Rajah 1 menunjukkan empat aras organisasi sel dalam manusia.
a
Lengkapkan Jadual 1 dengan menyatakan nama Aras 2 dan Aras 3.
| Aras | Nama |
|---|---|
| 1 | Sel |
| 2 | … |
| 3 | … |
| 4 | Sistem |
Jadual 1
2 marks
b(i)
Nyatakan nama struktur V.
1 marks
b(ii)
Selain daripada sel P, nyatakan satu contoh sel lain yang terdapat pada struktur V bagi membolehkan tindakan peristalsis berlaku.
1 marks
c(i)
Nyatakan nama sistem yang ditunjukkan pada Aras 4.
1 marks
c(ii)
Seorang individu yang kerap mengalami sembelit telah disarankan untuk mengambil diet dengan kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Berikan **satu** fungsi serat dalam proses penyahtinjaan di struktur W.
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan peringkat-peringkat dalam tindakan enzim sukrase ke atas substrat X.
a(i)
Nyatakan nama substrat X.
1 marks
a(ii)
Lengkapkan Rajah 2.1 dengan melukis mekanisme tindakan enzim sukrase pada Peringkat II. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan substrat X berbanding enzim sukrase dan tapak aktifnya pada Peringkat II.)*
1 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan satu botol bio detergen pencuci pakaian.
Seorang suri rumah menggunakan air sejuk untuk mencuci pakaiannya dengan bio detergen berjenama X. Dia mendapati pencucian pakaian kurang berkesan. Dengan menggunakan maklumat di atas, terangkan mengapa.
2 marks
c
Seorang tukang masak mencampurkan hirisan betik muda bersama hirisan daging selama 30 minit sebelum dimasak.
Terangkan tindakan yang dilakukan oleh tukang masak tersebut.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu keadaan stoma pada sehelai daun yang disebabkan oleh berlakunya proses fotosintesis di dalam komponen sel Q.
a(i)
Nyatakan nama sel P dan komponen sel Q.
Sel P: …
Komponen sel Q: …
2 marks
a(ii)
Terdapat dua peringkat utama dalam proses fotosintesis. Nyatakan peringkat fotosintesis yang berlaku di bahagian berlabel R.
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana proses fotosintesis menyebabkan keadaan stoma pada Rajah 3.1 berlaku.
2 marks
b
Rajah 3.2 ialah graf yang menunjukkan titik pampasan pada sepohon pokok yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Titik M ialah titik pampasan bagi pokok tersebut.
Pokok ini kemudiannya diletakkan di tempat yang teduh. Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi titik pampasan pada pokok tersebut.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan dua proses yang berlaku pada sel tumbuhan W semasa respirasi aerob.
a(i)
Nyatakan nama proses X dan proses Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan perbezaan antara proses X dan proses Y.
2 marks
a(iii)
Tumbuhan W ditenggelami air sepenuhnya semasa banjir. Terangkan apakah yang akan berlaku kepada piruvat dalam situasi tersebut.
2 marks
b
Nyatakan mengapa proses fermentasi asid laktik oleh sel otot manusia menghasilkan kurang tenaga berbanding respirasi aerob.
1 marks
58 marks
Berikut adalah pernyataan tentang pengelasan organisma.
> Semua organisma dalam dunia dapat dikelaskan kepada enam alam iaitu Archaebacteria, Eubacteria, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia. Organisma-organisma ini dikelaskan ke dalam alam masing-masing berdasarkan kepada ciri-ciri serupa.
a(i)
Nyatakan **satu** daripada ciri-ciri serupa tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** persamaan dan satu perbezaan antara organisma dalam alam Archaebacteria dan alam Eubacteria.
Persamaan: …
Perbezaan: …
2 marks
a(iii)
Padankan dua organisma dalam alam Protista dengan kumpulannya yang betul pada Rajah 5.1. *(Tulis padanan anda: organisma → kumpulan.)*
2 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan seorang suri rumah menutup makanan yang telah dimasaknya.
