Nyatakan **satu** organel yang banyak terdapat di dalam sel X.
1 marks
a(iii)
Nyatakan **dua** kepentingan organel di a(ii) kepada tumbuhan hijau.
2 marks
b
Kebanyakan daun yang kelihatan berwarna hijau. Terangkan mengapa.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan dua larutan sukrosa yang berlainan kepekatan yang dipisahkan oleh membran telap memilih.
a(i)
Kenal pasti:
Pelarut: …
Zat terlarut: …
2 marks
a(ii)
Dalam Rajah 2.1, lukiskan anak panah untuk menunjukkan arah pergerakan molekul air yang akan berlaku. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: dari larutan mana ke larutan mana anak panah itu dilukis.)*
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan keratan akhbar tentang sekumpulan penyelidik di Malaysia yang telah berjaya mencipta Sil-RH Membrane Distillation.
Sil-RH Membrane Distillation adalah membran yang diperbuat daripada sekam padi dan boleh digunakan untuk proses penyahgaraman air laut.
b(i)
Namakan teknik yang digunakan dalam proses penyahgaraman air laut.
1 marks
b(ii)
Terangkan peranan membran tersebut dalam proses penyahgaraman.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan tumbuhan X yang dikelaskan dengan habitat yang sama dengan pokok kaktus.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan pengelasan tumbuhan berdasarkan habitatnya.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan alam.
Alam: …
1 marks
b
Bandingkan ciri penyesuaian bagi tumbuhan X dengan pokok bakau.
3 marks
c
Kawasan penanaman tumbuhan X telah mengalami jerebu yang berpanjangan. Ramalkan saiz buah tumbuhan X yang akan terhasil. Terangkan jawapan anda.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan mekanisme pergerakan kaki seorang atlet ketika memulakan larian.
a(i)
Namakan J dan K.
J: …
K: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi J.
1 marks
a(iii)
Atlet tersebut terjatuh semasa berlari dan menyebabkan J koyak. Terangkan bagaimana situasi ini memberikan kesan ke atas pergerakan atlet tersebut.
3 marks
b
Bezakan sendi I dan sendi L.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan gerak balas anak pokok cili terhadap cahaya.
a(i)
Berdasarkan Rajah 5.1, namakan jenis gerak balas yang ditunjukkan oleh pucuk.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan gerak balas yang dinamakan di (a)(i) kepada anak pokok cili tersebut.
1 marks
a(iii)
Terangkan **satu** perbezaan di antara gerak balas yang ditunjukkan oleh pucuk dengan gerak balas yang ditunjukkan oleh akar.
2 marks
b(i)
Rajah 5.2 menunjukkan cara seorang pekebun menyimpan buah mangga yang baru dipetik.
Namakan fitohormon yang terdapat di dalam bekas tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana kaedah yang digunakan oleh petani boleh merangsang pemasakan buah mangga.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan dua jenis neuron.
a(i)
Namakan neuron P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi neuron Q.
1 marks
a(iii)
Terangkan **satu** persamaan struktur di antara neuron P dan neuron Q.
2 marks
b(i)
Rajah 6.2 menunjukkan gerak balas seorang pemain kriket semasa perlawanan berlangsung.
Terangkan proses penghantaran impuls saraf bagi gerak balas pemain tersebut.
3 marks
b(ii)
Nyatakan apakah yang akan berlaku kepada gerak balas pemain tersebut jika neuron motornya cedera.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7.1, namakan X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi X dalam pencernaan lipid.
1 marks
b
Struktur X juga terlibat dalam proses asimilasi nutrien. Bandingkan proses asimilasi glukosa yang berlaku di X dan di sel badan.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan struktur X Encik Z yang mempunyai sel-sel parut.
Terangkan kesan pembentukan sel-sel parut ke atas proses penyahtoksinan yang berlaku di struktur X.
2 marks
d
Pernyataan berikut adalah mengenai Puan B yang berumur 40 tahun.
> Bekerja sebagai pengaturcara komputer
>
> Mempunyai ketinggian 151 cm dan jisim badan 85 kg
>
> Penggemar makanan segera seperti burger, minuman berkarbonat dan kek
Berdasarkan pernyataan di atas, wajarkan tabiat pemakanan dan gaya hidup Puan B.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menerangkan aktiviti bakteria X.
