyesuaian nutrisi.
P: …
Q: …
2 marks
b(i)
Nyatakan adaptasi tumbuhan Q untuk memperoleh nutrien untuk hidup.
1 marks
b(ii)
Pokok perumah yang ditumpang oleh tumbuhan P mati.
Terangkan kesannya ke atas kemandirian tumbuhan P.
2 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien ke atas pertumbuhan anak benih kacang.
Terangkan pemerhatian eksperimen ini selepas 7 hari.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan gerak balas tumbuhan terhadap satu rangsangan.
a(i)
Namakan gerak balas yang ditunjukkan oleh tumbuhan tersebut.
1 marks
a(ii)
Gerak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 dikawal oleh sejenis fitohormon.
Namakan fitohormon tersebut.
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana fitohormon di 5(a)(ii) menyebabkan gerak balas tersebut.
3 marks
Rajah 5.2 menunjukkan gerak balas bunga tulip terhadap satu rangsangan.
b(i)
Berdasarkan Rajah 5.2, namakan rangsangan yang menyebabkan gerak balas bunga tersebut.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan di antara gerak balas pada Rajah 5.1 dengan gerak balas pada Rajah 5.2.
Persamaan: …
Perbezaan: …
2 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan turus vertebra manusia.
a
Pada Rajah 6, labelkan vertebra serviks dan vertebra sakrum. *(Huraikan label anda dalam perkataan: bahagian turus vertebra yang anda labelkan sebagai vertebra serviks dan bahagian yang anda labelkan sebagai vertebra sakrum.)*
Terangkan peranan vertebra semasa pergerakan badan.
2 marks
d
Seorang kanak-kanak mengalami kecacatan pada tulang kaki dan tulang menjadi lembut. Kanak-kanak tersebut kekurangan nutrien tertentu dalam diet hariannya.
Terangkan hubung kait di antara diet dan penyakit yang dialaminya.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sejenis pokok dalam satu habitat.
a(i)
Namakan pengelasan bagi tumbuhan tersebut berdasarkan habitatnya.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** ciri bagi habitat tumbuhan tersebut.
1 marks
a(iii)
Tumbuhan tersebut mampu berbuah berkali-kali sepanjang hidupnya. Pada setiap musim buah terdapat lambakan buah mangga.
Terangkan bagaimana proses pengawetan dapat mengatasi masalah tersebut.
2 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan tumbuhan *Elodea* sp. yang hidup di dasar sebuah kolam.
Huraikan bagaimana organ X beradaptasi untuk meningkatkan proses fotosintesis.
3 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan keratan rentas batang satu tumbuhan hidrofit.
Terangkan kelebihan tisu yang terdapat pada batang tumbuhan tersebut.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur respirasi dalam manusia dan katak.
a
Nyatakan **satu** ciri yang sama pada struktur P dan Q untuk meningkatkan kecekapan proses pertukaran gas.
1 marks
b
Terangkan penyesuaian struktur respirasi bagi katak dalam keadaan kurang aktif.
3 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan sistem peredaran darah yang berfungsi untuk mengangkut gas respirasi di dalam badan manusia.
Berdasarkan Rajah 8.2, bandingkan struktur salur darah R dan salur darah S yang berfungsi dalam pertukaran gas.
| Salur darah R | Salur darah S |
|---|---|
| **Persamaan** | |
| … | |
| **Perbezaan** | |
| … | … |
| … | … |
3 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan keadaan pada dinding arteri seorang individu yang menghidap aterosklerosis.
Terangkan amalan yang boleh dilakukan oleh individu tersebut bagi memastikan sistem peredarannya kembali pulih dan sentiasa sihat.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan kacang soya yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Kacang soya tersebut dikenali sebagai makanan terubah suai genetik (GMF).
a(i)
Berikan maksud makanan terubah suai genetik.
2 marks
a(ii)
Pengambilan GMF oleh manusia berkemungkinan dapat membawa pelbagai implikasi yang masih belum diketahui terhadap kesihatan.
Terangkan keburukan dan kebaikan makanan terubah suai genetik (GMF).
6 marks
b
Penyakit hepatitis B boleh menyebabkan seorang individu berisiko tinggi mendapat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian.
Rajah 9.2 menunjukkan penghasilan bahan R secara kejuruteraan genetik. Suntikan bahan R dapat mencegah penyakit tersebut.
Berdasarkan Rajah 9.2, huraikan bagaimana kejuteraan genetik dapat menghasilkan bahan R secara komersil yang boleh mencegah penyakit tersebut.
6 marks
Rajah 9.3 menunjukkan penggunaan bioteknologi untuk mengenal pasti penjenayah berdasarkan cecair pada bahan bukti yang diperoleh di tempat kejadian.
c(i)
Berdasarkan Rajah 9.3, terangkan siapa penjenayah sebenar bagi kes tersebut.
2 marks
c(ii)
Huraikan langkah-langkah yang digunakan dalam teknik bagi pengecaman penjenayah dalam kes tersebut.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan arka refleks apabila tangan tersentuh nyalaan lilin.
a(i)
Namakan neuron P dan neuron Q.
2 marks
a(ii)
Saraf spina bercabang membentuk akar dorsal dan akar ventral. Akar dorsal mempunyai struktur R.
Namakan struktur R dan nyatakan peranannya.
2 marks
a(iii)
Berdasarkan Rajah 10.1, huraikan lintasan impuls saraf yang menyebabkan berlakunya tindakan tersebut.
6 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan perbezaan ketinggian dua orang lelaki dewasa. Kedua-dua lelaki tersebut mempunyai umur yang sama.
Terangkan kesan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan keadaan fizikal lelaki S.
4 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan dua tindakan yang berbeza yang melibatkan koordinasi sistem saraf.
Bandingkan tindakan T dan tindakan U.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan komponen biosis yang terdapat dalam ladang kelapa sawit.
Komponen biosis dalam ekosistem ladang itu saling berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk hubungan pemakanan.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11.1, bina siratan makanan dalam ladang kelapa sawit. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: organisma pada setiap aras trof dan arah setiap anak panah (organisma mana dimakan oleh organisma mana).)*
2 marks
a(ii)
Berdasarkan siratan makanan yang dibina, huraikan pemindahan tenaga yang berlaku dalam ekosistem ladang kelapa sawit tersebut.
4 marks
a(iii)
Peladang di ladang kelapa sawit tersebut mendapati populasi tikus yang bertambah menyebabkan hasil buah kelapa sawit berkurangan.
Cadangkan bagaimana peladang itu dapat mengawal populasi tikus tanpa menggunakan racun perosak.
Terangkan bagaimana kaedah itu berfungsi.
4 marks
b(i)
Rajah 11.2 menunjukkan satu ekosistem hutan yang terdapat di muara sungai.
Bincangkan kepentingan ekosistem tersebut kepada manusia dan alam sekitar.
6 marks
b(ii)
Aktiviti pembinaan telah menyebabkan komponen biosis dalam ekosistem tersebut mati atau bermigrasi ke habitat lain.
Dalam mengurus pembangunan tersebut, cadangkan langkah-langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem tersebut yang boleh dijalankan bagi memastikan pembangunan yang mampan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open