Nyatakan penyakit yang boleh dielakkan daripada tindakan suri rumah ini. Terangkan.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan arka refleks apabila tangan tersentuh periuk panas.
a(i)
Lukiskan neuron yang tercicir dalam arka refleks pada Rajah 6.1. Tunjukkan arah laluan impuls dengan menggunakan anak panah. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: neuron yang anda lukis — dari mana ke mana ia bersambung — dan arah anak panah impuls.)*
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** kepentingan tindakan yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.
1 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan seorang doktor sedang melakukan suatu ujian untuk menguji sistem saraf seorang murid.
Bandingkan jenis gerak balas pada Rajah 6.2 dan Rajah 6.1.
| Rajah 6.1 | Rajah 6.2 |
|---|---|
| Persamaan: … | |
| Perbezaan: … | … |
2 marks
c
Rajah 6.3 menunjukkan satu keratan akhbar tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet.
> **Penyalahgunaan dadah memusnahkan kerjaya atlet dan banyak lagi, Ti memberi amaran**
>
> KUANTAN: Berikutan bekas pemain bola sepak negara yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker memberi amaran bahawa penyalahgunaan dadah boleh memusnahkan karier atlet dan juga mencemarkan imej peribadi mereka, negara, keluarga mereka dan sukan itu sendiri.
>
> "Setiap atlet adalah tertakluk kepada Prinsip Liabiliti Ketat Kod Anti-Doping Dunia 2021, yang menekankan bahawa atlet bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa sahaja bahan yang dimasukkan ke dalam badannya.
>
> "Paling penting, ada kesan fizikal (negatif) jika bahan itu diambil secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (12 Julai).
>
> Dilaporkan bahawa bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 36 tahun itu ditahan di Johor Baru pada Sabtu (9 Julai).
>
> Ti berkata kementerian menganggap perkara ini sebagai dikesali, sambil menambah bahawa ia dalam siasatan polis dan menunggu tindakan selanjutnya.
>
> "Bagi pemain bola sepak, methamphetamine boleh meningkatkan prestasi tetapi memberi kesan buruk kepada kesihatan pemain.
>
> (Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/07/12/drug-abuse-destroys-athletes039-careers-and-more-warns-ti)
Berdasarkan kenyataan dalam keratan akhbar tersebut, terangkan mengapa atlet memilih untuk menggunakan dadah ketika menyertai sesuatu pertandingan.
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan rajah genetik bagi kacukan pokok kacang pis berbaka tulen. Alel untuk pokok pis tinggi (T) adalah dominan kepada pokok rendah (t) dan alel untuk kedudukan bunga aksial (A) adalah dominan kepada kedudukan bunga terminal (a).
Pada Rajah 7, lengkapkan:
a(i)
Genotip induk *(tulis genotip kedua-dua induk)*
1 marks
a(ii)
Genotip gamet *(tulis gamet bagi kedua-dua induk)*
1 marks
b
Nyatakan fenotip untuk generasi F1.
1 marks
c
Anak generasi F1 daripada Rajah 7 dikacuk sesama sendiri dan menghasilkan generasi F2. Terdapat empat jenis fenotip yang terhasil dalam generasi F2 tersebut.
Tentukan genotip bagi generasi F2 dengan menggunakan rajah segi empat Punnet pada Jadual 2.
| Gamet betina ↓ / Gamet jantan → | … | … | … | … |
|---|---|---|---|---|
| … | TTAA | TTAa | TtAA | TtAa |
| … | TTAa | ……… | TtAa | Ttaa |
| … | TtAA | TtAa | ttAA | ……… |
| … | TtAa | Ttaa | ttAa | ttaa |
Jadual 2
*(Tulis keempat-empat gamet jantan, keempat-empat gamet betina dan dua genotip yang tercicir.)*
3 marks
d
Hemofilia merupakan keadaan darah tidak dapat membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembekuan darah. Ini akan menyebabkan pendarahan berlebihan secara dalaman atau luaran berlaku dan dapat menyebabkan kematian. Individu W yang merupakan penghidap hemofilia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan seorang pembawa hemofilia.
Wajarkan tindakan individu W tersebut.
3 marks
89 marks
a
Puan Z telah berkahwin selama lima tahun dan masih belum mendapat anak. Dia telah berjumpa dengan pakar sakit puan dan terdapat masalah ketidaksuburan pada diri Puan Z iaitu kedua-dua tiub Falopionya tersumbat. Rajah 8.1 menunjukkan satu kaedah yang dicadangkan oleh pakar sakit puan tersebut kepada Puan Z untuk mendapatkan anak.