> Memecahkan bahan organik kompleks seperti najis haiwan, bangkai haiwan dan pokok reput kepada sebatian ringkas.
Rajah 8.1
a(i)
Nyatakan nic bakteria X berdasarkan pernyataan di Rajah 8.1.
1 marks
a(ii)
Ramalkan apa yang akan berlaku dalam persekitaran sekiranya bakteria X tiada.
3 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan organisma Y yang dikelaskan dalam alam Fungi.
Nyatakan tiga persamaan antara organisma Y dengan bakteria X.
3 marks
c
Rajah 8.3 menunjukkan populasi *Panthera tigris jacksoni* atau lebih dikenali sebagai harimau Malaya telah menurun secara drastik sebanyak lebih daripada 93% sepanjang 70 tahun yang lalu. Harimau Malaya kini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, dan diklasifikasikan sebagai Terancam Secara Kritikal di bawah Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN) untuk Spesies Terancam.
Usulkan hujah yang menyokong pemuliharaan secara *ex situ* bagi mengawal populasi harimau Malaya di Malaysia daripada kepupusan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu tisu xilem.
a(i)
Nyatakan **dua** ciri pada salur xilem bagi mengangkut air.
2 marks
a(ii)
Terangkan peranan xilem dalam memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan sejenis tumbuhan akuatik. Rajah 9.3 menunjukkan aktiviti yang terdapat di sepanjang Sungai X.
Ikan yang terdapat di dalam Sungai X didapati mengandungi kandungan plumbum yang tinggi. Dengan menggunakan tumbuhan di Rajah 9.2, terangkan bagaimana tumbuhan tersebut dapat mengatasi masalah ini.
6 marks
c
Rajah 9.4 menunjukkan proses X dan proses Y yang berlaku dalam tumbuhan.
Bandingkan proses X dan proses Y.
10 marks
1020 marks
> Seorang tukang kayu telah terpijak paku yang berkarat dan mengandungi bakteria. Bahagian tersebut mengalami keradangan dan menyebabkannya menjadi merah dan berasa sakit.
a(i)
Terangkan bagaimana gerak balas keradangan ini dapat memusnahkan dan meneutralkan tindakan berbahaya bakteria dan toksin pada peringkat awal jangkitan.
6 marks
a(ii)
Gerak balas keradangan adalah barisan pertahanan kedua. Nyatakan dua contoh lain barisan pertahanan kedua.
2 marks
| Kaedah 1 | Kaedah 2 |
|---|---|
| Individu disuntik dengan bahan X untuk memberi keimunan terhadap penyakit tibi di masa hadapan. | Individu disuntik dengan bahan Y selepas dipatuk ular. |
b(i)
Nyatakan nama bahan X dan bahan Y.
2 marks
b(ii)
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh individu tersebut melalui dua kaedah ini.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan pengawalan hormon Q terhadap perkembangan dalam ovari.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11.1, terangkan kesan kepada kehamilan jika struktur R tiba-tiba merosot pada trimester pertama kehamilan.
5 marks
a(ii)
Seorang wanita telah mengambil pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon yang dirembeskan oleh struktur R dengan kepekatan yang tinggi bermula pada hari pertama haid setiap hari.
Terangkan kesan pengambilan pil kehamilan tersebut ke atas perembesan hormon Q dan proses P.
3 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan struktur X yang terdapat di endometrium semasa kehamilan.
Terangkan peranan X yang mempunyai perkaitan dengan struktur R pada Rajah 11.1.
2 marks
c(i)
Rajah 11.3 menunjukkan dua kaedah pencegahan kehamilan.
Pasangan suami isteri yang baru berkahwin masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Mereka telah memilih dua kaedah pencegahan kehamilan seperti dalam Rajah 11.3. Bincangkan kebaikan dan keburukan mengamalkan kaedah pencegahan kehamilan ini.
5 marks
c(ii)
Rajah 11.4 menunjukkan masalah fizikal dan kesihatan yang dihidapi oleh sepasang suami isteri.
Pasangan tersebut tidak mempunyai anak walaupun telah berkahwin lebih 10 tahun. Mereka merancang untuk mempunyai anak secara biologi.
Terangkan apakah nasihat dan cadangan yang boleh anda berikan kepada mereka.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open