Terangkan proses-proses dalam kaedah tersebut.
3 marks
Rajah 8.2 menunjukkan ketebalan endometrium pada masa yang berbeza dalam kitar haid seorang perempuan yang disebabkan oleh perembesan hormon oleh ovari.
b(i)
Nyatakan satu perbezaan aras hormon progesteron antara peringkat P dan peringkat R.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapakah ketebalan endometrium bertambah pada peringkat Q.
2 marks
b(iii)
Nyatakan apakah yang akan berlaku pada peringkat R di ovari jika persenyawaan berlaku.
1 marks
c
Berikut adalah pernyataan tentang sistem peredaran darah fetus dan sistem peredaran darah ibu.
> Kedua-dua darah ibu dan darah fetus tidak bercampur kerana dipisahkan oleh lapisan membran nipis. Ciri ini adalah penting untuk melindungi fetus daripada sesetengah bahan kimia yang berbahaya seperti toksin dan bakteria yang boleh meresap masuk ke dalam darah fetus. Walau pun begitu, masih terdapat bahan-bahan tertentu yang boleh meresap melalui membran nipis ini.
Cadangkan dua cara yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung untuk memastikan fetusnya sentiasa selamat daripada bahan-bahan tersebut.
1. …
2. …
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan peredaran X dan peredaran sistemik dalam sistem peredaran darah manusia.
Berdasarkan Rajah 9.1, huraikan peredaran X.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan satu keratan rentas arteri seorang individu yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Terangkan kesan gaya hidup yang tidak sihat terhadap kesihatannya.
8 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan sebahagian sistem peredaran darah dan sistem limfa pada manusia.
Banding bezakan bendalir P dan bendalir Q.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan kawasan paya bakau.
a(i)
Nyatakan jenis nutrisi bagi tumbuhan pada Rajah 10.1. Terangkan.
2 marks
a(ii)
Terangkan proses yang menyebabkan tumbuhan dalam zon tengah menggantikan tumbuhan zon garis pantai pada Rajah 10.1.
4 marks
a(iii)
Kawasan pada Rajah 10.1 telah dicemari oleh hidrogen peroksida, bahan kimia yang membunuh kulat dan bakteria. Nyatakan kesannya terhadap kitar nitrogen di kawasan tersebut.
4 marks
b
Rajah 10.2(a) menunjukkan satu rantai makanan manakala Rajah 10.2(b) menunjukkan organisma M yang hidup pada batang pokok yang mati.
Bezakan jenis nutrisi dalam:
- Organisma J dan organisma K
- Organisma L dan organisma M
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 merupakan lengkung populasi manusia dunia dari tahun 1950 hingga 2050.
Bincangkan bagaimana senario perkembangan populasi manusia yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1 boleh memberi impak kepada alam sekitar.
5 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan sebuah kilang tanaman yang mengeluarkan hasil tanaman di dalam sebuah bangunan. Lampu LED digunakan dalam kilang tersebut.
Wajarkan kebaikan:
- Sistem kilang tanaman
- Penggunaan lampu LED dalam kilang tanaman
6 marks
Kejuruteraan genetik boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti makanan untuk memenuhi permintaan makanan akibat perkembangan populasi manusia yang pesat. Rajah 11.3 menunjukkan proses yang terlibat untuk menghasilkan tomato transgenik yang dapat meningkatkan jangka hayatnya serta mengurangkan pembaziran yang disebabkan oleh kerosakan.
c(i)
Terangkan peranan retrovirus dalam kejuruteraan genetik.
2 marks
c(ii)
Huraikan bagaimana teknologi dalam Rajah 11.3 boleh mengurangkan pembaziran makanan.
3 marks
d
Pertumbuhan populasi manusia yang berterusan meningkatkan permintaan makanan dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, sekuriti makanan perlu diberi penekanan serius supaya dapat memenuhi keperluan populasi.
Cadangkan bagaimana penguatkuasa tempatan dapat memastikan kualiti persediaan makanan adalah bersih, sihat dan selamat untuk digunakan oleh orang awam.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open